Anak yang biasa ditengking dan dimarahi akan membuatkan hatinya jadi keras. Jadi sebelum marah tenang-tenangkan diri dulu, takut terkesan pada anak.
Ini yang cuba dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Biasakan dengan langkah dan tip di bawah ini untuk elakkan marah dan tengking pada anak.
Bahayanya! Jangan cepat nak tengking atau naik tangan bila si kecil tu tak dengar cakap kita.
Tak ada anak yang dilahirkan degil. Tapi bila dah kerap sangat kena marah dan kena maki, itulah yang buatkan hati dia jadi keras.
Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:
#1. Kerap cium dahi dan peluk si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu.
Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).
Ads
#2. Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan si kecil tu supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama dan ada eye contact yang bagus.
#3. Sebutkan ayat ayat yang pendek dan ringkas masa berikan arahan pada anak kita.
#4. Bila kita duduk duduk dengan anak, letakkanlah smartphone tu kat tepi sekejap. Fokus sepenuhnya untuk bermain atau bergurau senda dengan si kecil tu.
Gelak ketawa yang terhasil tu akan menerbitkan hormone oxytocin dan buatkan kita dan anak sama sama rasa lebih tenang dan bahagia.
Ads
#5. Perhatikan baik baik keperluan asas si kecil tu samada dah dipenuhi atau belum. Mungkin dia tak dengar cakap kita waktu tu kerana dia tengah lapar, mengantuk, rimas atau emosinya berserabut sebab baru je lepas bergaduh dengan adik beradik yang lain.
#6. Banyakkan ucap terima kasih bila dia lakukan perkara yang baik supaya anak kita sentiasa rasa dihargai.
#7. Tarik nafas dalam dalam dan kawal emosi kita tiap kali datang rasa nak marah. Entah entah anak kita tu asyik melawan bukan sebab apa tapi kerana otak dia dah terbiasa berada dalam keadaan ‘Fight and Flight’ akibat kerap dimarahi.
Ads
Tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Jangan terkejut kalau anak kita nanti jadi lebih patuh, lebih senang dengar kata dan lebih tenang emosinya bila dia dah mula ada strong connection dengan kita.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Biasanya kita terbaca tentang personaliti anak sulung atau si bongsu. Namun, bagaimana pula fakta anak no 4? Mungkinkah ada keperibadian anak keempat yang menarik tapi tak diketahui? Jom bongkar!
Fakta anak no 4
Mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam urutan kelahiran anak boleh mempengaruhi sikap dan personaliti mereka.
Namun adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata?
Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, sudah tentu anda akan dapat menilai sama ada keperibadian diri mereka berbeza mahupun tidak, kan?
Pastinya anak pertama berbeza daripada yang ke-2 mahupun si bongsu.
Ada yang mengatakan ia kerana terdapat kaitan antara cara ibu bapa berhubung dengan kedudukan kelahiran anak.
Jika sebelum ini kehidupan dengan hanya seorang anak atau ibu bapa hanya mempunyai anak tunggal, namun apabila keluarga semakin membesar, sehingga 4 orang anak, cabarannya pasti berbeza, kan?
Pun begitu, kebaikan mempunyai keluarga besar dan anak ramai adalah baik untuk kerja berpasukan dan menyimpul ikatan persaudaraan yang lebih kuat.
Anak daripada adik-beradik yang ramai ini dikatakan saling mendorong, membantu dan bersikap tanggungjawab antara satu sama lain.
Malah ada kajian mengatakan, semakin ramai bilangan adik-beradik dan kurang jarak perbezaan umur, kesan tekanan yang dialami akan berkurangan.
Jadi mungkinkah keperibadian anak keempat ini lebih mesra dan ramah kepada individu di sekelilingnya disebabkan sudah terbiasa dengan bilangan ahli keluarga yang besar?
9 fakta anak no 4 yang menarik
Untuk mengenali dan memahami watak seorang kanak-kanak adalah perkara yang sukar.
Yang pastinya anak sulung atau anak pertama mesti mempunyai perbezaan dengan anak kedua hingga keempat dan seterusnya.
Keperibadian anak keempat
Berikut dikongsikan beberapa fakta yang mungkin tidak anda ketahui mengenai mereka yang menjadi anak keempat atau dipanggil Atih ini (ada yang menggelarnya Uda).
