Anak-anak kita yang sedang membesar sememangnya cukup suka mencuba pelbagai jenis menu. Asal ibu masakkan menu baru dan kreatif, anak teruja nak cuba.

Salah satu resipi yang mama wajib cuba pastinya Corney Dog Ala A&W yang dikongsikan oleh Mohd Fadly dari Fad’s Kitchen yang cukup power rasanya. Tak hairanlah jualan hasil dari berniaga corney dog ini boleh mencecah sampai 14K katanya. Memang power!

Resipi Corney Dog A&W Padu, Inti Lebih, Sos Pun Power, Confirm Anak Berebut!


Salam semua kawan-kawan MAHN ramai yang DM saya tanya dari dulu untuk resepi Cooney Dog A&W disini saya share dekat kawan-kawan semua yang nak buat niaga or makan sendiri insyallah saya share ilmu ya.

Dari 1st PKP dulu ni lah saya niaga dengan duit cooney ini saya niaga dapat kumpul Cash sampai 14k setiap bulan dengan jualan bulanan di rumah sahaja. Sampai PKP 3 saya dah stop sebab bz mengajar benda lain.

Jangan tanya dari mana saya dapat resepi ini tau. Korang try dan anda akan tahu sama rasa dengan yang makan di Restaurant A&W.

Bahan-bahan sos
Daging Kisar Packet –(Tak kisah jenama apa)For sure korang orang niaga cari benda murah kan..Saya recommend korang buat niaga cari jenama TESCO sebab dia antara paling murah dalam sejarah dari segi Quality )Dapat lah korang control Food Cost agar tak rugi
Bawang Holland -cincang
Bawang putih cincang halus
Tomato sos Pes
Sos cili Packet
Kicap Caramel pekat
Cili powder
Beef stock
Daun Bay kering
Garam
Gula perang
Black papeper
Cuka putih
Tepung jagung
Serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan ketumbar

Bahan untuk dressing
=================
-Bawang Holland cincang
-Sausage
-roti HOT Dog
-Cheddar Cheese (Option )

IKLAN

Resipi Corney Dog A&W Padu, Inti Lebih, Sos Pun Power, Confirm Anak Berebut!

Tumis bawang putih dengan minyak jangan sampai hangus, masukkan bawang holland, masukkan daging kisar goreng agar betul-betul hancur dan garing semua.

Lepas tu masukkan daun bay agar buang bau hanyir dari beef tu. Bila dah garing korang masukkan air panas dekat beef dalam kuali, ikut korang kalau nak kuah banyak lebih kan air tapi jangan air terlalu sedikit.

Lepas itu masukkan semua sos, cili, tomato, kicap, cili powder sedikit, beef stock, black pepper, gula perang, garam , serbuk jintan, manis jintan putih semua biar kan renih.

Resipi Corney Dog A&W Padu, Inti Lebih, Sos Pun Power, Confirm Anak Berebut!

IKLAN

Masukkan cuka putih (berhati-hati jangan sampai cuka cantas semua rasa beef) dan jangan terlalu banyak sebab cuka adalah untuk kekuatan dalam beef agar dapat level yang BEST untuk taste. Lepas betul-betul menggelegak korang masukkan tepung jagung untuk pemekat kuah.

Selepas masuk tepung jagung rasa akan mula berubah. Masa tu korang try lagi sekali tahap manis, masin agar balance. Biarkan mendidih betul-betul kalau under food safety adalah 4 jam tahap renih supaya selamat dimakan kalau korang nak buat niaga.

Bila dah ok nak simpan lama letak dalam Chiller atau jadikan pes pun boleh. Lepas tu dah masak ketepikan kuah tadi.

Untuk Roti sausage tadi korang kukus sekejap sahaja sausage (HOT Dog pun kukus jangan lama dalam 1 min dah ok). Lupa pulak sebelum kukus korang belah jangan sampai putus dua cukup letakkan hot dog untuk selit tengah roti agar bila dah kukus senang dibuka.

Lepas kukus korang letakkan HOT dog dekat tengah-tengah roti lepas tu letakkan sos cooney tu. Lepas tu taburkan bawang holland dan Ceddar Cheese. Ia sebagai Option untuk korang bagi more value bila nak meniaga orang nak sesuatu yang baru dalam cooney Dog.

IKLAN

Selamat Mencuba guys.

Resipi Corney Dog A&W Padu, Inti Lebih, Sos Pun Power, Confirm Anak Berebut!

Satu petua masak banyak-banyak lepas tu korang masukkan dalam Chiller. Sos ini boleh buat cicah dengan roti, dressing atas pizza, makan dengan apa pun BEST guys.

Korang Boleh Jual RM6-RM7 satu keuntungan antara 55-58%. Saya halal kan dunia akhirat ilmu saya untuk korang semua.

Menarik: Lasagna Daging Cheese Leleh, Guna Roti Je Pun Boleh, Memang Rasanya Boom

Resipi Corney Dog A&W Padu, Inti Lebih, Sos Pun Power, Confirm Anak Berebut!

Jom sertai event Pa&Ma Gala Moms Reunion ni secara PERCUMA. Siapa daftar cepat dia dapat tempat. Apa mommies dapat bila join event virtual ni?
• Menyertai sesi soal jawab bersama Pakar yg akan mengupas topik masalah kulit yang kerap berlaku di kalangan bayi.
• Aktiviti games bersama selebriti mama iaitu Mawar Rashid, Farahanim & Muabella.
• Sesi cabutan bertuah.
Daftar sekarang di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI