Memilih untuk berehat seketika dari hamil dan bersalin adalah keputusan yang bijak bila anak rapat-rapat. Rahim perlu dikuatkan terlebih dahulu sebelum kembali bersedia untuk bekerja. Pun begitu, ada diantara ibu yang takut untuk menggunakan Intrauterine Device (IUD) atau lebih dikenali sebagai IUCD dikalangan masyarakat kita.

Menurut Dr Erna Nadia, tidak perlu takut menggunakan IUCD perancang keluarga kerana ia tidak menyakitkan. Namun perlu berhati-hati samada ia sesuai dengan anda atau tidak. Ini yang perlu anda ketahui.


Saya suka bila locum ada mesin scan (ultrasound) sebab saya boleh scan diri sendiri haha. Saya gunakan IUCD sebagai alat perancang kehamilan. Alhamdulillah dah nak dekat 3 tahun guna, IUCD saya masih ngam elok terletak.

Ada yang tanya, tak sakit ke pakai iucd? Tidak.

Tak rasa apa apa ke masa nak pakai tu?
Alhamdulillah tidak. Kalau nak pakai iucd, datanglah semasa haid hari ketiga, keempat atau kelima, masa haid tak lah heavy sangat dah sebab waktu ni serviks tu lembut.

Kalau datang awal sangat, susah nak nampak sebab haid masih heavy. Kalau datang lewat sangat, haid pun dah kering, serviks jadi kering sikit, nanti sesetengah orang akan rasa tak selesa.

Tak Perlu Takut Pakai IUCD, Jangan Asyik Dengar Cakap Orang, Doktor Kongsikan Fakta Selamat!

Lepas pakai tu, terus berkesan ke?
Tidak juga. Ianya mengambil masa 3-5 hari untuk berfungsi dengan baik. Jadi, elakkan dulu bersama suami 3-5 hari selepas pakai. Sabar, kalut kalut nak pi mana kan.

Iucd ni ada hormone ke tak? Saya takut kalau hormone-hormone ni.
IUCD ada 2 jenis. Satu yang ada kuprum,tak ada hormon. Kuprum ni la yang akan merencatkan/melemahkan sperma jadi dapatlah halang persenyewaan dari berlaku. Satu lagi jenis ada hormone progesterone.

Sama juga fungsi nak lemahkan sperma, dalam masa yang sama dia tebalkan mukus serviks, nipiskan dinding rahim. Semua ini akan buatkan proses persenyawaan jadi lemah. Ada juga yang sampai proses ovulasi jadi terbantut terus.

IKLAN

Tak Perlu Takut Pakai IUCD, Jangan Asyik Dengar Cakap Orang, Doktor Kongsikan Fakta Selamat!

Semua wanita boleh pakai ke?
Tidak. Ada golongan yang tidak digalakkan pakai, iaitu:

1. Yang ada masalah kehamilan luar rahim
2. Ada alahan dengan kuprum
3. Ada masalah PID ( pelvic inflammatory disease atau jangkitan kuman dalam pelvis)
4. Yang ada penyakit kelamin
5. Yang ada masalah pendarahan dibahagian kelamin

Sebab itu sebelum pakai apa apa jenis perancang, kena jumpa doktor dulu untuk tengok cara mana paling ok dengan kita.

IUCD ni boleh bertahan 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Kita boleh pilih selesa yang mana. Bila dah pilih, make sure buatlah reminder. Karang lupa, jadi jangkitan pula kalau tak keluarkan. Ataupun tengok tengok mengandung sebab iucd dah expired.

Tak Perlu Takut Pakai IUCD, Jangan Asyik Dengar Cakap Orang, Doktor Kongsikan Fakta Selamat!

IKLAN

Ada risiko ke?
Tak ada yang tak ada risiko di atas muka bumi ini.

1. Risiko untuk haid jadi lebih lama dan banyak, terutamanya 3 bulan pertama selepas pakai, lagi lagi yang jenis kuprum.
Kalau ada masalah ini, monitor dulu. Kalau semakin sakit/ berdarah semakin banyak, terus je berjumpa doktor.

2. Risiko untuk haid jadi pendek atau tidak ada langsung untuk beberapa bulan, bagi yang pilih jenis hormone.

3. Risiko jangkitan kuman sedikit selepas pemasangan.

4. Risiko sakit/tidak selesa sedikit semasa bersama suami atau masa nak datang haid masa awal awal pakai tu.

5. Ada juga yang jadi tumbuh jerawat, meloya, sakit kepala dan payudara jadi lembut. Ini biasanya awal awal selepas pakai atau masa nak datang haid.

IKLAN

Tak Perlu Takut Pakai IUCD, Jangan Asyik Dengar Cakap Orang, Doktor Kongsikan Fakta Selamat!

Ada komplikasi tak?
Ada tapi jarang berlaku. Contohnya, iucd tu tertembus ke dinding rahim semasa pemasangan, berlaku keradangan pada dinding rahim.

Iucd boleh juga terkeluar sendiri dari rahim. Biasanya disebabkan pasang tidak betul, dinding rahim tak kuat ( biasanya pada yang obesiti), selalu angkat yang berat berat. Jadi, sebab itu kena selalu periksa tali iucd tu.

Kalau tak rasa, atau rasa lebih panjang atau pendek dari biasa, boleh sahaja datang scan untuk confirmation.

Sakit ke masa bersama suami?
InshaAllah tidak sebab alat kelamin lelaki akan masuk ke faraj sehingga hujung pun di hadapan serviks sahaja, tak masuk sampai dalam rahim pun.

Mungkin sesetengah wanita akan rasa senak sikit la masa awal awal tu, lama lama ok inshaAllah. Ok so begitulah ya sedikit sebanyak tentang iucd. Bagi wanita yang nak merancang, rancanglah dengan sebaiknya. Jangan takut dan asyik dengar-dengar cakap orang. You do you🤙🏻.

Dr. Erna Nadia
Quality over quantity

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI