Tak sah kalua tak mencium anak setiap hari. Bagi Uyaina Arshad yang kini sedang berpantang anak keduanya, mencium bayinya menjadi amalan wajibnya setiap hari.
Menerusi media sosialnya, Uyaina turut berkongsi kelebihan cium bayi bagi ibu-ibu yang ramai tak tahu. Jom ikuti perkongsian ibu anak dua ini.
“My favourite bau. Siapa gomol anak korang macam ni jugak kita geng!
“Anyway, nampak macam biasa je kan kiss baby? But I wanna share this amazing info with all the Mamas about the health benefits of kissing your babies.
“Tahu tak dengan mencium bayi, sebenarnya kita mengambil kuman yang hidup di kulit mereka melalui mulut kita, dan kemudian berubah menjadi antibodi dalam susu ibu?
Ads
“Jadi dengan menyusukan bayi, anda sebenarnya menghasilkan antibodi yang diperlukan dan menghantarnya melalui susu ibu untuk memperkuat bayi anda melawan bakteria-bakteria tersebut secara dalaman dan kekal imun terhadap jangkitan.
“Hanya dengan ciuman dari seorang ibu, imun badan anak kita akan menjadi lebih kuat,” kongsi Uyaina menerusi kapsyennya.
Pun begitu pesan Uyaina, biar hanya ibu yang melakukan amalan ini tetapi tidak orang lain terutama orang yang datang berkunjung kerana ia membawa kuman kepada bayi itu sendiri. Elakkan!
Ads
“So Mamas, kiss your babies a lot! 🥰 Mama je tau. Orang lain yang bukan mak baby tu jangan cium anak orang sebab boleh bawak penyakit kat baby tu. Hope this helps,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan bayi keduanya pada 17 Mei yang lalu dan kini sedang berpantang.
Bayi yang mengalami masalah kulit seperti ekzema sememangnya merisaukan mama dan papa. Hal ini kerana mereka cukup sensitif dengan perubahan cuaca, pemakanan dan kebersihan persekitaran yang mempengaruhi tahap kesihatan mereka.
Secara umum, penyakit kulit seperti ekzema sememangnya menjadi lumrah bagi bayi kecil. Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal pada satu jangka masa tertentu. Penyakit ini biasanya menyerang si kecil berusia bawah dua tahun. Realitinya ekzema sememangnya tidak dapat dipulihkan, tetapi dapat dikawal dengan mengelakkan faktor pencetus, menjaga pemakanannya dan memastikan kulitnya sentiasa lembap.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan alergi. Kesannya adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah dan merekah. Pada situasi tertentu ia yang kadangkala bernanah dan berdarah.
Lokasi tumpuan ekzema lazimnya ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Perlu diketahui bahawa ekzema menyebabkan kulit tidak dapat berfungsi secara normal. Penyakit ini membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
SIAPA BERISIKO MENDAPAT EKZEMA?
Punca terjadinya ekzema tidak diketahui tetapi masalah kulit ini lazimnya berlaku dalam keluarga tertentu dan mempunyai perkaitan genetik dan sejarah keluarga yang kuat bagi penghidap tiga penyakit iaitu ekzema, asma dan demam (hay fever) atau dikenali sebagai atopic triad. Hubungan kekeluargaan pada peringkat pertama dan kedua yang menghidap salah satu dari tiga penyakit ini akan memiliki risiko untuk dijangkiti sama ada ekzema atau asma.
Ekzema menyebabkan kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan sering gatal. Namun pada masa-masa tertentu radang tersebut boleh menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. Pun begitu, ibu bapa boleh bertindak mengawal punca yang mencetuskannya seperti pemakanan, keadaan sekeliling yang bebas habuk dan mengelakkan kulit mereka kering dengan menggunakan produk penjagaan diri seperti losen dan krim yang bersifat organik.
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Bagi bayi yang disahkan mempunyai ekzema, lebih baik anda jauhi daripada makanan yang mencetuskan kegatalan. Bagi bayi yang masih di bawah enam bulan dan menyusu susu ibu, si ibu yang perlu mengelakkan mengambil makanan ini.Cari makanan pengganti yang mempunyai khasiat yang sama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu, anda pasti pernah alami situasi anak conteng dinding di rumah walaupun dilarang berulang kali, kan? Itu semuanya ada kaitan dengan proses perkembangan mereka.
Mari ikuti penjelasan ini.
