Pelakon, Faralyna Idris berkongsi video sambutan hari jadi anak keduanya menerusi laman Instagram.
Wajah anaknya yang sangat teruja menerima bugkusan hadiah menarik perhatian ramai. Menurut Fara, dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak terutama berkenaan kehendak anak-anak.
“The scream, that look, & the smile at the end”
“BondAyah memang tidak biasakan dengan “asal nampak, kena beli atau bila lalu depan any toys shop, anak sebut “nak nak nak”, kita terus “beli lah, beli je.”
Ads
“Dari kecil, mereka dah biasa dengan ‘ada masa boleh beli, ada masa tidak.”.
“Termasuklah bila birthdays. Bukan setiap kali birthday akan dapst hadiah atau perlu ada birthday party.”
“Yes. BondAyah tetap akan celebrate and be there with them on their birthday tapi tidak semestinya perlu ada cake & blow candles maksudnya.”
Ads
“Dengan itu, anak-anak memang akan ‘over-excited’ setiap kali dapat hadiah & kalau ada ‘surprise’ apa-apa untuk diorang”
Tambahnya lagi, dia cuba untuk mendidik anak-anak erti syukur dan menghargai setiap perkara yang berlaku.
“BondAyah harap, mereka membesar dengan cara ini, kami dapat mengajar & pupuk rasa “syukur” & “hargai” tu dalam diri mereka sejak dari kecil. Supaya mereka akan lebih mengenal & faham utk lebih bersyukur & menghargai setiap satu perkara yang berlaku/hadir dlm hidup mereka.”
Ads
“Kita selalu dengar orang cakap, kecik lagi lah. bukan diorang faham apa-apa lagi.”
“Tapi hakikatnya, dari kecil lah kita perlu mula usaha untuk bentuk mereka kan? Kita usaha. Yang lain kita serah pada Dia Yang Maha Kuasa.”
“Cuba kita jangan biasakan apa yang biasa tu. Kita cuba. Okay?”
Rata-rata warga maya mengucapkan selamat hari lahir buat cahaya mata kedua Faralyna beserta doa buat si comel ini.
Pasangan yang memiliki anak akan lebih bahagia, bermotivasi dan akan mendapat lebih banyak rezeki dari ALLAH SWT.
Dan jika anda seorang yang beragama Islam anak-anak adalah jalan untuk membawa anda ke syurga ALLAH. Ini kerana anak yang soleh atau solehah akan membantu ibu bapa mereka ke syurga selagi ibu bapa mereka tidak kufur atau murtad nauzubillah. Oleh sebab itu amat penting untuk umat Islam memilki anak kerana ia satu PELABURAN untuk hari tua dan hari akhirat.
Tetapi untuk ibu bapa yang anak mereka meninggal sebelum baligh atau meninggal pada saat-saat kelahiran atau ibu yang mengalami keguguran, jangan SEDIH!!!!! tetapi berbahagialah anda kerana anak itu bukan sahaja menunggu kita di syurga tetapi sudah menunggu kita di PADANG MAHSYAR. Mereka menunggu ibu bapa mereka dengan segelas air untuk diberi minum yang mana air itu tidak sama dengan air di dunia ini.
Cuba bayangkan di kekalutan mahsyar itu dengan ramainya manusia dari zaman NABI ADAM A.S sehingga ke kita umat NABI MUHAMMAD SAW berhimpun di situ.
Tiba-tiba datang anak kecil berlari mencelah-celah lautan manusia untuk mencari ibu bapa mereka dan di tangan mereka segelas air untuk di beri minum bagi menghilangkan dahaga kepada ibu bapa kesayangan mereka. Alangkah beruntungnya kita. Bayangkanlah di dalam kekalutan itu semua orang dahaga tiba-tiba kita mendapat layanan super vvvvvvvip ini.
Ini semua terjadi kerana kita sabar walaupun kita sedih anak yang kita kandung selama 9 bulan tiba-tiba meninggal atau anak yang kita kandung beberapa bulan tiba-tiba gugur tetapi kerana sabar kita itu kerana reda kita itu akhirnya itulah pelaburan paling bijak dan berbaloi yang kita akan dapat.
Saya juga mempunyai seorang anak yang meninggal hampir-hampir kelahiran dalam jangka masa 3 hari seorang anak lelaki yang cantik, gebu dan putih. Saya reda menerimanya dan pada malam selepas pengebumian dia itu isteri saya bermimpi yang anak saya itu berada di sebatang pohon yang rimbun dan tengah bermain buaian bersama kawan-kawan yang lain mungkin pohon itu la di namakan POHON THUBA.
Ramai ibu bapa mengimpikan anak yang cemerlang dalam pelajaran. Mahu anak skor tinggi dalam setiap mata pelajaran dan sentiasa berada di hadapan. Namun, persoalannya, bagaimana sebenarnya mahu melahirkan anak yang benar-benar cemerlang?
Hakikatnya, kejayaan anak bukan terletak pada usaha anak semata-mata. Ibu dan bapa juga memainkan peranan besar dalam membentuk cara anak berfikir, belajar dan melihat dunia. Menariknya, ada beberapa amalan yang kelihatan pelik atau tidak biasa, tetapi sebenarnya sangat membantu dalam melahirkan anak yang berpotensi tinggi.
Melalui pemerhatian pakar perkembangan kanak-kanak dan pengalaman ramai keluarga, persekitaran rumah dan cara ibu bapa bertindak balas terhadap anak memberi kesan jangka panjang kepada kecerdasan mereka. Inilah asas kepada pembentukan minda yang kritis, kreatif dan berdaya saing.
Berikut tujuh tabiat ibu bapa anak genius yang boleh diterapkan untuk membentuk anak yang berfikiran luar biasa.
Apabila anak bertanya, “Kenapa langit berwarna biru?”, ibu bapa tidak terus memberi jawapan fakta. Sebaliknya, balas dengan soalan seperti, “Apa pendapat kamu?” atau “Bagaimana agaknya ia boleh berlaku?”
Pendekatan ini merangsang rasa ingin tahu dan mengajar anak berfikir serta mencari jawapan sendiri. Anak yang pintar bukan sekadar menghafal, tetapi belajar membina kefahaman dan membuat kesimpulan berdasarkan pemikiran mereka.
Cat yang tertinggal di atas meja, LEGO berselerak di lantai, dan tiada tekanan untuk sentiasa mengemas dengan segera. Kekacauan yang terkawal membantu membina pemikiran yang fleksibel dan imaginatif.
Persekitaran yang terlalu kemas dan teratur boleh mengehadkan kreativiti serta keberanian anak untuk mencuba perkara baharu. Dalam suasana bebas ini, anak belajar meneroka tanpa rasa takut untuk membuat kesilapan.
Contohnya, “Dulu ayah lemah dalam matematik,” atau “Ibu pernah gagal beberapa kali sebelum jumpa kerjaya yang sesuai.” Kisah sebegini disampaikan secara jujur dan terbuka.
Apabila anak mendengar kisah ini, mereka belajar bahawa kegagalan bukan sesuatu yang memalukan. Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan kematangan dalam kehidupan.
Di meja makan atau ketika berbual santai, idea anak didengar dan dihargai. Perbezaan pendapat diraikan tanpa mematikan suara sesiapa, walaupun pandangan anak berbeza dengan orang dewasa.
Melalui suasana ini, anak belajar bahawa sesuatu isu tidak semestinya hitam atau putih. Inilah asas kepada pemikiran kritis yang matang dan kemampuan berhujah secara rasional.
Mengumpul batu, membuka telefon lama, melukis tanpa henti atau memerhati serangga berjam-jam. Tiada ayat seperti, “Buatlah sesuatu yang berfaedah” dilemparkan kepada mereka.
Minat yang kelihatan remeh inilah sebenarnya bahan bakar kepada kreativiti dan inovasi. Ramai pencipta dan saintis hebat bermula dengan minat kecil yang disokong oleh keluarga.
Makan malam mungkin pada pukul 6 petang atau 9 malam. Hujung minggu pula diisi secara spontan mengikut keadaan dan keperluan keluarga.
Fleksibiliti dalam kehidupan seharian membantu anak membina keupayaan menyesuaikan diri, menyelesaikan masalah dan berfikir secara terbuka dalam situasi yang tidak dijangka.
Ayah boleh menangis kerana muzik yang menyentuh perasaan. Ibu boleh terharu melihat matahari terbenam. Semua emosi sama ada gembira, sedih, marah atau kagum diterima dan dihormati.
Kecerdasan emosi inilah asas kepada empati, kreativiti dan pemikiran mendalam. Anak yang memahami emosi sendiri lebih mudah memahami orang lain dan dunia sekeliling.
Kesimpulannya, anak genius bukan diukur melalui berapa banyak buku yang dibaca atau berapa tinggi markah peperiksaan mereka. Apa yang lebih penting ialah sama ada mereka dibesarkan dalam persekitaran yang menggalakkan pemikiran bebas, keberanian mencuba dan keyakinan untuk menjadi berbeza.
Inilah intipati sebenar tabiat ibu bapa anak genius yang sering tidak disedari, namun memberi kesan besar dalam jangka panjang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya terapi bagi seorang ibu dan isteri, selain rumah yang kemas, peti ais juga boleh memberi ketenangan tiap kali masuk dapur untuk memasak. Bila tersusun elok je setiap barang dalam peti tu, nak ambil sesuatu pun mudah.
Apa yang buat peti ais kemas dan teratur mestilah bekas-bekas yang digunakan. Banyak bekas yang dijual boleh guna untuk meletakkan barang dalam peti ais. Tak semestinya bekas mahal pun. Kalau zaman mak kita dulu-dulu, pakai je bekas apa-apa, kadang tak tersusun sebab ada besar atau kecil, sekarang semua ini dapat dibeli dengan pelbagai pilihan ikut bajet.
Seperti perkongsian Puan Nurul Syifaa, susun atur barangan dalam peti ais boleh beri ketenangan dan mood gembira untuk dia sekeluarga. Malah apa yang boleh dipuji, anaknya yang berusia 3 tahun pun dah faham dan pandai untuk jaga kebersihan.
Bagi saya, peti ais yang kemas tersusun sangat penting. Sebab bila buka peti ais nampak semua kemas rasa seronok tenang, suami pun macam tu. Alhamdulullah anak yang 3 tahun 5 bulan pun tak suka sepah, air tumpah terus dia lapkan.
Lagi satu bila tersusun macam ni aktiviti memsak akan jadi lebih mudah dan cepat. Buka peti ambil sahaja tak perlu selongkar sana sini dah. Saya dah tahu mana barang tu diletakkan.
Macam bahan basah seperti ayam, ikan dan lauk-pauk lain semua tu dah siap basuh jadi keluarkan, cairkan dan boleh terus masak.
Peti ais ni kalau nak kemas selalu konsepnya orang dalam rumah kena semua sama-sama jaga. Kalau seorang kemas orang lain sepahkan memang letih.
Lagi satu untuk stok bahan-bahan dalam peti, saya lebih suka membeli seminggu sekali. Satu bekas tu saya masukkan ayam dan sebagainya untuk sekali masak.