Pemakanan anak perlu dititikberatkan. Minda yang cerdas memerlukan pemakanan seimbang dan nutrien penting. Apa yang dilakukan ini membantu kanak-kanak mendapat sajian yang berkhasiat di sekolah.
Bagi murid sekolah, cara penyediaan makanan ini praktikal dan memudahkan. Perkongsian ibu ini tentang sistem penyediaan makanan di kantin sekolah anaknya sangat menarik.
Masa makan semasa waktu rehat juga lebih efisien di mana anak tidak perlu membawa wang saku dan masalah wang tercicir disekolah boleh dielakkan.
Tempat duduk tersedia & tidak perlu beratur membeli makanan. 20 minit waktu rehat dimanfaatkan untuk makan sahaja. Risiko kehilangan/ keciciran wang dapat dikurangkan.
Ads
Ads
Inisiatif pihak sekolah dan pengusaha kantin ini memudahkan. Anak-anak mendapat makanan berkhasiat sewaktu di sekolah setiap hari. Pilihan menu sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur kanak-kanak.
Ads
Ibu ini turut menjelaskan yang program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah dibayar setiap bulan oleh ibu bapa kepada pihak kantin sekolah. Sebanyak RM3 termasuk air setiap kali makan dan terbuka kepada semua. Kantin masih menjual seperti biasa.
Seorang ibu melalui detik cemas apabila bersalin dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terperangkap dalam sekatan jalan raya selama dua jam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi laporan di BH, kejadian itu berlaku ketika kereta yang dipandu oleh seorang bapa dan membawa anak perempuannya yang mahu bersalin anak keempat terperangkap lama dalam kesesakan.
Difahamkan perjalanan ke Hospital Tawau dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Batu 8, hanya 14 kilometer tetapi disebabkan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka terperangkap dalam trafik selama dua jam.
Menceritakan kejadian itu jam 9.30 pagi, Abdul Asa Mohd Salleh, 65, berkata sebaik menerima panggilan untuk ke hospital dari anaknya Norziee, 37, yang sarat mengandung anak keempat, beliau terfikir mengenai keadaan trafik ke hospital.
Abdul Asa dengan cucunya, Aisha Maizela, 17, kemudian membawa Norziee ke hospital tetapi mereka tersangkut dalam sekatan jalan di Jalan Apas dan Jalan Kuhara.
Selepas beberapa lama terperangkap mereka menahan sebuah ambulans yang melalui jalan itu dan memaklumkan keadaan Noziee kepada kakitangan perubatan.
“Bagaimanapun, ada pesakit lain tetapi kami dibenarkan mengekori pergerakan ambulans dari belakang bagi mempercepatkan perjalanan ke hospital,” katanya.
Macam tak percaya dengar tangisan bayi
Sementara itu, Norziee menerusi hantaran di Facebook berkongsi kegembiraan melahirkan bayi lelaki seberat 3.4 kilogram dalam kenderaan ayahnya.
“Selama ini dengar cerita orang lain je yang bersalin dalam kereta tetapi bila berlaku pada diri sendiri macam tak percaya.
“Bila dengar tangisan bayi secara tiba-tiba, sebaknya Allah yang tahu. Mujurlah semua selamat dan dipermudahkan walaupun bayi dimasukkan ke wad lain kerana masalah pernafasan, namun semua stabil,” kongsinya.
Pada awalnya tiada sesiapa mengenali sosok cantik ini sehinggalah kisah rumah tangganya menjadi sensasi dan trending di Malaysia pada empat tahun yang lalu. Ketika itu, wanita ini hanyalah seorang suri rumah dan penceraian mengubah 100% kehidupanya.
Ibu tunggal yang berjiwa kental ini mesra dikenali sebagai bonda oleh pengikut-pengikut di laman instagram, Intan Saleh mengakui anak adalah cinta dan sumber kekuatan setelah dugaan besar yang hadir dalam hidupnya. Tanpa anak-anak mungkin dia tidak setabah sekarang.
“Bangkitlah, dugaan yang datang dekat kita sebab tuhan tahu kita mampu hadapinya. DIA tak akan bagi kalau hambanya tak mampu untuk hadapi. Fikir positif, InyaAllah”
Mengakui banyak cabaran dalam membesarkan dua cahaya mata lelaki, Arish (7 tahun) dan Ariq (5 tahun) sendirian dibawah satu bumbung bukanlah satu tugas yang mudah. Setelah menggalas tugas menjadi ibu serta ayah dalam masa yang sama membuatkan wanita ini bangkit menjadi seoarang wanita yang berjaya dan kisah Intan Liyana Saleh dikongsi dalam Anugerah Pa&Ma Gala Moms diinspirasikan bersama Cetaphil.
“Kekuatan tu datang melalui anak, apa yang kita lalui kita kena fikir anak dahulu. So bila kita rasa kita sakit, kecewa sebenarnya tak jadi apa pun tapi anak-anak kita pula yang terabai. Kita kena kuat demi anak-anak dan diri sendiri. Sayangi diri sendiri.”
“Bukan senang nak handle anak sendiri. Intan sorang-sorang handle anak dekat rumah. Kadang-kadang kena berlembut tapi ada masanya perlu garang juga.”
“Intan selalu fikir positif, tuhan bagi ujian ni untuk dekatkan diri kita dengan tuhan. Intan nak anak-anak mengerti erti hidup.”
“Untuk Arish dan Ariq, bonda nak abang dan adik faham apa yang bonda lalui. Macam mana bonda membesarkan adik dan abang sorang-sorang. Macam mana struggle nya bonda keluar beli barang bonda bawak abang dan adik, bawak barang berat-berat dengan anak. Bonda cuma nak happy kan abang dengan adik. Setiap hari, setiap saat bonda cuma fikir abang dengan adik. Sebab macam mana kita nak teruskan hidup. Macam mana nak cari duit. Bonda sorang-sorang nak besarkan abang dengan adik, bonda takut. sebab kalau tersilap langkah orang akan salahkan bonda. Macam-macam bonda fikir. Bonda harap abang dengan adik faham erti kehidupan bila besar nanti, jadi orang yang baik.”
Ramai yang menjadikan Intan Saleh sebagai inspirasi untuk bangkit dari kekecewaan. Namun baginya setiap hidup ada dugaanya dan nasihat Intan buat semua supaya sentiasa fikirkan diri sendiri dan anak-anak supaya terus bangkit.
“Macam mana nak move on? Itu atas diri sendiri, sampai bila nak bersedih? kita juga yang sakit. Bagi single mom yang ada anak tu memang struggle. Tapi kena fikir untuk diri sendiri dan anak. Ada orang lain yang lagi teruk diuji. Kita just lalui, kehidupan memang sentiasa ada dugaan. Teruskan kehidupan demi anak-anak.”
Bagi yang terlepas menonton siaran langsung bersama Intan Saleh boleh saksikan video di bawah.
____
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayden Mikael penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Mac 2019 bayi yang ceria. Si kecil berkulit putih, halus dan gebu ini menjadi pujaan ramai.
Kemunculan Ayden memegang watak Iqy dalam drama Pujaan Hati Kanda menjadikan si kecil ini mula dikenali. Lakonannya sebagai sebagai anak angkat kepada Danny lakonan Remy Ishak dan Tiara lakonan Mira Filzah dalam drama tersebut adalah titik tolak populariti anak kecil ini.
Ayden berlakon dalam lebih 300 scene dalam drama itu. Penggambaran drama 28 episod yang bermula daripada awal Oktober hingga akhir Disember 2018. Dari Ayden belum ada gigi hinggalah giginya tumbuh!
PERSONALITI EASY GOING
Mempunyai personaliti easy going, anak sulung pasangan Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar yang mempunyai darah campuran Cina, Vietnam, Cambodia, Indonesia & Portugal ini amat mudah dijaga.
“Ayden tidak pernah meragam sejak lahir. Semasa proses berpantang, dia tidak pernah berjaga malam. Selepas ditukar lampin & menyusu, terus tidur semula,” ujar ibunya.
RAHSIA KULIT PUTIH GEBU
Selain itu, Anna juga turut berkongsi semasa hamilkan Ayden, dia turut mengalami morning sickness. Selain itu, dia turut berkongsi amalan meminum air kelapa tanpa gula dari usia kandungan 7 bulan. Rupa-rupanya inilah rahsia kulit nampak bersih, ibu Ayden Mikael beri petua minum air kelapa!
Ayden dilahirkan ketika usia kehamilan ibunya 39 minggu 6 hari. Dilahirkan melalui pembedahan caesarean, sewaktu lahir si cilik ini seberat 3.18kg.
Semasa temu ramah dilakukan, Ayden sudah pun boleh menggunakan penyedut minuman. Selain itu, dia juga sudah boleh berpegang dan berpaut kepada perabot. Walau pun skip merangkak, Ayden sudah boleh mengengsot untuk bergerak.
Tidak seperti kebanyakan bayi yang mempunyai objek/ mainan kegemaran, Ayden lebih suka diagah dan berkomunikasi dengan orang sekeliling.
AYDEN SELALU DIPANGGIL IQY
Selepas drama ditayangkan, ramai yang memanggil Ayden dengan panggilan Iqy. Ibunya mengakui selepas Ayden berlakon, ke mana-mana mesti sentiasa proper sebab ramai yang mula mengenali Ayden. Populariti yang tidak dijangka ini menyebabkan ada yang membuka akaun palsu menggunakan nama & gambar Ayden Mikael. Hal ini menyebabkan Anna lebih berhati-hati.
Anda nak tahu lanjut mengenai Ayden Mikail, boleh dapatkan naskhah majalah Pa&Ma Mac 2019 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Lebih banyak cerita yang dikongsikan dalam ruangan Penghias Kulit, Pa&Ma Edisi Mac 2019!
Sakit gigi ketika hamil jangan dipandang ringan. Kisah seorang ibu yang meninggal akibat sepsis ini menjadi peringatan penting untuk mendapatkan pemeriksaan.