Sama ada benar atau sebaliknya, anda tentukanlah, okay?
1# Peramah dan suka bergaul
Fakta anak no 4 yang pertama adalah mereka ini dikatakan individu yang ramah dan mudah diajak untuk berborak.
Ia mungkin disebabkan anak keempat mempunyai 3 adik-beradik lain di atasnya, sama ada abang atau kakak.
Sikap peramah dan suka bergaul yang wujud dalam diri anak yang di tempat keempat ini membuatkan diri mereka disukai ramai.
2# Berdikari
Keperibadian anak keempat dikatakan sebagai individu yang tidak gemar menyusahkan pihak lain.
Selagi termampu, mereka akan cuba melakukan segalanya dengan sendiri. Dalam erti kata lain, seorang individu yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan.
3# Seorang penghibur
Menjadi penghibur tidak bermakna perlu menjadi artis, kan?
Jika ada ahli keluarga atau rakan yang sedang bersedih, mereka akan dihiburkan dengan keletah anak keempat dengan gurau sendanya.
Maka, jika ada pihak yang berhati walang, nombor 4 pasti dicari.
4# Hati tisu
Tidak kira lelaki atau wanita, mereka yang digelar Atih ini dikatakan sebagai seorang yang sensitif.
Bahkan adakalanya terlalu sensitif. Eh, betul ke fakta anak no 4 ini? Ada yang setuju tak?
Mereka mudah salah faham sebelum mengetahui perkara sebenar dan sering berasa seperti ada pihak lain sedang memperkatakan tentang dirinya. Baik selidik dulu, ya anak keempat?
5# Pendengar setia
Keperibadian anak keempat dianggap sebagai seorang pendengar yang setia.
Ia mungkin kedudukan no 4 dalam keluarga membuatkan mereka menjadi pilihan abang, kakak mahupun ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak dari kecil.
Jadi apabila menginjak dewasa, mereka sudah terbiasa untuk menadah telinga menjadi pendengar setia saat diperlukan.
6# Sukar difahami
Alamak, betul ke mereka yang dilahirkan sebagai anak no 4 ini sukar untuk difahami?
Oleh sebab daripada kecil mereka dilayan dengan baik oleh keluarga, makanya hanya individu terdekat dan rapat sahaja yang faham sikap sebenar anak keempat ini.
Pun begitu, bagi si dia yang menjadi pasangan individu anak keempat, mereka juga dikatakan akan dapat memahami sikap dan perangai Si Atih ini.
7# Kurang sabar
Ini mungkin fakta anak no 4 yang tidak begitu enak didengar.
Salah 1 kekurangan anak keempat ini yang tidak digemari individu di sekeliling adalah sikap kurang bersabar.
Ia mungkin kerana dalam keluarga, biasanya anak keempat mendapat layanan yang istimewa. Apatah lagi jika bergelar adik. Kena belajar bersabar ye wahai anak no 4!
8# Moody dan pemendam perasaan
Jika anda bersahabat dengan Si Atih ini, hati-hati, jangan bergurau berlebihan, sebab keperibadian anak keempat ini mudah terasa dan senang berubah emosi.
Paling teruk, mereka akan pendamkan apa yang dirasai. Jadi anak no 4, kena belajar meluahkan perasaan, takut lama-lama nanti meletup!
9# Seorang yang setia
Beruntunglah jika anda kenal dengan Si Atih. Fakta anak no 4 mengatakan mereka ini seorang yang setia.
Tidak kira dalam persahabatan mahupun hubungan percintaan, anak keempat akan ada bersama tidak kira waktu susah mahupun senang. Wah, bagusnya!
Jika benar itulah keperibadian mereka yang dilahirkan sebagai anak ke-4, maka ini merupakan ciri paling bernilai yang sukar untuk ditemui pada masa sekarang. Jadi hargailah mereka!
Tentukan sendiri
Jadi bagaimana dengan perkongsian artikel ini?
Sama ada benar atau tidak personaliti anak keempat yang dikongsikan, hanya mereka yang bergelar anak keempat boleh menentukannya.
Walau apa pun, setiap anak-anak mempunyai keperibadian yang unik dan seharusnya disayangi tanpa berbelah bahagi
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak autisme 4 tahun terjatuh dari tingkat 16, alami calar kecil tanpa sebarang patah tulang. Berpantang maut sebelum ajal. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Aubervilliers, Perancis, terselamat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri yang berketinggian 43 meter.
Kanak-Kanak Autisme 4 Tahun Terjatuh Dari Tingkat 16, Alami Calar Kecil Tanpa Sebarang Patah Tulang
Kanak-kanak itu hanya mengalami calar kecil tanpa sebarang patah tulang, lapor Oddity Central. Kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme itu berada di dalam biliknya ketika bapanya mendengar dia menangis.
Bapanya kemudiannya segera pergi untuk memeriksa dan menenangkan anaknya, tetapi mendapati pintu bilik anaknya itu terkunci.
Difahamkan, ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dan ibu bapa kanak-kanak itu percaya bahawa anak mereka secara tidak sengaja mengunci diri di dalam bilik yang menyebabkan dia panik.
Sebaik sahaja bapanya berjaya memecahkan pintu, tangisan kanak-kanak itu telah berhenti dan bilik tersebut kelihatan kosong. Melihat tingkap terbuka, bapanya menyedari bahawa dia ‘sudah terlambat’.
Bapanya kemudian segera bergegas ke balkoni dan melihat anaknya terbaring tidak bergerak di atas bumbung sebuah farmasi di aras bawah yang dipenuhi tanah.
Dia segera keluar dari bangunan pangsapuri dan memanjat bangunan farmasi untuk mencapai bumbung tersebut.
Tambah Oddity Central, bapanya terkejut melihat anaknya dapat bergerak sendiri, dengan hanya calar kecil pada kakinya.
“Dia mampu bergerak. Dia sedar dan saya tidak melihat sebarang pendarahan luaran. Dia hanya mengalami calar kecil pada kakinya,” jelas bapanya kepada akhbar Perancis, Le Parisien.
Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu yang masih bimbang akan anaknya yang mungkin mengalami kecederaan dalaman segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Necker di mana dia ditempatkan di bawah pemerhatian selama tujuh hari.
Sepanjang tempoh tersebut, doktor menjalankan beberapa ujian untuk memastikan dia benar-benar sihat seperti yang dilihat.
Selain daripada sedikit pendarahan di buah pinggang dan paru-paru yang dapat dirawat oleh pakar bedah, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.
Selepas tujuh hari, kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani kehidupan normal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dia malah dapat kembali ke tadika pada minggu terakhir bulan Jun dan kelihatan sihat seperti biasa. Ibu bapanya terkejut, begitu juga dengan doktor yang merawatnya.
“Dia telah kembali kepada kehidupan normal, semuanya baik. Saya tidak pernah percaya pada keajaiban, tetapi sekarang saya percaya,” kata ibunya.
Ada yang mengatakan bahawa bumbung farmasi yang dipenuhi tanah mungkin menyerap hentakan jatuhnya, tetapi doktor yakin bahawa ianya lebih berkaitan dengan badan kanak-kanak yang ringan dan fleksibel.
“Mereka (kanak-kanak) mempunyai koefisien keanjalan tulang dan sendi yang lebih baik,” kata Dr. Véronique Bourg kepada Le Parisien.
Tempias populariti ibu dan ayahnya, apa sahaja yang dilakukan oleh Nur Fatima Aisya pastinya menjadi tumpuan wargamaya. Kini cinta hati pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sudah pun berusia 10 bulan.
Kini semakin banyak ragam dan aksi Fatima yang dirakamkan oleh ibunya serta turut dikongsikan di akaun rasmi pasangan ini @fattzuralovelife.
Meniti di usia 10 bulan, rupanya Fatima sudah pandai membuat pelbagai memek muka. Pantang diagah ibu dan bapanya, Fatima terus menunjukkan wajah seperti yang diminta. Comel!
Terbaru menerusi Instagram, Fazura juga turut berkongsi kegemaran anak sulungnya yang rupanya paling gemar mendengar laungan azan. Setiap kali laungan azan muncul di kaca televisyen, Fatima orang pertama yang akan menoleh.
Paling suka dengar azan. Anak solehah In shaa Allah.. Aminnn,” tulisnya di kapsyen.
Semoga Fatima terus membesar menjadi anak yang solehah malah membanggakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 lalu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.