Aktres, Datin Elvina Mohamad berkongsi berita gembira dengan mengumumkan kehamilan cahaya mata kedua melalui sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik sekeping gambar ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama keluarga kecilnya.
“Kami tak sabar untuk berjumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua). Karl (anak pertama) akan menjadi abang,” tulisnya.
Gambar berkenaan memaparkan suaminya Datuk Haniff Borhan dan anak mereka, Karl Mateen memegang bahagian perut pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu yang menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut meluahkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah selain mendoakan Elvina dipermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah tahniah!
Ads
Seri ibu mengandung
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Ads
Untuk rekod, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan putera sulung tersebut yang kini berusia empat tahun.
Tak Selesa! Itu perkongsian pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang meluahkan rasa ketidakselesaannya apabila perutnya yang semakin sarat disentuh oleh segelintir individu ketika bertemu dan bergambar.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ayda yang kini hamil tujuh bulan mengakui rasa kurang senang malah dirinya kini menjadi terlalu sensitif dengan perkara itu namun masih menghormati peminat yang mahu bergambar dengannya malah sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Ibu selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut?
“Saya minta maaf, saya okay je kalau nak swafoto pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa, tapi tengah mengandung ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut kita,” tulisnya.
Bahkan kata Ayda lagi, dia tidak tergamak untuk menegur peminat yang mahu bergambar dengannya namun mengakui agak sensitif dengan perkara itu ketika hamil anak kedua ini.
“Nak tegur, tapi tak terkeluar pulak kata. Faham kadang-kadang acik teruja.
“Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan bayi. Sudah memadai.
“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis camni je dulu bayi dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak’ saya muka dah petak,” katanya.
Melalui entri yang sama juga, Ayda turut bertanyakan kepada pengikutnya mengenai hal itu sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan.
Rata-rata pengikut penyanyi kesayangan ramai ini turut bersependapat dengan Ayda serta menasihati penyanyi itu supaya lebih berhati-hati.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga bersama pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Mengidam atau teringin makan sesuatu yang manis kerap berlaku, tidak terhad kepada wanita hamil sahaja, orang yang tidak hamil juga boleh mengalaminya. Tapi bagi ibu hamil, berhati-hati dan kawal pengambilan makanan manis sangat penting. Lebih-lebih lagi yang mengalami gestationaldiabetes mellitus (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.
Gula dalam darah atau glukos dikawal oleh sejenis hormon yang dinamakan insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin.
Keadaan ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Inilah yang dikenali sebagai gestationaldiabetes mellitus (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.
Bagaimana pula bagi wanita yang hamil mengidamkan makanan manis walhal beliau mengalami GDM? Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban hal tersebut bukan mengidam sebaliknya ketagihan kepada gula.
Ketagihan gula atau menginginkan makanan yang manis berlaku di dalam individu yang hamil dan juga bukan hamil. Jika disekat gula daripada diet mereka, pasti akan berlaku perasaan murung atau marah. Malah ada yang moody dan tidak sedap badan.
Jika anda mengalami masalah ini, anda perlu jalani ujian untuk kencing manis SEBELUM hamil. Jika terbukti mengalami masalah kencing manis, tahap glukos dalam darah MESTI dikawal sebelum hamil kerana boleh menimbulkan pelbagai kemudaratan kepada bayi.
Penggunaan bahan pemanis sebagai pengganti gula misalnya aspartame, dibenarkan ketika hamil ( kecuali dalam wanita yang mengalami masalah phenylketonuria). Kadang kala aspartame boleh menyebabkan sakit kepala dan migran. Oleh itu ia perlu digunakan secara sederhana dan berhati-hati.
Beberapa perubahan kehidupan sehari-harian juga boleh membantu wanita gestational diabetes untuk mengawal selera pemakanan. Di antaranya adalah:
#1 Bawa bekalan makanan ketika keluar bekerja.
#2 Elakkan makan makanan di luar supaya boleh kawal portion dan kandungan gula/ karbohidrat.
#3 Bekalan makanan hendaklah makanan yang sesuai dengan selera anda supaya anda boleh meneruskan corak pemakanan tersebut dengan berterusan.
#4 Makan dengan rakan-rakan yang mengamalkan pemakanan seimbang. Jika kita dikelilingi oleh rakan-rakan yang makan makanan berkalori tinggi, anda akan mudah “terjebak” sama.
#5 Jangan seksa diri sendiri dengan melihat buku-buku resipi atau blog masakan atau rancangan makanan/masakan. Ia membuatkan anda nak makan dan mencuba makanan yang dilihat!
#6 Pilihlah untuk berjalan kaki, aktiviti fizikal yang ringan seperti bersiar-siar di luar rumah untuk mengawal paras gula dalam darah.
Terdapat banyak artikel dan buku mengenai jenis makanan yang sesuai untuk gestational diabetes TETAPI nasihat yang terbaik untuk anda yang mengalami masalah ini adalah untuk berjumpa, berbincang dan berbual dengan pakar dietetik di klinik atau hospital berdekatan.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita lebih sensitif semasa sedang hamil. Ini kerana, perubahan dalam hormon mereka membuatkan mereka kadangkala berkelakuan tidak rasional. Semasa hamil, ibu perlu menanggung kesakitan, kerap berjumpa doktor, dan juga sering keletihan. Justeru itu, sebagai suami, anda perlu menunjukkan sokongan anda kepada pasangan.
Bercakap dengan isteri anda tentang keinginannya semasa bersalin nanti. Anda perlu melakukannya sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa isteri yang hamil ini adalah lebih sensitif dan emosi kerana mereka perlu menangung pelbagai kerisauan dan ketakutan untuk menghadapi hari bersalin mereka. Biarkan isteri anda berkongsi dan bercerita tentang perasaan dan kegusaran mereka kepada anda.
Menemani isteri ke kelas kelahiran
Pergi ke kelas antenatal bersama isteri dengan pandangan terbuka. Anda akan mendapat informasi asas dan padu tentang proses bersalin. Jika anda bersama-sama dengan isteri semasa kelas tersebut, anda boleh belajar untuk membantu isteri anda menyelesaikan masalahnya.
Buat perancangan masa depan bersama
Ibu hamil mempunyai banyak benda yang perlu mereka lakukan, seperti memilih nama bayi, membeli pakaian bayi, menyiapkan tempat tidur bayi dan peralatan tidur, perabot, serta banyak lagi. Jadi, bantu isteri anda melaksanakan tugasan ini. Terutamanya, dalam mencari nama bayi perlulah menggunakan pendapat anda juga.
Temani isteri berjumpa doktor, atau sekurang-kurangnya mengambil tahu tentang kunjungan isteri ke klinik
Jika boleh, temani isteri anda dalam temu janjinya berjumpa doktor. Semasa kunjungan tersebut, anda berpeluang mendengar denyutan jantung bayi atau melihat imbasan ultra bunyi pada usia kandungan 20 minggu. Ini bukan sahaja akan menimbulkan perasaan bertanggungjawab anda untuk menerima kehadiran bayi baru dalam keluarga, tetapi juga cara ini dapat menunjukkan sokongan emosi anda terhadap isteri. Jika anda terlampau sibuk dan tidak dapat menemaninya, ambil berat akan jadualnya ke klinik dan bertanyakan tentang perkembangannya dan kandungan.
Memahami simptom mengidam isteri
Jangan terkejut jika anda lihat kadangkala isteri hendakkan sesuatu makanan, dan ada hari dia tidak mahu makanan tersebut. Jangan marah kepadanya, sebaliknya anda boleh bertanyakan mengapa keinginannya berubah-ubah. Cuba untuk faham perangai mengidam isteri. Walau bagaimanapun, jangan paksa isteri untuk makan makanan yang tidak disukai kerana boleh membuatkannya bertambah sakit.
Semasa awal proses bersalin, isteri anda masih mampu untuk duduk dan berborak-borak dengan anda. Namun, ketika sudah tiba masa bersalin, anda akan lihat isteri anda mengerang dan merintih. Dia juga mungkin akan menjerit dan mahu menanggalkan pakaiannya yang tidak menyelesakannya. Tidak mustahil juga dia mahu mendengar muzik ataupun ingin senyap-sunyi sahaja.
Isteri anda mungkin mahu anda memegang tangannya ataupun memeluknya – atau mungkin juga meminta anda meninggalkannya bersendirian. Ketika ini, usahlah anda mengambil hati akan kata-kata isteri yang sedang menanggung kesakitan untuk melahirkan anak anda. Sebaik sahaja bayi anda lahir, isteri anda akan ‘kembali’ seperti asal.
Sumber: Hello Health
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!