Tak perlu menunggu bila anak semakin besar, usia satu tahun pun anak mampu dididik pelbagai adab dengan baik. Tidak menyentuh pelbagai barangan kaca misalnya nampak remeh, pun begitu didikan sebegini buat anak makin berdisiplin. Biar awal jangan terlambat.

Pelakon Datin Seri Umie Aida turut melakukan amalan yang sama buat anak angkatnya, Nur Aisya Humaira, yang baru berusia 1 tahun.

Tak Perlu Tunggu Besar, DS Umie Aida Ajar Anak Tak Sentuh Perhiasan Kaca & Conteng Dinding Pada Usia Setahun!

Sejak awal lagi beliau sudah mengajar setiap anak angkatnya supaya tidak menyentuh barang atau perhiasan kaca dan menconteng dinding seawal usia setahun.

Terbaharu, Umie mendedahkan anak kesayangannya ini sudah mula memahami dan tidak akan menyentuh perhiasan kaca yang berada di depan matanya.

Pelakon hebat ini berkongsi video menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Umie memuat naik video dia menguji Aisya untuk tidak menyentuh perhiasan kaca dan kristal miliknya. Good girl Aisya!

Tak Perlu Tunggu Besar, DS Umie Aida Ajar Anak Tak Sentuh Perhiasan Kaca & Conteng Dinding Pada Usia Setahun!

“Dulu Me (Umie) ajar anak Me Danial dan Dzul begini la. Barang-barang rumah jangan sentuh atau kacau sebab Me memang suka hiasan kaca.

IKLAN

“Jadi bahaya kalau anak-anak main pecah kena tangan mereka kan. Sekarang ni turn Aisya Humaira pula. Alhamdulilah dia sudah faham sikit,” katanya.

Tak Perlu Tunggu Besar, DS Umie Aida Ajar Anak Tak Sentuh Perhiasan Kaca & Conteng Dinding Pada Usia Setahun!

Ajar anak tak conteng dinding
Bukan itu sahaja malah awal-awal lagi Umie sudah pun mengajar Aisya supaya tidak menconteng dinding rumah. Menurut Umie, dia akan mengajar Aisya bagaimana menggunakan pensel dan hanya digunakan untuk menulis di buku atau kertas sahaja bukan di dinding.

“Next step Me akan bagi pensil dan buku untuk dia conteng. Supaya dia tahu conteng dibuku, bukan di dinding rumah. Dan kita ajar umur begini cara menjaga kebersihan,” katanya lagi.

IKLAN

Tak Perlu Tunggu Besar, DS Umie Aida Ajar Anak Tak Sentuh Perhiasan Kaca & Conteng Dinding Pada Usia Setahun!

Rata-rata memuji cara Umie mendidik kesemua anak angkatnya dan turut berkongsi pengalaman mereka mengajar anak masing-masing.

Sebelum ini, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 27, dan Mohd Dzulhilmi, 26. Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

IKLAN

EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!

Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.

Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.

Tak Perlu Tunggu Besar, DS Umie Aida Ajar Anak Tak Sentuh Perhiasan Kaca & Conteng Dinding Pada Usia Setahun!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Baca: Lapan Tahun Kahwin, Ni Yang Saya Amalkan-Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Untuk Para Suami!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI