Mungkin ramai yang fikir renyahnya nak bawa anak bersama melancong, tambahan pula kalau anak masih bayi. Tapi perkongsian 8 tips ibu ini menyangkal semuanya. Membawa bayi bersama tidaklah sukar, cuma perlu ada persediaan mental dan fizikal dari awal.
8 tips ini angat praktikal bagi ibu bapa yang merancang membawa bayi bersama melancong, tidak kira di dalam atau di luar negara. Puan Adi Sakinah Omar berkongsi tip-tip yang diaplikasikan ketika dia dan suami membawa si kecil mereka, Amir Yaaqub melancong ke merata tempat.
Berikut ialah perkongsian beliau;
#1: BAWA STROLLER YANG BOLEH DI BAWA KE KABIN PENERBANGAN
#2: GUNA BABY CARRIER
Ads
#3: SEWA KERETA, KALAU BOLEH ELAK KENDERAAN AWAM
#4: BAWA BERSAMA UBAT-UBATAN ASAS ANAK
Ads
#5: MAINAN KEGEMARAN SUPAYA LEKA DALAM PENERBANGAN
#6: SEDIAKAN SUSU/ PUTING SUSU
#7: TEMPAH HOTEL DENGAN KAWASAN YANG TIDAK TERPENCIL
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak kecil memang ada beberapa bilik yang kosong dan jarang-jarang dimasuki. Yang digunakan hanyalah bilik utama.
Jangan biarkan terlalu lama bilik-bilik tersebut tidak dibuka. Sentiasa kemas dan buka pintu serta tingkap supaya pengudaraan baik dan cahaya dapat memasuki bilik. Kalau boleh jadikan bilik tersebut tempat menggosok dan satu bilik lagi tempat anak bermain. Ikuti perkongsian ini.
Cerita ngeri siang hari. Cerita benar ya 😅
Kat dapur rumah saya. Ada bilik. Dulu tak guna. Tutup sahaja. Sampai satu malam tu mimpi. Lalu dapur dan ada orang duduk dalam bilik tu. Dalam mimpi tu nampak katil baju-baju org tu. Sy pun tegur, eh kemain duduk sini. Sape bagi?
Dia jawab sambil marah. “Dah takde sape duduk sini Aku nak duduk lah”
Lepas dia cakap gitu. Terus terbangun tidur. Esok nya bila lalu dapur mula meremang. Apehal pulak rasa gini. Terus teringat mimpi.
Mula-mula abaikan. Rasa perasaan je kot. Tapi naik seminggu rasa tak sedap. Tengah masak tiba-tiba rasa ada orang kat belakang. Panggil imam tengokkan. Memang ada benda menumpang 🤦♀️
Lepas kejadian tu panggil orang bersihkan bilik. Buat bilik mainan anak. Tak tutup pintu dah. Hari-hari buka mengaji dalam bilik tu. Bukan bilik tu je. Stor pun kemas habis. Hari-hari buka dan masuk. Takde ape nak buat kat stor pun buka juga. Vacuum atau sapu-sapu bilik.
Kesimpulannya. Jangan biarkan bilik kosong dlm rumah. Tak kisah lah letak apa pun situ. Tak dapat masuk hari-hari, dapat 2-3 hari sekali masuk bilik tu pun dah ok. Janji jangan biarkan hidup korang diselubungi misteri 👻
Cerita diatas adalah berdasarkan pengalaman benar saya.
Kredit: Puan Yuyu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak berlaku situasi, bila nak makan nasi, rupanya terlupa nak tekan periuk nasi. Masa tu terus gelabah sebab nak cepat dan ahli keluarga pun dah menunggu.
Jika keadaan ini berlaku lagi selepas ini atau pun ada tetamu datang mengejut, boleh cuba cara ini untuk jimatkan masa masak nasi.
Tak perlu dah kelam kabut, janji ada air panas. Perkongsian oleh saudara Najib ini boleh anda cuba dan ternyata boleh jimat separuh masa memasaknya.
Taktik Nasi Cepat Masak
Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit, guna taktik ni boleh jadi 5 minit.
Caranya gunakan air panas untuk memasak nasi. Simple je kan. Sekarang air panas mudah ambik je air coway, tuang dan sukat dalam periuk nasi macam biasa.
Tutup periuk tekan start. Jimat masa dan tak perlulah nak tunggu lama jika nak cepat.
Sukatan air macam guna air biasa juga. Cuma yang jadi persoalan bila guna air panas ni tak kan nak celup jari kan?
Ikut apa yang dikongsikan, guna je teknik ‘tenung’ jika dalam situasi ini sebab jika dah biasa masak nasi, tenung macam tu pun dah boleh agak air banyak mana.
Setiap kali dapat jemputan ke majlis atau kenduri, mak-mak yang ada anak kecil ni la yang paling dalam dilema sebab takut tak dapat nak kawal tingkah laku anak-anak. Salah langkah, buruk padahnya!
Situasi ini terjadi di sebuah majlis perkahwinan di mana beberapa dekorasi kayu untuk laluan pengantin tumbang gara-gara seorang kanak-kanak bergayut pada dekorasi itu.
Majlis perkahwinan yang berlangsung di hotel sekitar Kuala Lumpur pada 25 Ogos lalu menjadi kecoh seketika sebelum gambar terbabit dimuat naik dan tular di media sosial.
“Mujurlah pada waktu kejadian pengantin sudah melalui kawasan itu dan sudah berada atas pelamin”, kata perancang perkahwinan, Fauzi Manan.
Tambahnya, memuat naik gambar di media sosial sekadar untuk menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati dan tidak membiarkan anak mereka bermain berhampiran hiasan di majlis.
“Kalau kejadian macam ni dekat siapa kita tak minta ganti rugi? Confius confius! Last2 mesti salahkan decorator balik sebab buat tak kukuh, tapi kalau dah bergayut kat tali tu smpai prop tu boleh jatuh nak buat mcm mana? Nak pasang cerucuk besi ke kat bawah tu?” katanya yang terpaksa menanggung kerujian sebanyak RM4000.
Katanya lagi yang sembilan tahun berkecimpung dalam bidang ini, perkara sama pernah berlaku sebelum ini namun tidak seperti yang dialami baru-baru ini. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan.
Sebagai ibu bapa, anak-anak adalah tanggungjawab kita. tiada siapa yang selayaknya menegur dan mengawasi anak-anak selain diri kita sendiri. Pa&Ma kongsikan beberapa tip yang perlu diambil oleh ibu apa untuk mengatasi perkara sebegini berlaku.
1) suami isteri perlu bergilir jaga anak
Untuk pantau anak-anak, ibu atau bapa perlu sepakat. Bila seorang makan, lagi seorang jaga atau suap anak makan, dan sebaliknya. Barulah anak berada dalam kawalan ibu bapa dengan baik.
2) Ekori/pantau setiap langkah anak di majlis kenduri orang
Tengok apa dia nak buat. Apa yang boleh, apa yang tak boleh sentuh. Mana tempat dia boleh jejak, mana yang tak boleh. jangan awal-awal lagi melarang, kalau tidak lagi dia rasa nak buat benda tu. Ajar dan bagitahu betul-betul kat anak sampai anak tahu kat rumah orang dia tak boleh bebas macam kat rumah dia.
3) Kawal pemakanan anak
Apa sebab anak terlebih aktif? Apa jenis makanan yang kita dah suap kat anak-anak?
Aiskrim, kek, gula-gula, biskut, minuman bergas even air coklat/malt seawal usia 2 tahun atau lebih awal daripada tu lagi memang boleh bagi kesan pada behaviour anak-anak. Ibu ayah kena kentalkan hati bab nak bagi makan kat anak. Biarlah orang nak cakap apa. Cuba elak langsung dari bagi sugary foods. Ubah makanan manis kepada buah-buahan. Epal, oren, pear. Itupun dah cukup untuk keperluan gula dia.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.