“Dia balik mengadu dengan I.. “mommy, I dont think I can help you take care of my new adik, Im injured…”
“Pastu tak habis lagi tu.. he came to me again and said.. “mommy, I dont think I will be alive any longer…”
“Blood is coming out from my wound nonstop” 😆🤭🤪 ya rabbi Adam.. Adam… esok baik dah tuuuu…. 😝”
Ads
Kisah mencuit hati tersebut mendapat riaksi ramai warga maya. Rata-rata berkongsi kisah drama anak-anak kecil mereka yang serupa dengan kisah Adam.
Ryyhan.k Last time anak no 3 pun drama lps jatuh pastu dlm melalak dia tanya nyawa dia tinggal berapa (konfem pengaruh game). Adam mesti asik ingat adik tu luka pun sebut jaga adik.
syuhadarhmt Lelaki kalau sakit/injured kan dia dramatik sikit 🤣🤣🤣 baru demam dah tulis wasiat… Ahhahahaha macam² pe’el 🤣🥰
Ads
aman_iena’s Esok sakan dia berlari mcm xde apa berlaku hahah
Penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda.
Dalam aspek kesan penggunaan gajet kepada mata, ia boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah rabun jauh dalam usia yang tidak sepatutnya, manakala dalam aspek mental dan emosi, ‘ketagihan’ gajet boleh membawa kepada sikap agresif jika tidak dapat menggunakan gajet.
Kanak-kanak tak boleh lebih 2 jam
Berkongsi mengenai kesan gajet kepada mata, Pakar Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre (PMELC) berkata, peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabun jauh atau ‘myopia’ akibat kerap menggunakan gajet adalah isu yang perlu ditangani pada peringkat awal.
“Penggunaan gajet terutamanya telefon pintar dan peranti tablet dalam kalangan kanak-kanak tidak seharusnya melebihi dua jam sehari,” katanya kepada Bernama.
Masalah rabun meningkat
Menurutnya, satu kajian pada 2005 mendapati kadar rabun kanak-kanak berusia tujuh tahun adalah 9.8 peratus manakala bagi kanak-kanak berusia 15 tahun pula adalah 34.4 peratus
“…kajian ini dilakukan pada 2005 dan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak (ketika itu) masih rendah, kini statistik itu dijangka meningkat dengan penggunaan yang tidak terkawal. Ramai pesakit yang datang untuk rawatan penglihatan kabur mempunyai tabiat melihat skrin digital dengan lama,” jelasnya.
Mata cepat penat dan mudah pening
Tambah Dr Azura, selain myopia kanak-kanak turut terdedah dengan ketidakselesaan dan kekeringan mata (digital eye strain) akibat mata kurang berkelip kerana asyik melihat gajet.
“Selain itu, melihat skrin digital dengan dekat dan silau daripada skrin akan turut mengakibatkan digital eye strain. Gejala digital eye strain termasuklah mata rasa penat, pedih, berair, gatal, penglihatan kabur dan pening,” katanya.
Menurutnya, American Academy of Pediatrics mengesyorkan tiada gajet bagi kanak-kanak di bawah dua tahun, satu jam sehari bagi yang berumur tiga hingga lima tahun, satu sehingga satu setengah jam sehari bagi kanak-kanak enam hingga 10 tahun dan dua jam bagi kanak-kanak 11 hingga 13 tahun.
Katanya, syor tersebut boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa untuk mula mengawal waktu penggunaan anak-anak bermain gajet.
Kes yang sangat membimbangkan
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pengaruh gajet terhadap kehidupan harian kanak-kanak di negara ini membimbangkan dan satu tinjauan pendapat dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Lembah Klang mendapati 78.3 peratus ibu bapa membenarkan anak-anak memiliki gajet.
Seorang ibu, Nurul Aida Abd Razak, 35, berkata anak lelakinya Muhammad Fahmy Mohamed Fadzly, 9, mula memakai cermin mata akibat rabun jauh sejak berusia enam tahun kerana gemar melihat telefon bimbit dalam keadaan gelap pada waktu malam untuk menonton kartun dan bermain permainan video.
“Kuasa kanta cermin mata anak saya kini 250 untuk kedua-dua mata…dan sekarang saya hadkan penggunaan gajet kepada dia, hanya boleh guna pada hujung minggu iaitu dalam satu hingga dua jam sehari,” katanya.
Beliau turut menyarankan agar ibu bapa lain memantau dan mengawal penggunaan gajet anak mereka supaya kanak-kanak ini tidak berisiko berhadapan dengan masalah penglihatan seperti yang dihadapi anaknya.
Beri kesan negatif pada emosi dan mental anak
Sementara itu, pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, penggunaan gajet secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan negatif kepada proses perkembangan mental dan emosi mereka jika tidak ditangani dengan baik.
“Misalnya, jika tiada gajet, mereka yang agresif akan marah dan pamer tingkah laku seperti tendang pintu, hentak meja dan lain-lain manakala golongan kurang agresif akan pamerkan reaksi marah terpendam seperti merajuk, berdiam diri dan melarikan diri,” katanya.
Ketagihan gajet boleh diatasi
Mohamed Fadzil berkata, ibu bapa boleh memainkan peranan dalam isu penggunaan gajet dengan mengurus secara produktif dan konstruktif iaitu mengawalnya secara tegas serta berkesan.
Tambah beliau, ketagihan kanak-kanak dengan gajet boleh diatasi secara perlahan-lahan melalui pendedahan kepada aktiviti lain misalnya melukis.
“Kanak-kanak boleh diajar dengan teknik ‘switch’ atau alih tumpuan kepada perkara lain apabila mereka mula tumpu kepada gajet. Ibu bapa perlu cekap untuk kawal dan selia anak tatkala menggunakan atau berhadapan dengan gajet,” ujarnya. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja habis berpantang, ibu dan bayi ini terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika ingin pulang ke kampung.
Memetik laporan Kosmo! Online, kemalangan tersebut berlaku pada jam 6.30 petang telah mengorbankan bayi lelaki, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, dua bulan, dan neneknya, Noreha Mohamed, 53, akibat kecederaan pada bahagian badan dan kepala.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin,23, pula meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, kemalangan itu juga telah menyebabkan dua adik mangsa iaitu Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, masing-masing mengalami patah kaki kanan dan patah bahu kiri.
Baharudin Abdullah berkata, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Semat, Wakaf Bharu, Kelantan dari rumah Raja Nurhanani Nabila yang terletak di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, Pahang.
Namun, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu adik mangsa, Raja Haikal Najmi dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba lalu terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di tepi lebuh raya sebelum terbalik.
“Kesemua yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh anggota bomba,”ujarnya.
Tempat tukar lampin bayi adalah ruang khas yang disediakan demi keselesaan dan kebersihan si comel kita. Tapi bila ruang ini disalah guna apatah lagi digunakan untuk anjing peliharaan.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila tular satu foto memaparkan sepasang lelaki dan wanita menggunakan changing table di dalam tandas awam bukan untuk bayi… tapi untuk menukar lampin anjing peliharaan mereka!
Menerusi perkongsian seorang individu di platform Threads, foto mengejutkan itu memaparkan pasangan tersebut berada di dalam tandas wanita sambil meletakkan anjing mereka di atas meja penukar lampin — ruang yang direka khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak sahaja.
Lebih menyedihkan, pasangan itu dilihat sedang menyalin lampin anjing di atas permukaan meja tersebut, tanpa sebarang alas khas atau kesedaran tentang implikasi kebersihan. Aksi mereka sempat dirakam orang awam yang turut berada di lokasi tersebut.
“Tak faham langsung ke tempat tu untuk baby? Tu bukan tempat haiwan! Bodohnya tindakan macam ni.” – netizen marah di ruang komen.
Bukan itu sahaja, lelaki yang berada bersama wanita tersebut turut dikecam kerana masuk ke ruang tandas wanita tanpa rasa bersalah. Tindakan ini menambah lagi kemarahan ramai, khususnya golongan ibu yang sering menggunakan tandas ini untuk menukar lampin anak mereka.
Ibu-ibu memang tak boleh berkompromi bila bab kebersihan anak. Kalau dah tempat menukar lampin bayi digunakan untuk haiwan — bagaimana nak pastikan ruang itu bersih, selamat dan bebas bakteria untuk bayi kita?
Walaupun majoriti mengecam tindakan itu, masih ada segelintir individu yang mempertahankan pasangan berkenaan. Mereka berpendapat tempat menukar lampin itu boleh digunakan untuk haiwan peliharaan asalkan dibersihkan selepas digunakan.
Namun bagi kebanyakan ibu bapa, alasan itu tetap tidak dapat diterima.
“Anak saya pernah kena ruam sebab meja tukar lampin kotor! Bayangkan kalau tempat tu dah terkena najis anjing. Nauzubillah.” – luah seorang ibu prihatin.
Walaupun kejadian ini tidak dapat dipastikan lokasinya, tetapi ia membuka mata kita tentang pentingnya kesedaran sivik. Tempat awam perlu digunakan mengikut tujuan asal, terutama sekali kemudahan khas untuk bayi.
Pasangan ini mungkin menganggap ia remeh, tetapi bagi ibu ayah yang setiap hari mengurus bayi kecil, kebersihan dan keselamatan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!