Teruja betul bila anak dah mula boleh bercakap. Mulutnya tak berhenti-henti bercakap, kita pula teruja nak dengar dia bersembang. Sebenarnya, sedikit-sebanyak anak akan ikut cara kita bercakap.
Kalau kita suka berleter, mungkin anak akan tiru cara kita tu. Bayangkan, anak kecil yang comel membebel macam orang dewasa. Comel betul!
Seperti yang dikongsikan oleh akaun Tiktok aqilahanuwa ini, dapat dilihat anaknya tak puas hati apabila diganggu oleh si ayah. Ketika itu dia sedang sibuk menyusun produk di dalam kotak apabila tiba-tiba ayahnya datang dan menolak sedikit tubuhnya.
Memang lucu sungguh bila tengok gelagat adik ni. Mulutnya tak berhenti-henti membebel dan setiap perkataan yang dia ucapkan cukup lancar. Bijak sungguh!
Proses kelahiran meletakkan pelbagai risiko buat ibu. Ada ibu-ibu terpilih menemui Maha Pencipta semasa bersalin, pergi saat berjuang melahirkan zuriat adalah sesuatu yang amat mulia.
Perkongsian daripada bapa ini pasti mengundang air mata. Tidak hairanlah ia menerima reaksi kira-kira 29 ribu dan perkongsian sebanyak 15 ribu di laman sosial.
Isterinya yang bernama Divani Putriami meninggal dunia selepas melahirkan anak kedua mereka. Tambah memilukan apabila bapa ini, Firdaus Sutan Parpatiah meletakkan nama anak perempuan mereka dengan nama yang seakan-akan sama dengan ibunya.
Posting bapa ini mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang tersentuh hati dengan apa yang dilalui. Mereka mengagumi betapa tenangnya jenazah Allahyarham dan wajahnya seakan-akan tersenyum.
Ramai mendoakan agar ibu muda ini diberikan husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dalam kematian dan bayi yang dilahirkan menjadi anak yang solehah.
Bila bawa ahli keluarga bercuti, keselamatan memang perlu dititikberatkan. Tambah lagi jika bawa ke kawasan hotel yang ada kolam renang atau berdekatan hutan. Ini kerana segala kemungkinan boleh berlaku.
Seperti perkongsian seorang ibu ini, Norazimah Bunihan, pengalaman di kejar monyet liar ketika berada di kawasan hotel benar-benar meninggalkan kesan trauma. Tambah pula, ia melibatkan kecederaan pada bayinya.
Disebabkan keadaan tergesa-gesa nak selamatkan diri, bayi dalam stroller mengalami kecederaa kerana terjatuh dan mukanya tersembam ketika menginap di salah sebuah hotel di Teluk Chempedak, Kuantan.
KAMI DISERANG MONYET LIAR !
8/11/2021- 5.52pm
Kami sekeluarga berjalan kaki ke kereta untuk ambil selipar dan ingin ke Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan resort kami. Tergerak hati nak rakam video ketika menuju ke kereta. Terdapat segerombolan monyet liar di pokok pokok dan ada juga yang memanjat kereta pengunjung disitu.
Setibanya kami yang berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami. Ketika itu monyet tersebut tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar diantara monyet monyet lain terus mengejar dan ingin menerkam suami.
Keadaan ketika tu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak anak yang lain turut panik dan cuba untuk lari kan diri kerana monyet liar tu betul betul berada disebelah stroller bayi saya. Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak anak dengan tolak stroller bayi secepat yang boleh. Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan kerana pusingan stroller yang terlalu pantas ekoran keadaan semakin panik. Bayi saya mengalami luka dan lebam dimuka. Anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal yang berada berhampiran kami.
Memang banyak monyet liar, ancam keselamatan orang ramai
Kami terus duduk dilaluan pejalan kaki bersebelahan tempat parking kereta dibahagian dalam. Ada seorang pengawal parking bahagian dalam cuba keluar untuk bertanya apa yang berlaku. Ketika itu monyet tersebut sudah lari ke hutan berhadapan parking luar. Pengawal tersebut terus memanggil Security Manager beritahu apa yang terjadi. Pengawal tersebut maklumkan kepada kami sebelum ni memang banyak monyet liar disini dan sudah maklumkan pada perhilitan. Dia menyuruh kami untuk menghubungi perhilitan. Saya bertanya semula kepadanya, “kami ke yang perlu hubungi? Bukan pihak hotel?” Dia maklumkan parking diluar itu adalah diluar kawasan hotel, jadi bukan tanggungjawab mereka. Parking di bawah jagaan resort tersebut dah penuh dan kawasannya agak kecil. Ramai pengunjung memarking kenderaan mereka sebaris kereta kami. Tiada tempat lain, hanya itu dan juga parking dalam yang dah penuh.
Security Manager datang menghampiri kami dan bertanya apa yang terjadi? Kami ceritakan semua dan dia meminta pengawal keselamatan resort tersebut mengambil kayu dan menghalau monyet monyet liar disitu. Selepas itu Security Manager tersebut meminta kunci kereta pada suami dan dia bantu alihkan kenderaan untuk dibawa masuk parking dibahagian dalam di parking oku kerana kotak parking biasa sudah penuh. Memandangkan kami membawa bayi yang ada sawan dan cedera ketika itu, dia benarkan kami parking dipetak OKU untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.
Security Manager tersebut terus hubungi ambulans di HTAA untuk berikan rawatan kepada bayi saya yang cedera akibat terjatuh dari stroller. Ambulans sampai diperkarangan resort, saya dan bayi serta anak sulung saya terus menaiki ambulans dan menuju ke HTAA. Suami dan anak kedua kami membawa kereta menuju ke HTAA.
Setibanya di HTAA, keadaan agak rumit untuk pendaftaran bayi kerana kami terlupa untuk bawa sijil lahir bayi kami. Selalunya mana sahaja kami pergi, kami pasti akan bawa. Waimah dalam daerah kami pun saya tetap masukkan sijil lahir dalam begnya. Tapi tak jangka kali ni betul betul terlupa nak bawa dan berlaku perkara yang tak diingini. Okey sambung semula cerita di HTAA.
Setibanya kami disana, pihak pendaftaran HTAA minta kami sijil lahir atau nombor ic anak jika tidak pendaftaran dan rawatan tidak boleh diberikan. Malangnya saya memang betul betul tak ingat nombor ic bayi saya. Saya terus hubungi pihak Hospital Enche Kluang untuk dapatkan nombor ic bayi saya kerana pihak hospital Enche Kluang ada maklumatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan pihak hospital Enche Kluang berikan nombor ic bayi saya.
Keadaan bayi stabil, luka tak serius
Menunggu giliran untuk diberi rawatan. Alhamdulillah doktor di kecemasan HTAA maklumkan luka bayi saya tak serius dan telah dibersihkan untuk elakkan jangkitan kuman. Doktor tersebut meminta untuk kami buat x-ray dikepala bayi kerana dikhuatiri ada retakan dan sebagainya. Alhamdulillah proses tak terlalu lama. Result x-ray dapati semua dalam keadaan sihat dan tiada sebarangan retakan.
Doktor beri kebenaran kami pulang ke hotel dengan syarat pantau keadaan bayi sekiranya bayi ada muntah muntah, menangis tanpa henti atau sawan lain dari yang lain, terus datang semua ke HTAA. Kami terus pulang ke resort. Setibanya di resort kami terus menuju ke cafe kerana ketika itu kami sekeluarga sangat lapar dan jam sudah menunjukkan 8.37pm. Tiada mood untuk pergi ke kedai makan yang berada diluar resort kerana masing masing dah letih dan perasaan menjadi tak happy. Security manager tersebut datang ke cafe untuk berjumpa dan bertanya khabar keadaan bayi kami. Ketika kami berada di HTAA pun dia ada hubungi suami bertanya keadaan bayi kami. Dia minta kami order sahaja apa yang kami ingin makan tanpa bayaran.
Walaupun keadaan tu tak setimpal dengan apa yang terjadi, tetapi pihak hotel masih mengambil berat dan tidak lepas tangan.Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan disitu adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut. Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa.
Terima kasih Hyatt Regency Kuantan Resort atas layanan yang terbaik diberikan kepada kami. Dari check in sehingga check out semuanya tiptop. Tetapi mungkin boleh ditambahbaik tempat parking kereta pengunjung disitu. Atau boleh sediakan parking valet untuk khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ditempat parking. Kalau tak boleh juga, at least sediakan pengawal untuk menghalau monyet monyet liar disitu.
Bukan ingin mengajar, tapi hanya cadangan untuk keselamatan. Ikhlas, Pengunjung 2105.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betapa luluhnya hati ibu terpaksa menerima kehilangan anak yang dikandung dan dilahirkan secara tiba-tiba. Apatah lagi jika ia disebabkan oleh kesilapan daripada orang lain.
Tiada lagi wajah comel yang selalu menemani, senyuman dan telatah akan sentiasa dirindui. Bagi ibu kepada bayi lelaki bernama Rayyan yang ditemui lemas, ia adalah berita yang amat mengejutkan. Menerima kehilangan anak dalam sekelip mata adalah ujian yang sangat berat.
Awalnya, ibu tunggal ini telah dimaklumkan oleh pihak pengasuh bahawa bayi lelakinya telah meninggal dunia kerana lemas di dalam baldi dibilik air tempat anaknya diasuh dan dijaga di Jalan Kebun, Shah Alam.
Namun apa yang dikesalkannya ialah kecuaian pihak rumah penjagaan kanak-kanak berkenaan yang cuai dalam memberikan perkhidmatan sehingga menyebabkan anaknya menemui ajal ketika di dalam penjagaan mereka. Berita yang menghibakan ini dikongsi oleh Unit Khas Van Jenazahyang telah bertindak menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Suasana suram menyelubungi semua unit sukarelawan ketika menguruskan jenazah bayi berusia 8 bulan tadi. Rasa sayu,sedih apabila melihat jenazah bayi itu didepan mata dengan kesan jahitan hasil dari proses bedah siasat.
Apabila jenazah dibuka untuk dimandi, unit sukarelawan masing masing tergamam melihat antara satu sama lain.ada yang menahan air mata kerana si ibu menangis sambil berulang kali menyebut
” Rayyan tunggu ibu disyurga”,”tunggu ibu ye nak disyurga”.
Ada diantara unit sukarelawan yang menekup muka seperti tidak sanggup melihat situasi antara si ibu dan anak. Tiada ungkapan sesuai boleh diungkap melainkan SEBAK!
Seperti yang dimaklumkan kepada unit sukarelawan ketika ditemu bual,beliau menghantar bayi lelakinya ke tempat rumah penjagaan kanak kanak berbayar berhampiran rumahnya di Jalan Kebun, Shah Alam.
Beliau dimaklumkan oleh pihak pengasuh bayi lelakinya telah meninggal dunia kerana lemas didalam baldi dibilik air tempat anaknya diasuh dan dijaga.
Hati ibu mana yang boleh menerima berita kematian sebegitu?
Bagaimana anak yang sepatutnya dijaga rapi oleh pihak pengasuh boleh lemas didalam baldi dibilik air?
Si ibu memberitahu pihak rumah penjagaan kanak kanak itu menyatakan pintu bilik air tidak berkunci ketika kejadian berlaku.
Ada kecuaian yang dapat dilihat sebagai punca kerana bayi berusia 8 bulan begitu perlu dijaga dengan rapi oleh pengasuh.
Jika pengasuh peka dan aspek penjagaan diutamakan,bukan sahaja kematian tetapi situasi kecederaan juga tidak akan berlaku.
Kes kematian bayi yang diuruskan oleh pihak unit khas van jenazah telah pun dalam siasatan pihak polis.kami sendiri berharap KEADILAN dapat ditegakkan jika berlaku faktor kecuaian dari pihak pusat penjagaan kanak kanak itu.
Biarpun bayi ini telah pergi kerana sudah tertulis,biarpun ajal maut ditangan tuhan,keadilan akibat kecuaian jangan dipandang remeh.
Jika ada kesilapan dan kecuaian..
Tindakan paling tegas wajar dikenakan bukan sahaja kepada pengasuh tetapi kepada pemilik pusat penjagaan kanak kanak tempat bayi ini mati.
Ini juga melibatkan NYAWA ANAK ANAK & KEPERCAYAAN ibu bapa lain yang mempunyai anak anak dipusat penjagaan itu.jangan hanya kerana memandang duit orang lain yang perlu menanggung kesedihan!
Oleh kerana si ibu adalah dari golongan ibu tunggal unit kami memikul segala amanah yang terletak diatas bahu untuk membantu.
Amanah yang diberi kepada unit sukarelawan unit khas van jenazah telah ditunaikan sebaik mungkin. Dari khidmat mandi,kafan,solat jenazah sehingga bacaan talqin dilaksanakan sendiri oleh unit sukarelawan tanpa sebarang bayaran!