Tabiat conteng dinding adalah disebabkan koordinasi motor anak yang masih dalam proses perkembangan.
Ini sekali gus menyebabkan mereka tidak selesa untuk melukis pada sehelai kertas sambil duduk di atas meja.
Namun, pastinya perlakuan mereka menconteng pada dinding menimbulkan kemarahan anda sebagai ibu bapa, kan?
Ya, tidak salah memarahi anak untuk mengajar mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita lebih memfokuskan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik, pastinya anak akan dapat memahami apa yang cuma anda sampaikan.
Dalam perkongsian artikel ini, anda akan memahami mengapa anak suka conteng dinding dan cara terbaik untuk mengatasi tabiat tersebut.
Apabila anak semakin membesar, mereka akan mengembangkan minat yang tinggi terhadap seni dan kreativiti.
Dalam masa yang sama, wujud rasa ingin tahu dalam diri anak.
Ini sekali gus mendorong mereka berusaha untuk mengekspresikan diri dan berkomunikasi dengan individu lain dengan cara yang berbeza.
Seiring dengan proses perkembangan kawalan motor, anak juga akan mempunyai keinginan untuk menunjukkan kemampuan dalam menggerakkan jari dan tangan secara terkoordinasi.
Hasilnya, mereka melihat dinding (dan mungkin juga perabut) sebagai tempat sesuai untuk mempamerkan kreativiti dan kawalan motor yang baik.
Jadi, usah pelik jika anda terlihat anak conteng dinding dengan pelbagai bentuk atau imej.
Seperti seorang individu dewasa, anak kecil juga sensitif terhadap reaksi mereka yang berada di sekelilingnya.
Sekiranya anak menyedari bahawa anda akan bertindak secara dramatik terhadap hasil ‘lukisan’ pada dinding, mereka mungkin melakukannya secara berkala untuk mendapatkan lebih banyak perhatian dan reaksi daripada ibu bapanya.
Jadi tanpa anda sedar, tindak balas anda mungkin menjadi salah satu sebab utama mengapa anak suka conteng dinding walaupun telah dimarahi berulang kali.
Mencecah usia 2 tahun, si manja akan mula melalui fasa artistik yang dicirikan dengan melukis di dinding.
Semasa fasa ini, dinding menjadi pilihan kanvas yang sesuai kerana anak dapat menyokong tangan dan hujung mata krayon (atau sebarang alat tulis) dengan mudah, ketika melukis.
Sebagai ibu bapa yang memahami proses perkembangan ini, pasti hasil conteng dinding tersebut dapat membuat anda berasa teruja melihat usaha si manja dalam menjadi ‘seniman’.
Walau bagaimanapun, pastinya agak memenatkan untuk perlu mengecat semula dinding secara berkala untuk menutup hasil contengan tersebut, kan?
Jadi berikut beberapa tip untuk anda cuba:
Lembaran dinding ini boleh dibeli dalam pelbagai saiz di kedai alatan persekolahan. Malah, untuk ibu bapa yang sibuk, ia juga boleh didapati dalam talian.
Ia adalah permukaan licin dengan fungsi seperti papan hitam. Sebarang alat tulis, terutamanya pen marker amat mudah digunakan pada lembaran ini.
Lembaran dinding ini boleh ditampal pada sebarang permukaan rata. Sudah tentu ia merupakan pilihan ideal untuk mencegah anak daripada conteng dinding.
Papan hitam merupakan antara pilihan biasa yang sering digunakan bagi mengatasi masalah anak yang suka melukis di dinding.
Walau bagaimanapun, jika anak mempunyai alahan atau menhidap asma, papan hitam pilihan yang perlu dielakkan.
Ini kerana debu yang dihasilkan oleh kapur boleh membahayakan kesihatan mereka.
Tetapi, sekiranya si manja tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, penggunaan papan hitam sangat sesuai.
Ia juga boleh digunakan semula secara berterusan tanpa memerlukan penyelenggaraan yang banyak.
Terdapat pilihan cat yang mudah dibersihkan tanpa meninggalkan kesan. Jadi pastinya anda boleh memadamkan segala hasil contengan anak pada dinding.
Selain itu, anda juga boleh memberikan anak krayon khas yang boleh dibersihkan dengan mudah menggunakan kain kering atau separa basah.
Ya, cara ini tidak mencegah anak daripada conteng dinding. Pun begitu, ia merupakan langkah penyelesaian mudah tanpa perlu mengecat dinding semula.
Ada sesetengah anak, walaupun telah diberikan ruang khas untuk melukis, tetap memilih untuk menconteng pada dinding.
Usah terus memarahi mereka.
Sebaliknya, apa kata anda berikan tanggungjawab kepada anak untuk membersihkan segala hasil contengan dinding.
Ini merupakan antara langkah terbaik untuk memupuk rasa tanggungjawab pada diri anak.
Pilihan lain yang boleh mencegah anak daripada conteng dinding adalah dengan melekatkan kertas putih bersaiz besar pada dinding menggunakan pita pelekat.
Ia memberikan anak ruang khas untuk menconteng dan boleh terus ditanggalkan apabila sudah dipenuhi dengan hasil lukisan.
Seiring peredaran masa, proses perkembangan anak akan berlaku meliputi kemahiran motor mereka.
Jadi, untuk mengelakkan anak conteng dinding, sediakan ruang khas untuk mereka mengekspresikan kreativiti tersebut.
Krayon, kapur serta pensil warna adalah pilihan terbaik untuk digunakan anak.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tangisan adalah cara bayi memberitahu kita kehendak dirinya. Ketahui 5 jenis tangisan yang menunjukkan bayi sedang kembung perut, mahu disendawakan, mengantuk, lapar & rasa tidak selesa.
Benar bahawa bayi menangis adalah normal. Menangis ialah salah aatu cara bagi bayi mengekspresikan kemahuan & keperluannya.
Mama & papa perlu tahu cara untuk mengenal jenis tangisan bayi.
Tangisan bayi sekiranya berlarutan tanpa henti dalam tempoh masa yang lama, pastinya merisaukan mama & papa.
Tahukah anda bahawa melalui kaedah Baby Language, tangisan bayi dapat dikenalpasti. Ini akan memudahkan mama dan papa memenuhi keperluan si kecil tanpa perlu tangisan yang berlanjutan. Malah bayi juga lebih ceria dan gembira.
Setiap tangisan bayi mempunyai pengertiannya tersendiri. Terdapat lima jenis tangisan bayi. Setiap tangisan bayi. Jika didengari secara teliti ia ternyata kedengaran berbeza.
1.“Neh”
Bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat “sucking reflex”.
2.“Heh”
Bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk,lampin bayi penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindakbalas kerengsaan terhadap kulit.
3.“Owh”
Bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).
4.“Eh”
Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
5.“Eairh”
Bunyi yang mewakili kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.
PERKEMBANGAN BAYI SEHINGGA 6 MINGGU
Bergelar ibu bapa membuatkan anda teruja untuk melihat perkembangan anak anda dari bulan ke bulan. Lebih manis lagi, bila si kecil menghadiahkan anda dengan senyuman dan agahan yang mengembirakan hati anda.
Sudah tentu momen indah ini, memberi kenangan manis buat anda. Ayuh lihat perkembangannya!
Objek dan bunyi
Dalam tempoh enam minggu, bayi anda duduk di dalam kerusi enjut di atas lantai. Bayi akan menunjukkan tindak balas apabila mendengar bunyi seperti menendang kaki dan mengerakkan tangannya. Malah, jari-jemarinya yang halus sudah mulai boleh memegang sesuatu yang ringan jika anda meletakkan di dalam tangannya.
Penerokaan
Sediakan ruang untuk bayi anda melakukan penerokaan diawal perkembangannya. Dengan meniarap, si manja akan belajar menolak dirinya menggunakan tangan dan menendang keluar kakinya ke belakang. Malah mungkin akan mengimbangkan badannya ketika meniarap.
Sambil mengurutnya, anda boleh mengajarnya tentang anggota badan. Urutan juga salah satu cara bonding yang baik bagi papa dan si manja.
Bergolek
Dalam tempoh sepanjang enam bulan, si kecil anda belajar bergolek, pada mulanya dari hadapan ke belakang, kemudian berpatah balik.
Mengangkat kepala
Malah dalam tempoh ini, si manja dapat mengangkat kepala ketika meniarap. Pergerakannya bayi semakin baik dalam tempoh enam minggu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
ADHD pada anak bukan tanda mereka nakal atau kurang disiplin. Ketahui tanda-tanda ADHD, puncanya serta 10 cara berkesan membantu anak ADHD di rumah dengan pendekatan yang lebih positif.