Bimbang bayi mencakar mukanya dengan kuku, ada mak ayah yang memakaikan sarung tangan atau mitten pada tempoh yang lama sehingga berbulan-bulan.

Tidaklah menjadi satu kesalahan namun membuka mitten comel ini lebih awal membolehkan jari-jari halus bayi kita dirangsang lebih awal.

Tak perlu seawal dua minggu usianya, namun cukup sehingga usia bayi mencapai usia sebulan hingga enam minggu. Ini yang dikongsikan oleh Occupational Therapist, Pn Siti Aisyah Rozalli.


Baby masuk umur antara 4 – 6 minggu, dah boleh berhenti pakaikan mittens atau sarung tangan. Baby Hajar ni, kami stopkan pakai mittens bila dia genap 25 hari.

Sebab? Dah boleh trim kuku dia hellok-hellok. Ada yang stop masa umur 2 minggu. Tapi, saya tak berani. Sebab kuku baby masa ni sangat halus dan susah nak trim.

Ada yang kata tak pe je kalau baby tercakar muka sikit-sikit. Pengalaman kami, anak sulung ada eczema. Cakar sikit tu, boleh buat risiko infeksi pula. Sis tak mau ambil risiko.

Tak Perlu Pakai Sarung Tangan Bayi Lama-Lama, Usia 4-6 Minggu Dah Boleh Buka, Jari Bayi Dirangsang!

IKLAN

Jadi, by nak dekat masuk 4 minggu, bila saya dah boleh trim kuku baby sampai insya-Allah tak t’chaka dan t’challa, baru lah saya akan off mittens.

Untuk mak-ayah yang runsing nak off mittens awal-awal sebab takut baby terluka, takpe. Ambil masa antara 4 – 6 minggu tu.

Praktis & try trim kuku baby perlahan-lahan, sampai kita yakin kuku dia memang takkan cedera kan muka dia, baru kita off mittens. Takpe. Jangan rasa terlambat or anything. Laju-laju nak pergi mana?

Cumanya, by 6 minggu atau sebulan setengah tu, kalau boleh dah try untuk off mittens totally. Sebab kita nak baby kita mula tersentuh sana-sini dengan jari dia. Nak bagi tactile input pada fine motor atau motor halus dia.

IKLAN

Tak Perlu Pakai Sarung Tangan Bayi Lama-Lama, Usia 4-6 Minggu Dah Boleh Buka, Jari Bayi Dirangsang!

Tapi, umur ni fine motor skills baby memang belum develop well tau. Baby masih bergantung kepada palmar grasp reflex atau pergerakan automatik yang menyebabkan baby genggam bila ada objek diletakkan di tapak tangannya. Cuma, kita dah boleh mula bagi tactile stimulation lebih sikit dengan off kan mittens.

Nanti baby masuk umur lebih kurang 4-5 bulan, baru baby akan mula boleh gunakan motor halus dia secara voluntary, dan dah bukan automatik.

So, relax. Tenang-tenang je besarkan baby ni. Yang penting, kita tahu cut off age untuk trigger certain milestone perkembangan tu.

IKLAN

P/S: Milestones tu maksudnya tanda aras apa yang kita perlu dedahkan pada anak, dan apa yang patutnya anak boleh belajar bila capai umur tertentu.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI