Tak Perlu Fikir Bekal & Beratur Waktu Rehat, Inisiatif Kantin & Sekolah Ini Boleh Ditiru

Share

Pemakanan anak perlu dititikberatkan. Minda yang cerdas memerlukan pemakanan seimbang dan nutrien penting. Apa yang dilakukan ini membantu kanak-kanak mendapat sajian yang berkhasiat di sekolah.

Bagi murid sekolah,  cara penyediaan makanan ini praktikal dan memudahkan. Perkongsian ibu ini tentang sistem penyediaan makanan di kantin sekolah anaknya sangat menarik.

Masa makan semasa waktu rehat juga lebih efisien di mana anak tidak perlu membawa wang saku dan masalah wang tercicir disekolah boleh dielakkan.

Tempat duduk tersedia & tidak perlu beratur membeli makanan. 20 minit waktu rehat dimanfaatkan untuk makan sahaja. Risiko kehilangan/ keciciran wang dapat dikurangkan.

Inisiatif pihak sekolah dan pengusaha kantin ini memudahkan. Anak-anak mendapat makanan berkhasiat sewaktu di sekolah setiap hari. Pilihan menu sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur kanak-kanak.

Ibu ini turut menjelaskan yang program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah dibayar setiap bulan oleh ibu bapa kepada pihak kantin sekolah. Sebanyak RM3 termasuk air setiap kali makan dan terbuka kepada semua. Kantin masih menjual seperti biasa.

Sumber: Salehah Ariffin

IKLAN