Setelah selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy berkongsi amalan yang sering diamalkan sebelum melahirkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf.

Elfira berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram yang diwujudkan khas buat anaknya, @muhamadrayyankhalafofficial.

Menurut Elfira selain membaca Al-Quran, dia juga tidak putus berdoa sejak hari pertama mendapat berita mengenai kehamilannya sehinggalah melahirkan Rayyan.

View this post on Instagram

Day 7, blessed❤️

A post shared by Muhamad Rayyan Khalaf (@muhammadrayyankhalafofficial) on

“Day 7. Alhamdulillah, he is such a good boy. I feel like crying, I thought it would be harder tapi tak, kadang-kadang El yang kejut dia sebab rindu.

“Rasa bersyukur sangat semuanya Allah permudahkan dari awal sampai sekarang with this lilttle munchkin. Terima Kasih Ya Allah.

IKLAN

“Takde rahsia atau tips yang El nak berikan. But one thing for sure, El tak pernah putus doa dari hari pertama El tahu El pregnant sampai ke hari Rayyan dilahirkan.

BACA: [Elak Amalan Pantang Yang Menyekat Makanan Berzat. Dr Hamid Arshat Kongsi Tip Sembuhkan Luka]

“Bacaan surah Maryam, Yusuf, Luqman, Al-Fatihah, 3 Qul, bacaan Al-Quran dan surah Al-Mulk yang setiap malam ayah dan mama baca dalam kereta on the way balik yang menjadi amalan dan kepercayaan.

IKLAN

“Dah hujung-hujung mama El banyak pesan untuk solat Tahajud, solat sunat taubat, solat hajat sampai ke nak pilih doctor dan hospital pun El istikarah.

“Sebab tu dah week 30 baru El pilih hospital bersalin sebenarnya. Because im scared. Takut tidak mendapat keredhaan Allah SWT.

IKLAN

“Semoga Muhamad Rayyan Khalaf, sentiasa menjadi anak yang baik. (Amin ramai-ramai okay),” tulisnya.

Terdahulu, Elfira Loy berkahwin dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sumber: ig Elfira Loy & Gempak

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI