Apabila hidup berumah tangga, apa yang berlaku pada pasangan, masing-masing kena ambil tahu. Ibaratnya orang kata susah dan senang mesti bersama. Tiada lagi istilah ‘aku kau’ yang boleh menyebabkan salah seorangnya akan makan hati.
Begitu juga bila isteri yang bertanya salah ke buka HP suami?
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Hassan, dia mempunyai pendapat tersendiri sebagai seorang suami.
Secara peribadi ia tidak salah. Kita suami isteri ini tiada apa nak berahsia. Mungkin ada yang berkata. Alah lantak dialah, takda masa nak tengok HP suami lah.
Namun sebagai suami isteri jika dalam HP itu ada perkara yang tidak elok, berwhatsapp bukan-bukan. Itulah tanggungjawab kita untuk menegur dan mencegah.
Ads
Jika terlalu banyak berahsia, sampai masanya nanti ia akan jadi ‘barah’ dalam rumah tangga.
Terlalu menjaga privacy sehinggakan rahsia kita itu orang luar lebih tahu dari pasangan kita.
Ads
Kita suami isteri ini saling melengkapi, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. Tiada apa yang nak berahsia. Melainkan ia suatu keaiban lampau. Itu tidak perlulah diceritakan.
Terlalu banyak berahsia juga akan menjejaskan komunikasi suami isteri. Buatkan pasangan rasa kurang dipercayai.
Jadi ada eloknya juga jika isteri semak apa yang ada dalam HP suami. Tahu password HP suami. Tidaklah nanti jika suami mati sampai ke sudah tak boleh nak buka HP. Masalah juga kan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara normal jika si ibu suka berbelanja dan berhabis semata-mata untuk membeli pakaian baru untuk anak. Kadang-kadang dibeli dan tak sempat dipakai pun, anak sudah membesar. Akibatnya baju itu sudah tidak muat dipakai anak. Bukankah membazir namanya tu?
Itulah yang dikongsikan oleh selebriti, Salima Habibi, tentang tabiat mengumpul baju anak sehingga berlebihan di rumah. Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Salima mengatakan sesungguhnya lebih baik barangan berlebihan itu dijual, disedekahkan atau dibuang (jika sudah rosak).
Keterikatan dengan dunia yg adakala kita terlepas pandang tapi penat nak menjawab di akhirat kalau tidak bertindak sekarang. .
Mari kita muhasabah sama sama. .
Sekadar berkongsi, mcm baju anak2, bila dh tak muat jer sal akn keluarkn dan asingkn dr dlm almari, masukkan dlm bag plastik atau paper bag. Mana boleh bg kawan2, bg kawan2, mana boleh bg saudara mara, sal akn pass pd mak sal. .
Sentimental value? Rasulullah saw adalah insan yg paling berakhlak mulia seluruh alam, ‘touch’ yg paling mahal drpd baginda adalah doa baginda utk ummatnya yakni kita, itu yg kekal hingga skrg…boleh la kalau nak simpan sehelai dua… tp kalau 50 helai baju simpan utk sentimental value dah tak kene tu hehe… .
Tp utk yg rajin beranak, simpan lah baju baby yg bleh guna utk mana2 jantina tu, sbb bkn semua org ada kelebihan utk asik beli baru kan… .
Mcm baju rayyan dlu ada jugak yg sal simpan n asmaa’ pakai time baby, skrg baju2 tu semua dh let go… alhamdulillah
.
Bukan baju anak2 je, baju2 kita baju suami, handbag kasut segala bagai, pinggan mangkuk, buku2 dan segala galanya…yang kita pakai hari hari pun Allah akn tanya, yang tak guna pun Allah tanya. .
Moga Allah selamatkan kita dari terkena walaupun bahang api neraka
Betul juga apa yang dikatakan oleh Salima ni, takkanlah kita nak membazir. Beli-beli tak dipakai, sudahnya sampai berhabuk berkulapuk terbiar dalam almari. Bukankah lebih elok, kalau keadaan baju tu masih cantik, berilah kepada golongan yang memerlukan.
Kadang-kadang tu, baju berjenama mahal dibeli. Sudahnya tak dipakai sebab terlupa pernah beli, maklumlah baju banyak sangat. Elokla kalau kita dapat mengubah tabiat itu. Jom, sama-sama berubah!
Panggil atau jerit pun tak dengar, mama pun serta-merta jadi marah. Apakah tidak cukup kuat suara mama ini?
Rupanya si kecil mempunyai mempunyai satu kaedah mendengar dipangggil selective hearing. Ia memilih apa yang ingin didengarnya. Bukan sebab dia buat-buat tidak dengar atau suara ibu tidak kuat!
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini diharapkan dapat membantu ibu daripada stres dan memahami keadaan anak dengan lebih baik. Rupa-rupanya ada sebab anak bertindak sebegitu, salah satunya ibu terlalu banyak cakap. Oops…
Ramai ibu-ibu mengalaminya
Fahami selective hearing boleh buat ibu bapa lebih faham. Bukan anak tak hormat.
Mula-mula ingat tak normal, tapi bila buat pembacaan ia adalah sesuatu yang biasa bagi kanak-kanak. Tak boleh biarkan, kena didik supaya tak terbiasa.
Punca Anak Selective Hearing
#1: Anak Letih
#2: Ada sesuatu lebih menarik
#3: Ibu/ ayah bercakap sambil membuat perkara lain/ tidak fokus kepada anak
#4: Terlalu banyak bercakap, anak tidak dapat memproses maklumat
Suami yang hebat di mata isteri adalah yang sentiasa ringan tulang membantu, tak berkira dan sentiasa memahami. Begitu juga dalam bab menguruskan anak, suami tahu apa yang nak dilakukannya. Bukan itu je, dalam bab isteri berpantang pula, suami tetap boleh uruskan dengan baik.
Jarang kita dengar suami yang sanggup jaga isteri dalam pantang. Selalunya isteri ‘dipos’ ke kampung. Alasannya suami tidak pandai. Masa anak pertama mungkin alasan ini bolehlah diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang.
Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa.
Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang. Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Kepada encik suami, ikuti panduan ini. Tak susah pun jaga isteri dalam pantang syaratnya kena ikhlas, sabar dan gigih.
Panduan Jaga Isteri Berpantang:
1. Mandikan Bayi
Dalam pantang kalau nak isteri berehat sepenuhnya suami kenalah belajar mandikan anak. Minta panduan daripada emak atau orang yang lebih tua. Kalau nak mudah, mandikan baby di dalam tub. Gunakan set mandian bayi jangan main bantai ja. Kena ingat ye kulit baby sensitif. Lepas mandikan baby, urut perut baby dengan minyak telon supaya perut baby tak kembung. Sapukan minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan baby.
2. Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri
Jika mampu sepanjang 44 hari, sediakan air herba untuk mandian isteri. Sekurang-kurangnya bagi isteri mandi air herba selama tujuh hari. Air rebusan herba ini membantu menghangatkan tubuh isteri, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
3. Cari Tukang Urut
Sediakan tukang urut untuk isteri. Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri dah boleh urut badan. Tapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Hanya urut badan ye jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
4. Masak Menu Pantang
Masa isteri hamil, suami dah boleh cuba memasak menu dalam pantang. Google je resipi dalam pantang dan ikuti langkah mudah memasak. Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pasti kan isteri diberi makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Tak sesuai untuk wanita lepas bersalin. Menu yang paling senang masak sayur sawi, ulam pegaga, ikan bakar atau sup ayam.
5. Jangan Lupa Tungku & Bengkung Isteri
Lepas isteri diurut, bengkung isteri. Jangan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Bagi isteri yang bersalin normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku. Lapik tungku dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Daun kunyit boleh dibeli di kedai runcit atau di pasar tani.
6. Bagi Isteri Makan Jamu
Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri atau ibu mentua agar memilih produk yang tepat. Pasti kan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
7. Beli Ubat Lembutkan Najis
Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
8. Pastikan Isteri Cukup Rehat & Bagi Sokongan Moral
Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.