Tanggungjawab sebagai bapa bukan mudah. Lagi-lagi membesarkan anak. Bagi pengacara My Doctors, Dr Say Shazril dia akui jika anak sakit, memang tak senang duduk.

Selepas bayinya disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru baru-baru ini, perasaannya hanya Allah yang tahu. Sebab itu sebagai bapa, Dr Say rasa bertanggungjawab untuk berkongsi kepentingan mengambil vaksin tambahan untuk bayi.

Tak Rugi Ambil Vaksin Pneumococcal. Lagi Kasihan Kalau Tengok Anak Kena Warded

Menurut Dr. Say, vaksin tambahan seperti Pneumococcal dan Rotavirus perlu untuk bayi terutama anaknya yang baharu sahaja terkena jangkitan kuman di paru-paru, bagi mengelak dari jatuh sakit.

“Lepas apa yang berlaku kepada baby saya baru-baru ini (jangkitan kuman di paru-paru). Saya dan bini decide its best Ace ambil optional vaccine terutamanya Pneumococcal kerana kuman nowadays makin ketegaq. Maka here we are having our Pneumococcal + Rotavirus + compulsory vaccines.

“Mesti ada yang tertanya-tanya ‘Tak apa ke doc cucuk banyak-banyak vaccine tu dalam satu masa? Sebab pergi klinik ada yang kata kene tunggu sebulan untuk dapatkan vaccine seterusnya’. Jawapanny IT’S OKAY dan saya dah confirm kan dengan pakar kanak-kanak Datin Dr Asmiati ni, cumanya satu tu cucuk kat peha kanan, satu lagi cucuk kat peha kiri.

IKLAN

“Mungkin ada pula yang concern ‘tak kasihan ke doctor kena cucuk banyak-banyak satu hari?’. Jawapan saya, lagi kasihan kalau baby kita kena cucuk almost hari-hari sekiranya dia di warded sebab tangisan dan jeritan dia each time kena ambil darah hari tu buat saya cukup sayu tapi saya faham itu semua perlu,” tulisnya.

Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Topik : Perlu Ke Optional Vaccine? . Lepas ape yg berlaku kpd baby sy baru2 ni (jangkitan kuman di paru2) sy & bini decide its best Ace amik optional vaccine terutamanya Pneumococcal cz kuman nowadays makin ketegaq. Maka here we r having our Pneumococcal + Rotavirus + compulsory vaccines kat @andorrahospitalofficial. . Mesti ade yg tertanye2 "Xpe ke doc cucuk bnyk2 vaccine tu dlm satu masa? Sb pergi klinik ade yg kata kne tunggu sebulan tuk dptkan vaccine seterusnya". Jawapanny IT'S OKAY & sy dh konfemkan ngn pakar kanak2 Datin Dr Asmiati ni, cumanya satu tu cucuk kt peha kanan, satu lg cucuk kt peha kiri. Mungkin ade pula yg concern "Xkesian ke doc kne cucuk bnyk2 satu hari?". Jawapan sy, lagi kesian kalau baby kita kena cucuk almost hari2 sekiranya dia di warded sb tangisan & jeritan dia each time kena ambil darah aritu buat sy cukup sayu tp sy faham itu semua perlu. . Kesimpulannya mmg xwajib amik vaccine optional ni sb namanya pun optional (pilihan). Tp kalau anak anda sering batuk selsema atau anak anda dijaga pengasuh/daycare ape salahnya anda HARUSKAN yg optional itu untuk kebaikan dia & kebahagiaan anda juga sb teramat menyedihkan melihat yg tersyg kita sakit. Dan sebelum ampa tanya brapa harga optional vaccine kt Andorra ni ampa bley ja call depa truih di 03-89661133. Nak compare harga pn silakan. Ingat peeps PREVENTION IS ALWAYS BETTER THAN CURE.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

IKLAN

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto anaknya dan isteri, Dr. Azura Abas bersama doktor yang bertanggungjawab memberikan vaksin tersebut kepada anaknya.

Bagaimanapun, Dr. Say membuat kesimpulan sebenarnya vaksin tambahan tersebut hanya pilihan sahaja dan bergantung kepada keperluan setiap bayi.

IKLAN

“Kesimpulannya memang tak wajib ambil vaccine optional ni sebab namanya pun optional (pilihan). Tapi kalau anak anda sering batuk selsema atau anak anda dijaga pengasuh / daycare ape salahnya anda HARUSKAN yang optional itu untuk kebaikan dia dan kebahagiaan anda juga sebab teramat menyedihkan melihat yang tersayang kita sakit,” jelasnya lagi.

Tak Rugi Ambil Vaksin Pneumococcal. Lagi Kasihan Kalau Tengok Anak Kena Warded

Perkongsian tersebut dipersetujui oleh ibu bapa kerana ramai menganggap sekarang persekitaran untuk anak-anak dah tak selamat.

Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu.

Sumber: ig Dr Say Shazril

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI