Di musim kita sedang berjimat cermat ini ada baiknya kita uruskan sebaik mungkin kewangan kita agar tidak dibazirkan pada jalan yang tidak sepatutnya.
Memberi kelengkapan dan stok makanan di rumah sepanjang PKP ini perlukan ruang simpanan yang besar agak stok makanan lebih kemas. Pun begitu tidak perlukan membazir.
Idea ibu ini, Pn Hani Mynis yang cukup dikenali bijak mengatur dalam susun atur dan DIY rumahnya turut berkongsi ideanya mewujudkan storan rumahnya suatu ketika dahulu. Idea storannya itu dikongsikan semula untuk semua. Jom praktis!
Hani rasa ini post pertama hani kongsi mengenai susun atur di Facebook. Rasanyalah hehehe masih releven. Tak perlu mahal-mahal, beli rak kasut jadikan almari pantri. Bekas pun tak perlu mahal-mahal. Ingat kita punya matlamat. Yang penting praktikal dan kemas.
Ads
DIY Pantry #diyhani
Kalau tanya kebanyakan isteri/ibu, perkara yang mereka tak suka buat sebagai seorang pengurus rumah tangga ialah lipat baju.
Kalau yang paling suka? Semestinya shopping barang dapur. Kedua suka? Kemas barang dapur. Ni hani lah. Dia punya seronok ralit susun barang dapur tu rasa macam boleh nak buat kenduri.
Ads
Selalunya pantri mesti ada dalam wishlist ‘domestic engineer’ ni. Selalu lah berangan kalau ada rumah sendiri nak pantri macam ni macam tu. Makanya, tak payah tunggu rumah sendiri, rumah sewa pun jadi. Lagi-lagi rumah sewa yang memang tak ada ready kitchen cabinet.
Penyelesaian, tukar rak kasut jadikan pantry. Beli rak kasut yang baru ya. Bukan yang dah pakai. Esok kalau nak pindah rumah sendiri, angkut je sekali. (Tq mummy hadiahkan nisa, dia tahu je anak dia berangan nak pantri.
Ta-da. Rasa macam nak bukak-bukak selalu pantri ni tengok stok groceries dengan label-label siap (#labeladdict) Dah macam orang angau. Kadang-kadang tu saja je bukan pintu pantri, bukan nak amik barang apa pun.
Ads
Menarik:
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami kena jadi suami yang baik. Isteri juga kena jadi isteri yang baik. Untuk menjadi suami isteri yang baik, suami isteri perlu upgrade keperibadian diri. Keperibadian diri juga disebut sebagai akhlak.
Berkata Ibnu Qudamah, “akhlak ialah apa-apa yang kita buat tanpa perlu kita memikirkan untuk melakukan perkara tersebut”.
Akhlak ni hanya terpakai pada perkara-perkara yang baik sahaja. Kalau rajin mencuri, rajin menipu isteri, rajin mengumpat jiran tetangga, itu bukan akhlak ya!
Formula untuk membentuk akhlak yang mulia:
Ilmu + iman + amal + istiqamah = AKHLAK.
Perkara utama untuk membentuk akhlak, suami dan isteri kena selalu upgrade ilmu rumahtangga. Perbaiki diri untuk menjadi suami dan isteri yang baik.
Kemudian kena yakin (iman), setiap kebaikan akan mengundang pahala.
Kemudian terus buat (amal) jangan tangguh-tangguh lagi.
Kemudian berterusan buat walau banyak rintangan (istiqamah).
Jika boleh berterusan selama 40 hari, in shaa Allah sebenarnya kita telah berjaya membentuk akhlak mulia dalam diri.
Nak bagi faham lagi, macam ni. Katakan kita ni (suami) tak rajin solat. Kita nak berubah untuk tak nak tinggalkan solat.
Caranya:
1) Kita perlu tahu kenapa kita solat, apa akibat kalau tak solat. (ILMU)
2) Dah tau akibat kalau tak solat, kita kena yakin sungguh-sungguh akibat tak mendirikan solat tu akan mengundang kemurkaan Allah dunia akhirat. (IMAN)
3) Terus usaha untuk mendirikan solat cukup 5 waktu setiap hari. Kuatkan azam, mohon kekuatan daripada Allah. Kalau tak solat boleh dikenakan hukuman atau denda pada diri (sebagai contoh kalau aku tak solat 1 waktu, aku kena sedekah RM50 untuk 1 waktu). (AMAL)
4) Amalkan berterusan hingga cukup 40 hari, jangan miss walau sehari. Kalau miss, disiplinkan diri untuk bayar denda. (ISTIQAMAH)
in shaa Allah selepas 40 hari kita akan susah nak tinggalkan solat lagi sebab kita telah install the new akhlak dalam diri kita. Tahniah!
Pada peringkat awal mungkin nampak macam tak ikhlas. Tapi tak pe, paling tidak kita telah berusaha ke arah kebaikan, dan ikhlas tu akan datang kemudian in shaa Allah…
Bila anak nak masuk Tahun Satu, kebanyakan ibu bapa akan mula fokus bab membaca. Sama ada lancar membaca buku Bahasa Melayu dan dan Bahasa Inggeris dua-dua penting. Tambah lagi dalam keadaan sekarang yang memerlukan penguasaan pembacaan yang bagus.
Menerusi perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli, ada cara yang lebih mudah dan cepat untuk anak kuasai membaca buku Bahasa Inggeris.
Tips Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris
Hari ni terdetik nak kongsikan pengalaman kecil cara mengajar anak membaca Bahasa Inggeris memandangkan ada beberapa ibu yang bertanya. Sebenarnya saya pun tak pandai juga, sekadar cuba yang termampu, dan bila nampak keberkesanannya dan ada cebisan ilmu yang saya belajar rasa tak salah nak berkongsi kan?
Secara asasnya, untuk senang anak belajar membaca Bahasa Inggeris, anak-anak perlu
✅Diperkenalkan bunyi huruf bukan nama huruf
✅Diberi fokus pada kesedaran fonemik dan fonik
✅Dilatih anak untuk ‘blend and segmentise’ perkataan
✅Dibiasakan anak dengan kata kunci ( sight words)
✅Digalakkan berkomunikasi dengan mereka dalam Bahasa Inggeris supaya kosa kata bertambah
✅Mempunyai kesedaran cetakan (Print Awareness) kerana biasa dibacakan buku bersama
Faktor ini berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi. Dan faktor lain seperti kesediaan anak membaca juga memainkan peranan penting supaya anak lebih fokus untuk membaca.
Jadi, untuk anak menguasai 6 faktor yang saya ceritakan diatas, saya biasakan lakukan perkara berikut supaya lebih mudah anak menguasai Bahasa Inggeris
1) Biasakan anak dengan buku
Sebelum ajar anak membaca, biasakan lakukan aktiviti bacaan inggeris bersama anak seperti Read Aloud atau Bedtime Story. Selain dapat menambah bilangan kosa kata yang boleh anak kuasai, mereka juga dapat belajar cara sebutan sesetengah perkataan yang dibaca dengan betul. Sebagai contoh set English Graded Reading Package yang mempunyai ayat pendek untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman serta mempunyai perkataan baru diperkenalkan secara beransur-ansur.
2) Aktiviti membaca menyeronokkan
Aktiviti mengajar membaca bukan semata-mata menggunakan buku. Boleh juga disokong dengan aktiviti bercerita, menyanyi dan bermain. Sebagai contoh, boleh selitkan barangan kitar semula seperti kotak untuk jadikan alat bantu belajar anak-anak. Anak-anak juga boleh gunakan playdoh untuk bentukkan huruf sambil bunyikan huruf yang mewakili.
3) Gunakan buku belajar membaca yang berkesan
Sebenarnya, banyak buku dekat pasaran yang boleh membantu anak belajar membaca. Salah satu buku yang saya guna dan sangat berkesan untuk anak-anak ialah I Can Read oleh Awal. Buku I Can Read ni ada 3 saja buku teks jadi memang teruja juga sebab cepat anak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Ini kerana buku ini mengunakan konsep berbeza yang memberi penekanan kepada kesedaran fonemik dan kata kunci sekaligus membuatkan buku ini senang untuk anak belajar membaca. Setiap buku anak akan belajar bunyi-bunyi asas Bahasa Inggeris iaitu bunyi vokal dan konsonan berbeza melalui beberapa kata kunci yang mudah dihafal.
4) Gunakan teknik nyanyian untuk mantapkan lagi pemahaman anak-anak
Anak-anak ini biasanya lebih cepat ingat bila diperdengarkan lagu. Mereka akan cuba belajar untuk mengikuti lagu dengan menyanyikan bersama lagu tersebut. Secara tak langsung, anak dapat mengaplikasikan pendengaran mereka terhadap lagu kepada membaca dan anak juga dapat menyanyi dengan baik sambil mengiringi muzik. InsyaAllah lama kelamaan mereka boleh menyebut perkataan dengan baik. Contoh Video Kegemaran kami,
5) Kukuhkan pemahaman anak dengan latihan menulis pengukuhan dan pengayaan
Belajar membaca juga perlu disokong dengan aktiviti menulis yang sesuai dengan perkembangan umur mereka. Buku Latihan yang digunakan perlulah buku yang lebih menekankan kemahiran motorik halus seperti kemahran menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin.
Buku yang kami gunakan juga Buku I Can Write terdapat dalam pakej I Can Read ini. Setiap buku teks mengandungi 2 buku Latihan, jadi kebiasaannya selepas aktiviti membaca anak-anak gunakan buku ini untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Aktiviti membaca dan menulis yang digabungkan dalam situasi yang merangsang minda insyaAllah dapat meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.
6) Gunakan educational game untuk hiburan yang bermanfaat.
Sesekali boleh juga gunakan permainan dalam talian tapi dalam bentuk Pendidikan untuk berikan anak keseronokkan sambil belajar.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Maaf mana yang kurang sebab dulu masa belajar pun fokus untuk belajar mendidik anak sekolah rendah, bila anak sendiri kita gali ilmu dan insyaAllah kita sama2 belajar ya.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita? Keluar pagi buta, bila balik dah malam. Anak-anak seronok sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tengok tv, anak-anak bising, anak-anak datang tanya, nak bersembang, kita marah-marah…”Bising je la, pergi duduk sana”
Baru jumpa je, dah kena marah
Perkongsian dari Firdaus Shakirin yang sangat terkesan di hati kita sebagai ibu bapa ini boleh dijadikan peringatan bersama sepanjang membesarkan anak-anak.
Anak-anak nak cerita apa yang dia buat kat sekolah, mata kita tengok handphone…Tengok fb, tegok whatsapp, taip balas komen sambal tersenyum. Anak tengok je kelakuan kita, kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah dia lagi, maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.
Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita orang tuanya. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Teringat kita marah dia tadi. Teringat yang kita tak layan dia, Buat tak tahu kat dia.
Seharian anak-anak kita tunggu kepulangan kita, lama kan…then macam tu sepatutnya kita layan dia?
Hari ni kita buat macam tu dekat anak-anak kita. Tunggu lagi 10-20 tahun, agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama tak kat kita? Masa tu kita nak kata dia derhaka sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu kat kita?
Kita yang didik dia macam tu…
Kita tak luang masa dengan anak-anak. Kita pentingkan handphone lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi handphone kita tu bila kita dirumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak cakap, nak cerita, main dengan dia orang, ajar dia orang kerja-kerja sekolah. Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
Kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak kan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita. Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!