Ada waktunya dengan jeritan dan arahan berkali-kali, anak masih tidak mendengar kata. Mulalah ibu dan ayah naik angin dan meninggikan suara. Bila terjadi hal yang semacam ini, ada baiknya kita melihat cara didikan kita pada anak-anak.
Kita bermula dengan ketegasan tetapi kita tidak seimbangkan ketegasan ini dengan kelembutan. Ada banyak cara didikan yang lebih tepat untuk mendidik anak agar akur dengan arahan kita dan mendengar kata. Tujuh tip yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini antara tip yang boleh dicuba untuk mendidik anak dengan kelembutan malah mendengar kata.
Berterima kasih pada anak selalu serta elakkan berkata jangan antara tip yang boleh diaplikasikan untuk anak. Cubalah!
7 cara ni simple je sebenarnya tapi boleh buatkan anak kita tu lebih dengar cakap kita berbanding kita duk jerit atau pukul. Bila anak tak nak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dah dipenuhi atau tak.
Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabil sebab bergaduh adik beradik. Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok 7 cara ni pula.
✅ Bercakap sambil pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita kena melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
✅ Peluk anak 8 kali sehari.
Ads
✅ Gunakan ayat yang pendek dan ringkas.
✅ Buat sesi one on one dengan setiap anak.
✅ Bermain dengan anak-anak. – Main pun kena fokus. – Bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormon oxytocin akan buat kita jadi tenang dan bahagia.
✅ Kurangkan berkata ‘Jangan’. Contoh baik: “Adik, kat dapur kena jalan perlahan.“
Ads
✅ Cakap terima kasih pada anak. Contoh baik:
“Terima kasih tolong papa sangkut tuala cantik-cantik.”
Contoh tak baik: “Dah habis mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula!”
Ads
Seperti mana kita bina “connection” dengan orang di sekeliling untuk dapatkan kepercayaan mereka, macam tu juga kita kena bina “connection” dengan anak sendiri.
Percayalah bila kita cuba buat perkara ni, kita akan jadi lebih rapat dengan anak. Anak akan rasa “connected” dan percaya dengan kita. Waktu tu lebih mudah untuk dia ikut cakap kita.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kenapa anak tak boleh berenggang langsung? Asyik minta didukung sahaja, nak tidur pun mesti ibu kena ada di sebelah. Kalau letak sekejap mulalah anak menangis! Pastinya ramai ibu bapa alami situasi ni kan?
Bagi ibu bapa yang berada dalam situasi macam ini, perkongsian Hello Doktoryang berkongsi kisah dua ibu muda mengalami fasa anak susah nak berenggang ini dan tip yang dilakukan mereka mungkin boleh membantu.
Personaliti atau sifat bayi itu sendiri yang membuatkan anak tak boleh berenggang langsung dengan parents! Namun, ibu bapa janganlah risau. Anak memang akan menangis. Itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Manakan tidak, mereka tidak boleh bercakap, berjalan atau menunjukkan apa yang mereka mahu. Jadi, hanya dengan tangisan sahajalah anak boleh mendapatkan perhatian ibu ayah.
Anak yang mempunyai ciri sebegini digelar ‘high need’. Pernah dengar tak?
Anak anda mudah menangis kalau tidak didukung? Hendak peluk ibu 24 jam? Masa tukar lampin, nampak muka orang lain pun menangis? Jika ya, mungkin bayi anda grumpy disebabkan mereka tergolong dalam kumpulan ‘high need baby’!
5 tip untuk anak tak boleh berenggang – Sesuai untuk first time mother!
Apa itu high need baby? Bayi dalam kategori ini selalunya akan menangis lebih kerap daripada biasa. Malah, ibu juga mungkin mendapati anak tak boleh berenggang langsung!
Mari ikuti perkongsian tip menguruskan anak clingy daripada dua ibu muda ini; Puan Nur Arina dengan bayinya, Hawa Jasmin dan Puan Najihah dengan bayinya, Seif. Kedua-dua wanita ini merupakan first time mother dengan bayi comel yang sangat clingy!
1. Anak tak boleh berenggang? Belajar cara pujuk anak!
Bagi Arina, sebagai ibu kepada ‘high need baby’, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah belajar cara terbaik untuk pujuk anak. Cuba perhatikan apa yang anak suka dan cuba lakukannya supaya anak lebih tenang dan relaks.
“Ibu perlu tahu cara untuk pujuk anak. Kadang-kadang, untuk meredakan tangisan, saya akan dukung dan pujuk Hawa supaya dia berhenti menangis. Saya juga akan bawa Hawa berjalan-jalan di sekeliling rumah. Selalunya cara ini berkesan.”
Najihah pula tidak menafikan anak tak boleh berenggang merupakan satu cabaran yang besar untuknya yang juga seorang wanita bekerjaya.
