
Anak lelaki perlu dibesarkan dengan penuh tanggungjawab dan bijak mengawal emosi dirinya. Itu tanda kematangan seorang anak lelaki. Disebabkan itulah anak lelaki perlu di latih dan dididik untuk membuat keputusan lebih baik dengan matang sejak kecil lagi.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, ada sebabnya anak lelaki jangan terlalu dimanjakan berbanding anak perempuan. Barulah anak lelaki lebih kental jiwanya untuk membesar.
Tahu cakap terima kasih, minta izin, minta maaf dan minta tolong dengan orang lain.
Tahu merendah diri dan tak ego walaupun dia lebih bijak dan lebih kuat semasa remaja nanti.
Kesannya:
– anak tak tahu cara merawat stress tak pandai bertanya soalan
– tak pandai meminta bantuan
– tak boleh buat keputusan sendiri.
Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara, mereka kena usaha untuk dapatkan.
Ada perkara yang kita kena cakap “Tak boleh❞ dan kita terangkan sebabnya. Beri alternatif lain pada anak.
Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi ketua keluarga yang faham beban kerja seorang isteri.
Percayalah, anak lelaki takkan hilang kelakiannya jika dia yang pergi membuang sampah, mencuci pinggan atau menyiram pokok.
Menarik: Jangan Halang Anak Main Blok, Banyak Manfaatnya Yang Ramai Tak Sedar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Dr Redza Zainol