Ramai ibu bapa rasa susah hati bila anak tak pandai ‘behave’ di rumah orang waktu pergi beraya.
Memang seronok bawa anak beraya rumah saudara mara ketika hari raya tapi kadangkala sikap si kecil yang tak tahu duduk diam dan sibuk ‘explore’ rumah orang membuatkan tuan rumah rasa tak selesa.
Bagaimanakah cara terbaik yang patut dilakukan oleh ibu ayah yang mempunyai anak-anak sukar berkelakuan baik ketika di rumah orang?
Puan Noor Afidah Abu Bakar,Perunding Keibubapaan Parent Connect Consultancy yang sangat memahami tingkah laku kanak-kanak menulis perkongsian terbaik cara mengendalikan situasi tersebut terutama di musim perayaan ini.
Pernah menonton iklan Hari Raya Faber Castell? Adakah anda menghadapi dilema yang sama dengan anak anda yang tidak diam apabila berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai?
Adakah anda menghadapi dilema yang sama sebagai tuan rumah yang panik apabila saudara atau rakan tertentu akan hadir bersama anaknya?
APA YANG PERLU KITA FAHAM? KENAPA ANAK TIDAK ‘BEHAVE’?
1) Sifat semulajadi anak kecil yang suka ‘play and explore’.
Naluri mereka memang suka bermain dan meneroka persekitaran sebagai proses untuk belajar.
2) Mereka cetek dengan pengalaman dan belum faham apakah ‘consequence’ atau kesan dari perbuatan mereka.
3) Mereka perlukan struktur dan batasan supaya mereka rasa lebih selamat.
4) Mereka tidak sukakan kejutan (surprises) jadi mereka memerlukan rutin dan panduan.
5) Attention span atau tumpuan mereka masih rendah.
6) Mereka perlu dididik tentang Adhab berkunjung ke rumah orang dari kecil lagi.
TAHUKAH ANDA
Anak berusia 2 tahun sudah tahu apa yang menggembirakan kita dan apa yang tidak. Mereka sudah faham peraturan.
Ads
Anak berusia 4 tahun sudah boleh
1) Mengikut peraturan jika dibincangkan.
2) Mengawal diri dari melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya jika diingatkan.
BAGAIMANA CARANYA?
1) Sebutkan harapan anda dan bincangkan peraturan.
SEBELUM berkunjung ke rumah sesiapa, berceritalah tentang adab berkunjung ke rumah orang. Sebutkan harapan anda kepada anak agar anak ‘behave’ sebaiknya. Ajar anak untuk menghormati tuan rumah dan harta benda tuan rumah.
Contohnya: Elakkan dari melompat atas sofa. Berikan alternatif, jika ingin melompat boleh ke luar rumah.
Elakkan dari mengusik hiasan tuan rumah. Jelaskan kenapa dan bincangkan dengan anak kesan dan akibat.
2) Kanak-kanak tidak sukakan ‘surprises’ oleh itu persiapkan anak dengan apa yang akan berlaku, ‘what to expect’ apabila ke rumah seseorang.
Ads
Contohnya:
Di rumah uncle nanti ada baby….
Mak Long tinggal di apartment….
Nanti mungkin ramai orang….
Rumah Cik Su banyak pokok bunga…
Ini akan mengurangkan ‘surprises’ jadi lebih mudah untuk anak ‘behave’ kerana dia tahu apa yang ada di hadapan.
3) Kanak-kanak mungkin belum faham apa yang bahaya, apa yang salah, dan apa yang tidak sesuai, oleh itu berkongsi dengan anak tentang ‘kod rahsia’ antara anda dan anak.
“Jika mama isyaratkan macam ini (tunjuk kod rahsia) maknanya tidak elok buat begitu. OK tak?”. Bincang dengan anak.
4) Mengambil tahu apa ‘kelemahan’ anak anda supaya mudah untuk anda pantau dan ingatkan anak.
Anak bongsu saya ketika berusia 2-5 tahun dulu sangat sukakan benda elektronik seperti tv, dvd player, komputer, suis dan sebagainya. Sebelum ke rumah sesiapa, saya ingatkan dia supaya elakkan dari mengusik peralatan elektronik tuan rumah dan sering memantau dia kerana tahu itu ‘kelemahan’ dia.
Ads
Apa ‘kelemahan’ anak anda?
5) Jika anak sudah mula meragam dan kelihatan letih dan mula melanggar semua peraturan yang dibincangkan, ambillah ia sebagai isyarat bahawa anda perlu beri lebih perhatian, tidurkan anak, alihkan perhatian anak dengan sesuatu yang disukainya, atau mungkin pulang ke rumah jika perlu.
Usahlah di’siksa’ anak dan memalukan anak yang tidak dapat lagi mengawal diri mereka kerana keletihan.
6) Feedback
Ketahuilah anak-anak sentiasa ingin menggembirakan kita dan sentiasa inginkan approval kita.
Pujilah dengan pujian diskriptif kiranya dia ‘behave’ ketika berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai anda. Usahlah hanya marah apabila dia ‘misbehave’.
Ini boleh dijadikan persediaan dan panduan untuk anak berkunjung ke rumah orang lain pula selepas ini.
SEBAGAI TUAN RUMAH
Mungkin saranan dalam iklan ini baik untuk diikuti. ‘Child-proof’ rumah anda supaya tiada yang tercedera.
Berlemah-lembutlah dengan kanak-kanak kerana mendidik tidak memerlukan kekerasan.
Ingatkan sakit perut biasa, rupanya kanak-kanak 3 tahun ini disahkan mempunyai ketumbuhan dalam perut, selepas diperiksa rupa-rupanya anak ini menghidap kanser yang agak rare. Ikuti perkongsian ibu ini bagaimana mereka melalui saat-saat sukar ini.
Assalamualaikum nama saya raysha nur adriana 1/10 ni genaplah saya 3tahun, dulu saya seorang kanak kanak yang ceria dan mumy kata saya penyeri dalam rumah dan hati dia sebab saya anak perempuan ..
Dulu rambut saya panjang mumy suka ikat rambut saya tinggi tinggi lepastu mumy suka buat tocang dekat rambut saya .. Tp masa bulan puasa saya dah mula sakit, mumy ingat saya sakit perut biasa saja tapi lama kelamaan sakit tu makin kuat sampai saya sukar untuk bernafas..
Daddy bawa saya pergi klinik pergi hospital masuk kk6 sehari je kemudian doktor suruh balik katanya saya xde pape masalah sedangkan masa tu pernafasan saya dah laju.. Dengan rela hati daddy and nenek bawa saya balik kemudian esok kan tu sakit saya makin terus mumy balik tak jadi na pergi kerja jadi daddy nenek and mumy bawa saya pergi hkl..
Abang dekat depan jaga kaunter tu terus tolak saya masuk zon merah .. Mula mula mereka kata saya denggi kemudian jangkitan kuman diparu paru then buat scan dokta kata paru paru berair tapi bila dokta pakar datang dia kata bukan sekadar paru paru berair tapi ada ketumbuhan dalam badan saya sehingga menutup saluran pernafasan saya..
Selang dua hari dokta buat keputusan na oprite saya. Mumy ta henti henti nangis sebab mumy takot sesuatu berlaku.. Masuk bilik oprate nenek yang hanta tp sekejap je lepas saya kena bius nenek keluar, lepas saja oprate saya kena stay dalam icu untuk pemerhatian doktor ..
Lepas seminggu saya diberi keizinan balik , mumy gembira sangat tapi mumy pelik kenapa ada wayar warna putih tergantung.. Lepas dari tu mumy tetap susah hati tp mumy terpakse pergi kerja, daddy dan nenek hanta saya ke hospital sebab doktor na jumpa..
Tiba-tiba dokta sahkan saya menghidapi cancer stage 3 ke 4..
Mumy berkali kali kol daddy tapi daddy ta angkat mungkin sebab daddy xnk mumy risau tapi auntie saya dah post dalam whatspp jadi mumy tahu.. Mumy x senang na buat kerja terus balik dah sampai rumah mumy nangis x terhenti sebab mumy x bole terima saya cancer ..
Cancer saya sejenis cancer rare .. Saya org ke 8 yang kena cancer ni jadi xde ubat bole bantu saya melainkan chemo.. Dokta kata kalau dah start chemo rambut saya, bulu mata saya semua akan gugur..
Tp mumy kata saya tetap cantik dimata dia , lepas dari chemo mulut saya sakit kdg2 seminggu x makan. Saya kerap demam mumy sentiasa teman saya dalam hospital kadang kadang nenek pun teman saya.. Tp kesian pada daddy sebab kena hanta saya ulang alik ke hospital ..
Dalam hospital mumy cuma ada saya dia x berani untuk tegur org dalam wad sebab mumy sorg perempuan yg takot utk tegur org.. Jadi dia akan jaga saya sepanjang masa kalau ada org tegur dia baru dia tegur balik..
Jadi auntie and uncle kat luar sana tolong doakan raysha panjang umur dan kuat untuk lalui semua ni , harini auncle and auntie tlg isha insyallah esok lusa allah swt balas segala jasa baik uncle dan untie .. Perubatan isha memang mahal ..susu isha pun kena tukar mumy dah cuba minta bantuan baitulmal dan isha berharap mereke sudi bantu kami insyallah
“Kalau ajar BM dengan BI sekali, anak-anak tak confuse ke?” Ini persoalan yang selalu ditanya oleh ibu-ibu yang nak mula ajar English pada anak-anak.
Soalan ini juga yang pernah diajukan oleh ibu yang homeschool. Bagi menjawab persoalan ini Puan Hamidah Khairiyyah berkongsi info berdasarkan pengalamannya. Tak semestinya beli buku atau modul mahal menjamin anak cepat belajar. Jika salah teknik, ia tak akan berhasil.
Iya lah, kalau di sekolah, ada cikgu BM & teacher English yang berbeza. Pelajar tengok cikgu lain pun boleh faham ni subjek apa.
Kredit: awal.my
Kat rumah, mak lah cikgu BM, mak lah teacher English, silap-silap mak jugak ustazah, guru PJ, dan sebagainya.
Macammana anak-anak nak beza kan? Terutamanya bagi yang baru mula nak belajar membaca, huruf BM & BI sama, tetapi bunyi huruf ada yang sama dan ada yang berbeza.
Ada beberapa cara yang boleh bantu mudahkan anak-anak faham:
(1) Mulakan dengan salah satu dahulu.
Sekiranya kita baru nak mula ajar anak membaca, mula kan dengan bahasa yang digunakan di rumah.
Jika di rumah, ibu ayah bercakap bahasa melayu, ajar BM dahulu. Jika di rumah, mommy daddy speak English, ajar English dahulu.
Bila anak dah fasih semua bunyi huruf bahasa tersebut, sambil ajar perkataan atau ayat dalam bahasa tersebut, boleh tambah silibus bahasa seterusnya.
(2) Gunakan bahasa yang di ajar sebagai bahasa pengantar dalam kelas.
Ketika mengajar BM, guru (atau ibu) perlu bercakap Bahasa Melayu. Ketika mengajar BI, teacher (atau ibu) must speak in English. Ini akan banyak membantu anak-anak untuk faham bahasa yang sedang dipelajarinya pada masa tersebut.
(3) Slotkan subjek lain di antara dua subjek bahasa tersebut.
Contohnya mula waktu pagi nak ajar BM, selesai subjek BM, sebelum masuk subjek BI, slotkan subjek lain atau aktiviti lain yang membantu anak untuk shift-focus dan seolah-olah “lupa sebentar” pelajaran BM tadi.
Contohnya BM – Matematik – BI. atau BI – Sains – BM. Atau slotkan sahaja aktiviti mudah lain seperti masa bermain basikal, masa rehat (makan), melukis / mewarna dan sebagainya.
(4) Rancang aktiviti yang berbeza bagi kedua-dua bahasa.
Contohnya aktiviti membaca cerita sang kancil ketika subjek BM, dan kemudian aktiviti flashcard transportation ketika subjek BI.