“Kadang-kadang, saya terlalu sibuk menguruskan Seif. Tambah pula dengan bebanan kerja, terasa semuanya terlalu banyak untuk ditanggung seorang diri. Jadi, saya dan suami banyak bekerjasama dalam membesarkan anak.”
“Kami akan cuba bangun seawal mungkin untuk siapkan semua kelengkapan Seif sebelum pergi kerja. Masa Seif tidur sahajalah peluang untuk kami berenggang sebentar. Nanti bila Seif bangun, dia akan menangis tengok ibunya tiada di sisi.”
2. Jangan rasa bersalah ketika manjakan anak
Menurut Najihah lagi, jangan sesekali rasa bersalah jika anda perlu manjakan anak. Kalau anak suka didukung, dukung sahajalah asal anak berhenti menangis.
“Memang letih, tapi pada waktu ini, anak inginkan perhatian daripada ibu bapa. Nanti, apabila mereka lebih berusia, barulah ibu boleh ajar anak supaya mereka lebih faham. Kunci utamanya adalah sabar.”
“Anak hanya mahukan perhatian. Selepas sepanjang hari bersama pengasuh, sudah tentulah anak ingin bermanja bersama ibu dan ayah.”
“Selain itu, saya juga sering cari aktiviti untuk alihkan perhatian Seif lebih-lebih lagi ketika saya perlu tinggalkan dia bersendirian buat seketika. Contohnya, saya akan tinggalkan mainan kegemaran anak atau scarf saya supaya Seif lebih tenang.”
3. Jangan malu untuk minta pertolongan orang lain
Bagi Arina pula, cabarannya dalam menjaga bayi clingy ini mungkin lebih besar kerana terpaksa berjauhan dengan suami. Namun, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang, keluarganya banyak membantu.
“Jangan malu untuk minta pertolongan ibu bapa. Dengan kehadiran orang yang lebih tua dan berpengalaman, saya banyak belajar cara untuk handle anak yang clingy. Malah, ibu saya juga kadang-kadang akan tolong jagakan ketika saya penat dan mula burn-out.”
4. Suami juga mainkan peranan penting
Tidak dinafikan, dalam mengatasi masalah anak tak boleh berenggang, suami memainkan peranan yang sangat penting.
Arina dan Najihah kedua-duanya bersetuju dan mengakui suami bukan sahaja merupakan tulang belakang keluarga, insan yang bergelar ayah ini juga adalah penyokong nombor 1 ibu.
Menurut Najihah, suaminya, Fathi, sangat memahami. Malah, suami jugalah yang akan memandikan bayi, menyuapkan makanan dan juga menidurkan Seif jika Najihah rasa penat.
“Selalunya, kami berdua akan bergilir-gilir dalam menjaga anak. Disebabkan anak tak boleh berenggang dengan parents, suami akan selalu bagi me time kepada saya supaya saya boleh menghilangkan stres dan melepaskan penat.”
Berbeza pula bagi Arina yang sedang berjauhan dengan suaminya, Hakim. Hujung minggu, suami Arina akan balik dan mula menjalankan semua tanggungjawabnya.
“Bila suami balik pada hujung minggu, dia akan buat semua benda – dari makan pakai anak ke kerja rumah – pendek kata semuanya suami akan uruskan. Saya cuma perlu jaga dan mandikan anak sahaja.”
Arina juga bersyukur suaminya tidak kekok membantu hal-hal keluarga. Secara tidak langsung, perhatian yang diberikan suami memudahkan mereka untuk menjaga Hawa walaupun mereka sedang ber’PJJ’.
5. Jangan risau, semuanya akan berakhir!
Mungkin ramai ahli keluarga yang terdekat akan berikan nasihat yang sama. Bagi Najihah dan Arina, kenyataan di atas ada betulnya!
“Selepas habis pantang, nampak Hawa lebih tenang dan tak menangis sekerap dulu lagi. Perangai merapnya (clingy) juga dah berkurang!”
“Jadi untuk ibu bapa di luar sana, sabar dan layankan sahaja dulu kerenah anak tak boleh berenggang. Ini merupakan masa terbaik untuk ibu luangkan masa bersama bayi tersayang. Nanti bila dah besar, rindu pula!” Ujar Arina lagi mengakhiri temu bu
Orang kata kanak-kanak jujur dan tak pandai menipu. Menurut Pakar Psikiatri Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Khadijah Hasanah Abang Abdullah dalam perkongsian Harian Metro bertarikh 15 April 2020, menjelaskan perlakuan itu sesuatu yang normal apabila kanak-kanak itu menginjak usia dua hingga tiga tahun.
“Sebenarnya seawal usia dua tahun mereka sudah mempunyai keupayaan menipu kerana ia berkait rapat dengan perkembangan kognitif terutama fungsi eksekutif otak iaitu menyusun, mengatur dan merancang.”
Apa pula punca anak memilih untuk menipu? Ikuti perkongsian daripada penulis keibubapaan ini.
Pesan-pesan kat pasangan kita. Jangan menghukum teruk sangat kalau anak dah terbuat silap.
Semalam anak-anak saya pakat meraung sekali. Dramatik betul meraung, macam kena tinggal kat tepi jalan. Puncanya, Aqlan tersepak tab suami saya. Dan skrin tab tu tercabut. Nasib baik melayang atas karpet.
Skrin tab tu dah lama dah longgar. Memang kebetulan sangatlah waktu tu pulak dia nak tercerai dari badan. Sambil meraung, anak sulung saya bagi idea,
“Mama tolong jangan bagitau ayah. Ammar takut ayah marah. Mama ambik duit Ammar ni. Tolong repair. Tapi kan lambat, Tolong Ammar glue-gun kan. Lepas tu jangan bagitau ayah.”
Saya tahan nak tergelak. Cantik dia plan. Barai la tab tu kalau glue-gun nak oi. Saya cakap dalam hati je la tapi. Nasib baiklah anak mengadu kat saya.
Kalau dengan saya pun dia takut nak mengadu, mau tab tu jadi bahan ujikaji kena glue-gun dek 2 beradik ni.
Saya pernah jadi budak-budak. Saya tau macam mana takutnya rasa bila buat salah. Pengalaman kena marah tu, buat ‘kreativiti’ kita sebagai kanak-kanak menjadi-jadi. Dan kreativiti itu jugalah menjadi pencetus, bermulanya keberanian anak-anak kecil untuk menipu.
Jadi, hati-hati dengan statement
‘kanak-kanak tak reti menipu’. Kerana mereka juga manusia. Otak mereka juga beradaptasi untuk survival.
Hati-hati dengan respon yang kita beri pada anak. Jangan sampai develop sifat ‘menipu’ pada anak
Tiga sebab anak menipu :
1) UNTUK DIRI DILIHAT HEBAT
Anak yang dapat pengiktirafan dan perhatian berlebihan ketika mereka dilihat hebatakan belajar untuk menipu lagi di masa akan datang untuk dapatkan lebih pengiktirafan dan perhatian.
2) UNTUK MELINDUNGI DIRI
Perasaan takut kena marah dan dihukum mengaktifkan respon survival anak. Menjadikan mereka kreatif menipu demi menutup salah.
Lagi mudah kita menghukum kesilapan anak, lagi kreatif anak develop penipuan mereka.
3) BERCAKAP SEBELUM BERFIKIR
Boleh jadi juga, mereka tak niat pun nak menipu. Tapi, sebab mulut ‘bekerja’ lebih laju dari otak, benda tak betul pun boleh terlepas dari mulut.
Sebab tu kita mak ayah perlu lebih bersikap terbuka dengan kesilapan yang anak lakukan. Beri nasihat dan beri peluang pada anak untuk belajar dari kesilapan.
Elakkan terlalu overreact. Lebih-lebih lagi kalau tak nampak di depan mata. Bersikap neutral lebih baik dan mendidik.
Kita sebagai mak ayah pun, kena biasakan mengaku silap dan meminta maaf bila buat salah. Supaya anak belajar, tak perlu menipu pun kalau buat salah.
Cuma minta maaf, dan usaha betulkan keadaan.
Petang tu, bila suami saya pulang, Aqlan dengan gentle confront depan ayah. Dia cerita apa yang jadi dari A sampai Z. Mata layu, nampak berat dengan rasa bersalah.
Habis bercerita, dia tunggu respon dari suami saya. Seolah redho kalau kena marah. Syukur alhamdulillah, disebabkan dia jujur dan minta maaf, suami saya tenang menerima. Dan nasihat untuk lebih berhati-hati. Siap dapat pujian lagi. Sebab berlaku jujur dan mengaku silap.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat baju sekolah anak yang kehitam-hitaman di bahagian tengkuk dan lengan buat ibu mula rasa stress. Mana tidaknya, mulalah mak-mak memikirkan terpaksa menyentalnya dengan sepenuh tenaga demi menjadikan baju kembali putih bersih.
Rupanya tak perlu sental berlebih-lebihan, ada cara dan petua mudah yang dikongsikan oleh Hasslizza Lailly Abu Hassan ini.
Memang mudah, hanya gunakan sedikit serbuk percuci, Cif sahaja untuk diletakkan pada bahagian berdaki. Memang bersih!
Since ramai yang kat komen tanya macam mana nak gunakan dia. So, hari ni Lailly sharekan video.
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.