Nasi menjadi keutamaan semua dalam mempersiapkan bubur untuk bayi kita. Pun begitu bukan semua anak sukakan rasa nasi. Ada sesetengahnya yang lebih suka kepada puri berbanding nasi. Sesekali ibu cuba gantikan nasi dengan kentang seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Maria di facebooknya.
Sama seperti nasi, kentang juga mempunyai sumber nutrisi karborhidrat yang tinggi dan paling sesuai digantikan dalam bubur bayi. Bila anak bosan dengan nasi, cepat-cepat gantikan bubur ini. Jom cuba!
Masih menu dengan ikan merah untuk adik. Kali ni umi guna ubi kentang pula untuk ganti kan nasi untuk sumber karbohidrat.
Ads
Puree kentang kubis bunga dengan ikan grill.
Bahan-bahan:
Ikan merah
Bayam
Kubis bunga
Kentang
Bawang merah dan bawang putih
Unsalted butter
Grill ikan dengan sedikit unsalted butter dan mix herbs.
Ads
Gunakan kuali yang sama Saute bawang sehingga lembut dan perang. Sama jugak untuk bayam.
Ads
Steam kentang dan kubis bunga sehingga lembut. Blend kemudian masukkan bawang, bayam dan isi ikan tadi.
Campur dan blendkan semua. Tekstur makanan terpulang sama ada nak kasar atau halus. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan bukan semua daripada kita dianugerahkan susu badan yang melimpah dan meriah. Apa kata bagi menambahkan lagi susu, booster penambah susu secara semulajadi sambil anda menikmati kudapan enak yang rangup, anda cuba menu Korea, Danmuji ini.
Diasaskan daripada lobak putih yang sudah semestinya diakui amat baik untuk menambahkan susu badan. Tak rugi anda cuba resipi Danmuji perkongsian Pn Fieya Jemah ini. Memang layan!
Aritu ada pm tanya buat radish kimchi macam mana. Sabar. Cili flake dari Korea saya tak sampai lagi. Nanti saya share okay. Tapi harini nak share buat Danmuji (yellow pickles radish). Crunchy, sweet, sour uhuuuuu dap. Fie selalu snackkan aja Danmuji ni. Masa bf Dhia inilah snack paling membantu booster susu. Hahahhaa.
Ni kena ngan mee goreng pun sodap. Dengan bihun goreng pun sodap. Masa makan bihun sup kunyah dia sakali pun arghhhhhh deebak. Dorang makan ngan ramen la apa la. Kita makan la ikut tekak melayu kite la eh. Ok jommm.
Danmuji recepi.
Lobak putih -ikut la nak potong macam mana pun cube ke, bintang ke, panjang ke, pendek ke. Kat korea ada yang dorang jurukkan sebiji-sebiji pun ada. Fie potong bulat and cube.
Air ½ liter.
Bay leaves 2 helai
Kunyit ½ sudu.
Lada hitam 1 sudu.
Brown sugar 2½ cup
Apple cider vinegar 1 cup.
Garam 2 sudu kecil.
Masak semua bahan ni sampai menggelegak.
Tutup api. Campak radish dalam periuk.
Sebatikan. Masuk dalam balang.
Letak kat luar dalam 4 5 hours atau satu hari kat luar.
Kemudian baru masuk peti ais. Sebab lagi sedap makan sesejuk.
Jom sertai event Pa&Ma Gala Moms Reunion ni secara PERCUMA. Siapa daftar cepat dia dapat tempat. Apa mommies dapat bila join event virtual ni?
• Menyertai sesi soal jawab bersama Pakar yg akan mengupas topik masalah kulit yang kerap berlaku di kalangan bayi.
• Aktiviti games bersama selebriti mama iaitu Mawar Rashid, Farahanim & Muabella.
• Sesi cabutan bertuah.
Daftar sekarang di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa nak makan pencuci mulut manis-manis, ini antara salah satu pilihan yang boleh dibuat waktu hujung minggu. Nampak je susah nak buat, tapi sebenarnya taklah rumit. Asalkan ada bahan-bahan utama, semuanya jadi mudah.
Bagi yang pertama kali nak cuba buat Kek Tornado ni, boleh follow resipi ni. Lagi senang bila buat dalam bekas kecil. Anak makan pun tak lah bersepah sangat.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Fatimah Saari dan bolehlah di cuba. Letak dalam peti sejuk memang sedap tak terkata.
RESEPI KEK TORNADO VIRAL
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan gula
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat *(guna 1 cawan tepung je untuk kek lagi moist)*
*(kalau tak ada boleh pakai tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu keping baking powder..ayak)*
1/2 cawan serbuk koko@ boleh ganti dengan milo kalau tak ada serbuk koko/coklat
1/4 cawan air panas
Cara-cara:
1. pukul telur + gula + esen vanilla (pukul rata)
2. masukan minyak masak *(kacau biar sebati)*
3). masukkn tepung + baking powder + soda bicarbonat
4). masukkn serbuk koko/coklat/milo
5). last skali masukkn air panas kacau rata.
6). bakar api atas bawah suhu 180/ 50minit brgantung pda thap kepanasan oven anda. klau nk kukus blh kukus 40-45minit.
👉(tips untuk kek gebu tak perlu guna mixer..just kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu)*
UNTUK CREAM CHEESE
Bahan-bahan:
250 gram cream cheese
60 ml whipping cream *(nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream yea)*
3-4 sudu besar susu pekat *(nak manis @ kurang manis boleh lebih @ kurangkan)*
Cara-cara:
1). mixer cream cheese smpai lembut
2). tambahkn susu pekat *(rasa tahap kemanisan yg anda suka)*
3). masukkn whipping cream dan mixer smpai gebu n ringan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu makan untuk si kecil antara waktu yang paling ditunggu-tunggu. Pelbagaikan hidangan supaya si kecil tak mudah jemu.
Resipi dikongsi ini sangat mudah disediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga sesuai untuk menambah berat badan bayi anda. Jom ikuti resipi ini.
Hi ni first time sy nak share resepi roti puding kastard versi baby.
Resipi Roti Puding Kastard Versi Baby
Bahan A:
2 atau 3 keping roti wholemeal (carik kecik-kecik tau)
Bahan B:
1 sudu unsalted butter (dicairkan)
1biji telur
1/2 susu full cream atau fresh milk
1 biji kurma (buang biji & kulit rendam dalam air panas bagi lembut) (untuk 1 tahun ke bawah) atau 2 sudu makan madu (untuk 2 tahun ke atas)
Cara-cara:
Campur bahan-bahan pukul sampai sebati.
Masuk Bahan B ke dalam Bahan A.
Bakar suhu 150c 15minit (saya guna airfryer)
Bahan C: Sos kastard
1 cawan susu full cream atau fresh milk
1 sudu tepung jagung
1 atau 2biji kurma (step sama macam bahan B )
Cara-cara:
Kacau dalam non stick pan sehingga sebati kemudian kacau atas api yang sederhana sehingga sos menjadi tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair.
#Baby10monthsold
Kredit:Fitrah Yusop
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)