Tak Perlu Sarat, Agar-Agar Dengan Buah, Dessert Ringkas Untuk Anak!

Share

Sama seperti kita, anak-anak juga tertarik dengan apa yang dilihatnya. Menu dengan warna yang segar dan pelbagai pastinya mampu menarik perhatian si comel kita untuk makan. Salah satu menu paling ringkas tetapi berjaya membuatkan anak untuk makan pastinya daripada aneka buah-buahan segar.

Selain diberikan buah segar kepada si comel, apa kata lebihan buah dikreatifkan untuk dijadikan dalam menu ringkas seperti agar-agar atau puding. Resipi perkongsian Puan Sya Qiela ini comel dan ringkas untuk dicuba. Jom!

Sekarang ni Emiir Yusuff tengah fasa teething gigi atas, dia suka mengunyah yang sejuk-sejuk. So ibu buatkan agar-agar mix fruit viral versi baby untuk Emiir. Walaupun #nosugar, tapi ada rasa masam-masam manis buah, sedap. Kemain laju lagi emiir makan.

Bahan-bahannya:
Agar-agar bertali
Buah strawbery
Buah kiwi
Buah anggur
Buah mangga
Air secukupnya
Biji selasih (rendam dengan air panas)

Masak agar-agar dengan air sehingga betul-betul mendidih. Apabila dah mendidih masukkan ke dalam bekas atau acuan kesukaan.

Lepas 5 minit tuang ke dalam acuan, masukkan pula buah-buahan tadi bersama biji selasih. Kemudian sejukkan. Siap!

P/s: Agar-agar perlu di masak sampai betul-betul mendidih supaya bila sejuk nanti agar-agar tak mudah berair ye mommy. Saya tak ada sukatan tepat sebab saya buat sikit agak-agak je agar-agar ni. Masak ja dulu agar-agar ni macam biasa, cedokkan dalam
bekas, lepas 5 minit baru masukkan buah-buahan.

IKLAN