Tak perlu beli, sesekali apa kata kita gunakan mainan semulajadi yang ada disekeliling kita. untuk merangsang dan bonding dengan anak.
Gelas atau cawan kertas yang kita nampak sebagai sampah selepas menggunakannya sebenarnya cukup banyak manfaatnya pada anak.
Nak tahu bagaimana cara bermain dengan gelas kertas ini? Dan bagaimana pula ia membantu dalam perkembangan anak? Ini yang dikongsikan oleh ahli terapi cara kerja, Pn Mahfuzah Zainol.
5 cara bermain menggunakan gelas kertas yang ‘mengejutkan’ ibu bapa.
Ads
1. Susun gelas mengikut model di hadapan.
Ibu bapa atau guru boleh jadi demonstrator. Mulakan dengan bentuk paling ringkas kepada bentuk paling kompleks. Boleh meningkatkan kemahiran visual persepsi dan koordinasi mata dan tangan.
2. Imbang gelas antara satu sama lain.
Belajar mengawal pergerakan tangan untuk menyusun dan mengimbangkan gelas agar tidak terjatuh.
3. Susun semua gelas antara satu sama lain.
Ibu bapa atau guru buat demonstrasi terlebih dahulu. Anak murid boleh ikut kemudian.
Bahagian ini boleh meningkatkan daya tumpuan (fokus) dan ketangkasan kecekapan tangan (hand dexterity).
Ads
4. Jatuhkan gelas dengan meniup dengan straw atau menghembus dengan mulut. Hehe.
Ini boleh memberi impak rangsangan kepada otot oral di sekitar pipi dan mulut.
5. Sasarkan gelas untuk dijatuhkan macam permainan ‘tuju tin’ suatu ketika dulu. Hehe.
Ibu-ibu bapak-bapak dan cikgu-cikgu mesti selalu main masa kecil dulu. Boleh guna getah pemadam sebagai batu tuju atau bola kecil. Boleh meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak untuk berfikir bagi menyusun kembali dengan cepat.
Ads
Permainan untuk kanak-kanak tidak semestinya mahal. Bahan murah dan mudah boleh ditingkatkan nilainya dengan kreativiti. Ditambah pula nilai kekeluargaan jika ibu bapa turut serta bermain bersama.
Muhammad Iftikhar Firas Farid, 13 tahun, bukan calang-calang remaja. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang ini baru saja mencipta sejarah apabila muncul juara dunia dalam kejohanan “Roller Freestyle Park Junior” yang berlangsung di Montpellier, Perancis.
Yang lebih mengagumkan, Firas berjaya menewaskan juara bertahan empat tahun berturut-turut dalam pertandingan sukan aksi ekstrem itu!
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi satu hantaran ‘Facebook’ menitip Harapan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus bertindak menyedari potensi luar biasa Firas. Beliau juga mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi perhatian penuh dalam menyokong perkembangan bakat Firas.
“Saya mengarahkan KBS membantu dengan kemudahan latihan dan akses yang diperlukan bagi mengembangkan lagi bakatnya ke tahap lebih tinggi,”
Kisah Firas membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa—jika diberi peluang, pendedahan dan dorongan berterusan.
Akhir Kata, Tahniah Firas! Semoga terus menyinar sebagai ikon belia Malaysia yang mengharumkan nama negara. Kepada ibu ayah di luar sana, mungkin anak anda yang seterusnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah mesti rasa teruja menyambut kelahiran anak kedua dalam keluarga. Tapi jangan abaikan anak sulung. Perasaan mereka juga perlu dijaga. Selalunya papa dan mama akan beranggapan anak sulung sudah besar dan faham tentang kehadiran adik.
Hakikatnya walaupun mereka sudah besar, kehadiran adik walaupun sangat dinantikan tetapi ada sedikit rasa cemburu. Apatah lagi kalau yang sulung itu masih anak kecil yang tidak berapa faham lagi tentang kehadiran adik baru.
Tentu sahaja bila perhatian papa dan mama tertumpu pada adik baru, si sulung akan buat perangai sebagai salah satu cara memberitahu perasaannya.
Papa dan mama yang tidak faham dengan tindak-tanduk anak akan terus memarahi dan memusuhi anak sulung. Inilah yang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan mereka.
Sebenarnya ada cara yang sepatutnya dilakukan oleh papa dan mama terhadap anak sulung ketika menerima kehadiran anak baru. Jom semak apakah dia.
DIA TETAP YANG TERUTAMA
Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga, kadang kala membuatkan anak sulung terasa seperti dipinggirkan. Padanya adik itu seakan-akan mengambil tempat di hati, perhatian dan kasih sayang mama dan papa darinya.
Lantas, ada yang berubah sikap dengan kehadiran adik. Kerana mereka kanak-kanak, komunikasi verbal mereka terhad, perubahan kelakuan adalah signal untuk mereka menyatakan apa yang terbuku di hati.
Apatah lagi, bila adik lahir terlalu dekat dengannya. Pada mama dan papa, kasih sayang tidak luak walau setitik pun tetapi anak sulung mungkin tidak beranggapan begitu.
Bagaimana mengendalikan anak sulung kita ini? Mungkin tips yang saya kongsikan ini boleh membantu:
Semoga dengan masa yang kita sudah berikan pada anak sulung kita, berkuranglah dia membuat onar dan berkelakuan yang kita tidak senangi.
Ibu bapa mana yang tak risau bila anak lambat cakap. Tambah lagi bila lihat anak orang lain yang seusia anak kita dah petah berkata-kata. Di campur pula dengan pandangan sinis orang sekeliling, buatkan mak ayah dah mula tak senang duduk.
Setakat rasa bimbang tapi tiada tindakan mak ayah dikira masih gagal untuk membantu anak. Nak tahu macam mana kita boleh berusaha untuk anak bercakap, perkongsian ibu ini, Ezzaty Suffian sangat membantu.
Finally, lepas berbulan-bulan zaty dan husband cuba try and adjust macam-macam cara untuk bantu fayyadh bercakap. Hari ni zaty nampak fayyadh dah mula tunjukkan improvement. Huuu, mengalir air mata. Terharu, gembira, bersyukur.
Memang takde cara shortcut untuk buatkan fayyadh ringan mulut boleh bercakap. Tiga benda je yang zaty buat kat fayyadh :
1) selesaikan semua isu sensori fayyadh.
✔Fayadh geli pijak pasir, kitorang buka kasut fayyadh setiap kali dia main kat taman permainan.
✔telinga fayyadh oversensitive dengan bunyi-bunyian, kitorang simpan tv kat dalam stor
✔fayyadh gayat dengan rocking horse dan buaian, zaty bawa rocking horse pergi rumah adik. Lepastu suruh anak sedara naik dan main depan fayyadh.
Bila fayyadh tengok, dia jadi teringin nak naik juga. Hari-hari dia buat latihan sendiri, beranikan diri naik rocking horse tu sampai dia berjaya atasi rasa gayat.
✔fayyadh ada masalah dengan body awareness, kitorang beli exercise ball untuk dia hempaskan badan dia atas bola tu. zaty amalkan urut badan fayyadh 2 kali sehari.
Sekarang yang belum setel ialah isu masuk, jilat dan gigit objek dalam mulut. zaty tengah struggle nak selesaikan masalah sensori yang ni.
2) sembang dan sembang dan sembang dengan fayyadh.
✔zaty sembang dan apapun perkara dengan fayyadh. Kalau mandi, sembang pasal berus gigi, sabun, rambut, dan segala anggota badan.
✔bila makan, zaty sembang dan tanya fayyadh tentang apa yang dia makan. Bagitahu dia ini ayam, itu ikan, sayur, telur, senduk, pinggan, cawan.
✔bila fayyadh tengah main, zaty akan take part at least 3-5 minit. Sambil fayyadh main, sambil zaty perhati dan buat cerita berdasarkan apa yang dia tengah main.
Contoh : Kereta fayyadh warna kuning. Kereta jalan laju sangat. Kereta langgar dinding. Kereta turun bukit. Sambil-sambil buat sound effect nak bagi jalan cerita tu jadi menarik.
3) Selalu bagi arahan dan buat aktiviti sama-sama dengan fayyadh.
✔suruh fayyadh ambil tuala, ambil kereta, letak baju dalam bakul. Everything yang mudah. Selagi fayyadh mampu buat, zaty akan suruh dia buat. Mula-mula satu arahan je.
✔Sekarang dah boleh bagi 2 arahan dalam satu masa. Contoh : Fayyadh, buka baju lepastu letak baju dalam bakul.
✔Buat aktiviti sama-sama. Sidai baju sama-sama, makan sama-sama, main educational toys sama-sama. Kalau banyak masa free, zaty buat aktiviti sampai habis dengan dia. Kalau tak sempat sangat, zaty ambil 3-5 minit join aktiviti yang dia buat.
zaty tak pernah letak apa-apa target kat fayyadh. Sebab zaty tak tahu sejauh mana keupayaan fayyadh nak atasi speech delay dia. Yang zaty tahu, hari-hari zaty kena usaha buat something untuk bantu fayyadh selesaikan masalah sensori dia.
In the same time zaty kena tambah dan tambah sebanyak yang boleh kosa kata (vocab) install masuk dalam otak fayyadh. Sebab tu sekarang mulut zaty lebih riuh-rendah kat rumah kalau nak banding dengan dulu. Always bercerita dan bertanya dengan fayyadh.
Kalau kalian ada anak yang senasib dengan fayyadh, pesan zaty satu je. Jangan sesekali kita putus asa. Kita buat training hari-hari dengan dia, walau nampak macam takde hasil, itu sebenarnya ilusi kita semata.
Teruskan latihan. Jangan berhenti. Kalau taknak stress, jangan letak apa-apa target pada anak. Just go with the flow. Sooner or later, dia akan tetap tunjukkan improvement yang bakal buatkan kita rasa sangattt kagum, bangga dan bersyukur yang teramat sangat.
Yang penting ada PROGRESS dan IMPROVEMENT dari anak kita.
Dengan 1 syarat mudah. Jangan “rasa-rasa” pasal perkembangan/masalah anak. Bila dah RED FLAG je, terus bawa anak jumpa pakar/therapist untuk screening dan diagnose apa masalah anak.
Diikuti pula dengan latihan berterusan (dengan panduan therapist) sama ada di pusat terapi atau di rumah. Last but not least, jangan lupa doa dan tawakal kita perlu sentiasa dihantar kepada Tuhan Raja sekalian alam.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.