Saya sendiri berpendapat aktiviti berbeza adalah lebih berkesan kerana jika aktiviti sama yang dilakukan, ibu (sebagai pengajar) akan lebih mudah untuk menterjemah (translate) dan bukannya mengajar bahasa tersebut.
Ini antara 4 tips yang saya guna pakai dalam mengajar anak di rumah. Ada ibu-ibu yang juga sedang ajar BM & BI sekaligus juga?
Macammana, ok tak? Boleh share pengalaman masing-masing untuk kita sama-sama belajar.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan ibu bapa hari ini lebih menilai kepandaian anak-anak pada prestasi akademik semata-mata. Kadangkala tu bila anak kita tak skor dalam exam terus dianggap anak kita dah takde harapan untuk berjaya dalam hidup.
Jangan sesekali fikir sebegitu! Silap sangat tu!
Mungkin anak kita tu genius cuma kita je tak ada ilmu nak kenal pasti jenis kecerdasan anak. Untuk pegetahuan ibu bapa ada 8 jenis kecerdasan dan kepandaian dalam diri anak kita yang mungkin kita terlepas pandang dan tidak menghargai bakat terpendam mereka.
1. Number Smart
Sangat suka dengan fakta, logik dan nombor. Keluarkan bakat terpendam yang ni dengan selalu latih anak main sudoku, monopoli, chess dan applikasi smartphone yang mencabar kepantasan mengira.
2. Word Smart
Sangat suka menulis, membaca dan bercakap. Asah je kecerdasan ni dengan ajak anak bercerita pengalaman-pengalaman dia di sekolah dan juga suruh anak kita tu reka cerita bedtime story untuk adik beradiknya.
3. Nature Smart
Suka sangat dengan alam, tumbuh-tumbuhan dan juga binatang. Apa kata jadikan koridor ataupun tanah terbiar belakang rumah tu untuk dijadikan kebun dan taman kecil untuk si comel kita tu kembangkan bakat terpendamnya.
4. Self Smart
Mempunyai self confidence yang tinggi, suka bermain sendiri dan tahu dengan jelas matlamat dan cita-citanya bila dah besar nanti. Mudah sahaja, mak ayah cuma perlu bimbing anak tu untuk pilih cita-cita yang tepat untuk dirinya.
5. People Smart
Ada daya empati yang sangat tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat bagus dan biasanya sangat disukai oleh orang yang lebih dewasa. Kembangkan bakat terpendam ni dengan selalu suruh anak kita tu terlibat persatuan dan juga organisasi.
6. Music Smart
Sangat sukakan lagu, suka menghafal lirik dan melodi lagu dan juga kadangkala mampu bermain alat muzik dalam usia yang sangat muda.
7. Picture Smart
Mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang sangat tinggi. Suka conteng sana-sini tapi hasil contengannya lebih berseni dan lebih menarik dibandingkan teman sebaya. Kembangkan bakat terpendam anak kita tu dengan sediakan kelas art&design untuknya dan juga platform untuk anak kita berkarya.
8. Body Smart
Sangat suka bersukan, menari dan biasanya mempunyai kebolehan menggunakan tangan dan kakinya dengan sangat baik. Keluarkan je bakat terpendam anak kita ni dengan selalu ajak anak kita bersukan dan juga bersenam. Mana la tahu penyambung legasi Ronaldo dan Messi sebenarnya ada kat dalam rumah kita!
” Wahai ayahku..wahai ibuku..Kami bukan bodoh tapi kami mempunyai kecerdasan dan kepandaian yang berbeza ”
Sebab tu jangan sekali kali putus asa dengan pencapaian anak kita. Peperiksaan tu penting tapi tu bukan penentu hidup dan mati anak kita. Jom kita sama-sama kembangkan dan keluarkan bakat terpendam anak-anak kita semua!
Dalam dunia yang semakin kompleks ini masa hadapan anak-anak bukan lagi ditentukan oleh kebolehan semata-mata, namun dinilai oleh akses yang mereka miliki kepada pendidikan yang berkualiti.