Penyanyi Exists, Mamat, 44, bergelar datuk selepas dianugerahkan cucu perempuan yang dilahirkan, lapan hari lalu.
Bayi itu adalah cahaya mata anak kedua Mamat, Mohd Eiki Daniel, 22.
“Cucu sulung saya itu dilahirkan secara normal dan sangat comel. Namun, saya belum diberitahu namanya,”
Mohd Eiki adalah anak Mamat hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal pada 2001.
“Saya tinggal di Johor dan sekarang sibuk. Jadi, belum ada masa hendak ziarah mereka yang tinggal di Damansara. Tetapi saya sempat jumpa menantu sebelum dia bersalin.
Ads
“Anak sulung dan bongsu belum berkahwin. Saya selalu juga berhubung dengan mereka. Setiap kali datang Kuala Lumpur, saya pasti akan jumpa mereka di rumah mentua.
Tambahnya lagi, dia bangga bergelar datuk di usia yang sangat muda iaitu 44 tahun.
“Saya bangga kerana dapat gelaran datuk. Kiranya saya makin tua sekarang. Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir nak dapat cucu pada usia ini. Apapun syukur kerana ini anugerah daripada Allah.
“Ada cucu lebih bermakna kerana dikira ahli keluarga baharu.”
Ads
Kredit:
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Anak sulung insan yang banyak mengajar kita erti keibubapaan. Dia hadir disaat kita tercari-cari cara yang sebaiknya untuk mendidik anak. Namun kesilapan dalam mendidik anak sulung boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan mereka dan anak yang akan datang.
Besar peranan anak sulung ni. Anak sulung ni ibarat acuan.
Apa dia buat, adik beradik akan ikut. Contoh paling dekat anak-anak saya. Walaupun si adik lahir dengan keperibadian yang lebih lembut, tapi cara bercakap, cara gelak, perangai menjerit, melompat dari almari, semua dia tiru dari abang.
Sebab tu anak sulung ni tak boleh main-main nak didik mereka. Perlu kena cara. Perlu betul ilmunya. Salah satu pantang mak ayah nak didik anak sulung adalah,
JAGA TUTUR KATA.
Bila kita geramkan si sulung, laju aje mulut kita nak menembak mereka. Mulut kita ni kena hati-hati.
Kata-kata tajam yang terkena pada hati anak boleh melukai mereka sampai dewasa. Malah, kita perlu ingat bahawa kata-kata yang keluar dari mulut kita, ibarat jampi paling mujarab. Doa yang tiada hijab. Elakkan kata-kata melabel.
Bila kita melabel;
Ia ibarat meletakkan tanda nama pada mereka. Untuk mereka percaya, itulah diri mereka yang sebenar. Walaupun hakikatnya ia hanya salah faham dari mulut ibu ayah yang tidak mengenal punca. Malah, cara kita bertutur pada mereka akhirnya menjadi suara hati mereka. Lalu sebati menjadi gaya mereka bercakap pada orang lain.
3 PERKATAAN TOKSIK UNTUK ANAK SULUNG
2. BIADAP
3. DEGIL
Anak-anak ini perjuangan kita. Amanah Allah. Kain putih tanpa noda. Yang menanti kita untuk mencorakkan mereka. Corak mereka dengan baik. Bentuk mereka dengan sabar.
Boleh jadi mereka yang kita lihat keras seperti batu, rupanya boleh ditempa menjadi berlian yang bersinar elok
Boleh jadi anak yang kita sangka MALAS itu rupanya punya BAKAT YANG TERSEMBUNYI.
Cuma kita yang kena kenal pasti di mana ‘suisnya’. Boleh jadi anak yang kita sangka NAKAL itu sebenarnya anak yang punya kualiti untuk jadi PEMIMPIN YANG BERANI.
Boleh jadi anak yang kita sangka DEGIL, rupanya memiliki kualiti untuk jadi PEJUANG YANG KUAT DAYA JUANGNYA.
Dan boleh jadi, perangai anak yang kita runsingkan tu rupanya kualiti yang diperlukan untuk mereka jadi dewasa yang berjaya.
Cuma mereka perlukan ubat CINTA dan tongkat AGAMA untuk mereka membesar jadi manusia yang berkualiti.
Sementara nak melalui fasa tingkah laku mencabar ini, banyak-banyaklah bersabar.
Entah-entah, dalam kita nak mengajar mereka menjadi anak yang baik, rupa-rupanya, dalam diam mereka membentuk kita jadi manusia yang lebih baik. Teruskan bertutur dan berdoa yang elok-elok untuk mereka.
Mudah-mudahan, dengan terdidiknya anak sulung, dia akan jadi ikutan teladan buat adik-adik yang lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pelakon, Zarina Anjoulie meminta ibu bapa yang mempunyai anak jenis memilih makanan ‘picky eaters’ supaya lebih bertanggungjawab jika menghadiri rumah terbuka.
Tidak berniat untuk mengkritik cara didikan namun ia akan menjadi masalah kepada tuan rumah jika memaklumkan anak tak boleh makan menu yang disediakan.
“Salam sayang semua. Harap jangan kecik hati dengan video ni tapi dah sekali sangat terjadi.
“Video ni khas untuk mak mak yang tau anak-anak picky eaters tapi still nak menyusahkan orang 🤣🤣🤣 plz be responsible for your own kids wellbeing….”
“it’s ok kalau kalau anak awk nak makan kayu dam lollipop but just jangan menyusah kan orang bila datang rumah orang”
Sudah kepenatan menyediakan juadah untuk tetamu yang datang, Zarina atau mesra dipanggil Anju berasa kesal jika perlu ke dapur semula semata-mata ingin menyiapkan juadah khas buat yang memilih makanan.
Anju turut mencadangkan agar ibu bapa yang mempunyai anak ‘picky eaters’ untuk membawa bekal sendiri dari rumah.
Tambah Anju lagi, dia berharap agar ibu bapa mengajar anak-anak untuk lebih beradab ketika berkunjung ke rumah terbuka dan merasa sedikit juadah walaupun tak kena dengan citarasa sendiri.
Dalam rezeki kita terdapat hak orang lain yang harus diinfakkan atau disedekahkan. Apa lagi kalau kita sedekah subuh, banyak keistimewaan yang akan kita terima.
Jika anda tahu keistimewaan sedekah subuh, dijamin kita tidak akan mensia-siakan waktu berharga ini selain untuk beribadah.
Harta yang disedekahkan sebenarnya tidak akan berkurang, kerana Allah SWT yang akan menganugerahkan kepada orang tersebut kemuliaan, keberkatan dan rezeki yang tiada disangka-sangka.
Begitu juga jika kita ada anak sakit atau ahli keluarga sakit, bersedekahlah. Di sebalik sedekah itu, Allah akan memberi rahmat yang kita tak jangka pun.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Mawaddah MN di facebooknya, ini ganjaran besar yang ramai tak tahu keberkatan sedekah subuh untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
Ganjaran Besar Sedekah Subuh
Dari jauh kedengaran abah memanggil nama saya.
Cepat-cepat saya meninggalkan makanan di atas meja. Saya meluru ke ruang tamu tempat abah berada.
“Mari abah nak share ni. Kotlah boleh amal lepas ni.”
Saya mengangguk.
Lalu, abah mengeluarkan sebuah balang. Penuh berisi duit seringgit. Dan ada juga lima ringgit. Semuanya dilipat dua dan disusun dengan rapi dalam balang lutsinar itu.
“Setiap kali lepas Solat Subuh, letak duit niat untuk SEDEKAH SUBUH dalam tabung ni. Tiap-tiap hari, buat. Nanti, cukup masa pergi hantar ke mana-mana tempat yang memerlukan,” abah memulakan sesi perkongsiannya.
Saya mengangguk lagi kemudian memberi sedikit respond.
“Ada kawan fb buat NGO SEDEKAH SUBUH.”
“Haa, bagus tu!”
Kemudian abah menyambung lagi,
“Malam tu selesai buat tahajjud, solat sunat sebelum Subuh, Solat Subuh berjemaah, wirid dan baca Quran. Apabila buat amalan tambahan SEDEKAH SUBUH satu lagi, Insya-Allah akan completelah amalan kita sebelum matahari pagi mula menyinsing.”
“Masya-Allah, Aziiim!”
Saya menuturkan kalimah penuh rasa kehebatan terhadap amalan-amalan soleh sebegitu. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada mereka yang bermujahadah melakukannya. Dan memberikan kita juga kekuatan untuk mengamalkannya.
Ini motivasi daripada abah saya saat pulang ke kampung halaman selama dua hari. Abah saya memang orang yang tidak lokek dengan nasihat dan idea. Rugilah jika saya perap sendirian. Jika berkongsi, dapatlah juga saya menumpang pahala kebaikan sahabat-sahabat yang turut mengamalkannya.
Siapa yang belum memulakan amalan ini, bolehlah mula mencari sebuah bekas bertutup yang selamat untuk dijadikan tabung SEDEKAH SUBUH.
RM1 Sehari Pun Memadai
Dah setelah ada, mulakan! Jangan lengahkan.
Seringgit sehari pun sudah memadai. Atau boleh juga dipenuhi mengikut rezeki serta kemampuan yang ada. Apa yang jauh lebih penting adalah amalan soleh yang istiqamah dan konsisten diamalkan.
Dalam sebuah hadits Nabi SAW menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di subuh hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak mempedulikan amalan berinfaq di pagi hari.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa: “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)
Jom, sama-sama pasang niat memulakan amalan SEDEKAH SUBUH ini. Rugilah jika kita membiarkan Subuh yang kita lalui setiap hari berlalu tanpa SEDEKAH. Sesungguhnya, ada malaikat yang sentiasa mendoakan orang-orang yang berinfaq di waktu Subuh. Setiap hari