Menjadi impian setiap pasangan berkahwin untuk mempunyai zuriat sendiri, tapi kalau sudah ketentuan Yang Maha Esa, siapa kita untuk mempersoalkannya. Yang penting antara pasangan itu sendiri saling memahami dan tidak menyalahkan antara satu sama lain. Sentiasa memberi semangat selain berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.
8 Tahun Kahwin, Belum Ada Rezeki Anak
Adik aku, Ahmad Salleh. 8 tahun kahwin, namun tidak diberi rezeki anak.
Orang bertanya, orang mengata, orang menyindir, dia senyum saja. Dalam hati tiada siapa yang tahu apa dia rasa.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-sayang-anak-ketat…/
Pasti sedih, pasti sebak, pasti rasa kecewa, pasti menaruh harapan yang tebal untuk memiliki zuriat sendiri. Bermacam usaha dilakukan, namun Tuhan belum mengirim satu nyawa hadir dalam rahim isterinya.
Redha dan sabar pasangan ini sungguh kuat. Tidak menyalahkan antara satu sesama, dan anggap itu ujian Tuhan. Saling memberi semangat sesama mereka. Usaha dan doa tidak pernah ditinggalkan.
Anak Saudara Tempat Bermanja
Anak-anak saudara tempat dia lepaskan perasaan kasih pada anak-anak kecil. Semua anak-anak saudara dia, dia kasih sungguh. Semua anak-anak sayang.
Ads
Anak-anak aku sendiri, kalau dia datang rumah atau aku balik kampung, tak nak dah dengan aku. Nak pergi dengan Ayah Mad dia. Tak pandang dah ibu dan ayah bila Ayah Mad ada.
Hari berganti hari, bulan berlalu, tahun bersilih ganti. Berkat kesabaran dan doa, tahun lepas Allah kirim berita gembira.
Allah Kirimkan Zuriat Pertama
Ada satu nyawa sedang hidup dalam rahim isterinya. Gembira bukan kepalang. Penantian 8 tahun lamanya dengan telan pelbagai kata nista, pelbagai ujian jiwa.
Kelmarin, seorang anak kecil yang menumpang nyawa dalam rahim isterinya selamat dilahirkan. Syukur ibu dan anak dua-dua sihat.
Ads
Sesungguhnya Allah pasti akan mengabulkan semua doa pada masa yang tepat.
Tahniah Ahmad dan Mieza. Penantian lebih 8 tahun lama akhirnya Allah kirim berita gembira.
Selamat berpantang buat keduanya. Jaga anak elok-elok. Anak merupakan harta paling bernilai dalam hidup.
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa.
Ibu mangsa, Nor Azira Abd Halim, 36, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak bongsu dua beradik itu ketika sedang bekerja.
Menurutnya, mangsa, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi telah mengikuti pembelajaran di tadika terbabit sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.
Katanya, setiap hari, dia menghantar anaknya ke tadika namun disebabkan dia bekerja di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu, dia meminta guru terbabit mengambil anaknya di rumah di Taman Ria.
Pada hari lain pula dia bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk menguruskan anak sulungnya, Nurhana Sakinah Mohd Hafizi, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Ria di Sungai Petani.
“Sebelum keluar bekerja lepas Subuh semalam, saya tengok Muhammad Harraz Aryan masih tidur dan kebiasaannya disiapkan nenek untuk ke tadika.
“Sebelum ini, petugas tadika menjemput anak setiap pagi tetapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan, hanya Selasa dan Rabu sahaja, selebihnya saya hantar kerana bekerja pada hari tertentu sahaja,”jelasnya.
Harraz seorang yang ceria di rumah namun agak pendiam apabila berada di sekolah. Mungkin kerana takutkan guru.
Menurutnya, mangsa diletakkan di tempat duduk penumpang belakang manakala seorang kanak-kanak lima tahun berada di tempat duduk penumpang hadapan.
“Mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang bahagian kiri. Apabila sampai di tadika, seorang petugas lain telah mengambil kanak-kanak lima tahun bagi memulakan sesi pembelajaran.
“Pengetua terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta,”katanya.
Mangsa berada dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan antara jam 8 hingga 12.15 tengah hari. Ketika pengetua mahu hantar semula mangsa ke rumah, dapati mangsa tiada dalam kelas dan guru kelas memberitahu kepada pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah. Pengetua terus menuju ke arah kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan tadika dan dapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran.
“Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap. Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika,”
“Ketika kejadian, saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan pada jam 12.25 tengah hari. Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan tapi guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri.”
Nor Azira berkata, dia bergegas pulang ke Sungai Petani namun tidak tahu apa yang berlaku kepada anaknya. Katanya, dia sempat menghubungi suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di kem Sungai Petani dengan harapan suaminya akan cepat sampai untuk melihat keadaan arwah.
“Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan. Namun, suami menghubungi saya dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami,” katanya.
“Cuma saya tak tau anak saya meninggal waktu bila sebab dia berada dalam kereta itu sejak 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari. Tak nampak langsung perubahan pada arwah dan merengek tu biasalah,” katanya.
“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah, semuanya bergantung kepada hasil bedah siasat yang dijalankan”
Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Rabu. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Sungai Petani selepas selesai bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil maklumat awal, mangsa dan seorang kanak-kanak lain telah diambil oleh pengetua tadika pada jam 7.45 pagi. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri yang diamalkan. Begitu juga dengan Chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob yang ada caranya sendiri dalam mendisiplinkan anak-anaknya.
Dalam hantaran terbarunya di laman Instagram miliknya, Dato’ Fazley berkongsi cara bagaimana dia memberi pilihan buat anaknya yang membuat kesalahan.
Menerusi entri tersebut, anak ketiganya diberi dua pilihan kerana melakukan kesalahan. Bapa kepada empat orang anak itu telah mengenakan ‘denda’ dengan cara yang unik tetapi amat bermanfaat iaitu dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 30 kali tanpa henti.
Jelasnya itu merupakan prinsip yang dipraktikkan dalam membesarkan anak-anak. hukuman perlu ada supaya anak-anak sedar kesilapan mereka.
Namun selepas didenda atau dihukum, Fazley biasanya akan memeluk dan mencium anak-anaknya supaya mereka tidak merajuk dan menyimpan dendam.
Ramai juga tanya saya adakah saya seorang ayah yang garang, jawapannya ada dalam video ini. Anak ke-3 saya @fierudzfazley ada buat beberapa kesalahan hari ni. Saya beri dia pilihan:
A) Nak kena rotan dengan talipinggang, ATAU
B) Baca alfatehah tanpa henti selama 30 kali
Prinsip saya di dalam membesarkan anak2, yang salah tetap salah dan perlu ada hukumannya supaya mereka sedar akan kesilapan mereka. Namun selepas menerima denda atau hukuman, saya akan terus memeluk dan cium mereka supaya mereka tidak merajuk lama dan menyimpan dendam
Dato’ Fazley mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene Soraya pada tahun 2006. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Salma.
Apa yang dilakukan oleh Dato’ Fazley untuk mendisiplinkan anak-anak itu ada betulnya. Yang salah tetap salah dan perlu dihukum agar mereka tahu apa yang dilakukan tidak betul. Kaedah ini mungkin boleh dicuba oleh ibu ayah lain, InsyaAllah untuk kebaikan anak-anak itu sendiri.
Sumber: Media Hiburan & IG Dato’ Fazley Yaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilihat pada fizikal kanak-kanak perempuan ini, tidak sangka usianya sudah mencecah enam tahun. Tubuhnya genit, umpama baharu saha berumur dua atau tiga tahun. Pada usianya itu, berat Laila Az Zahra Mohd Ramdi Hafiz hanyalah 10kg dengan ketinggian tidak sampai pun 100sm. Kisah Rokiah Deraman, 36, telah dikongsikan Pa&Ma tidak lama dahulu.
Kali ini kami mendekati pasangan dua beranak ini untuk cerita lebih lanjut. Sesungguhnya Laila adalah kurniaan terindah dari Allah SWT buat Rokiah dan suaminya. Selepas melahirkan Laila, rahimnya terpaksa dibuang. Kini mereka bertiga sekeluarga hidup bahagia dan saling menjadi penguat antara satu sama lain.
Ikuti sesi temu ramah Pa&Ma bersama Rokiah yang menceritakan detik cemas ketika melahirkan anaknya itu. Sejurus dilahirkan, Laila terus dibawa ke NICU manakala Rokiah pula terpaksa menjalani pembedahan kedua selepas caesarean. Ternyata, kedua-dua ibu dan anak ini mempunyai semangat juang yang tinggi.
Alami Pendarahan Pada Awal Kehamilan
“Ketika saya mengandungkan Laila, tak ada masalah. Cuma pada awalnya tu ada pendarahan kerana saya pun tidak tahu saya sedang hamil. Saya berjumpa doktor kerana khuatir ada fibroid atau cyst. Bila doktor buat imbasan, rupa-rupanya saya sedang hamil,” cerita Rokiah.
Memandangkan keadaan rahimnya lemah dan mempunyai kemungkinan untuk gugur, doktor menyarankan Rokiah untuk mengambil ubat. Selama dua minggu pertama selepas menegtahui dirinya hamil, Rokiah terpaksa disuntik dan makan ubat penguat rahim. Sepanjang tiga bulan hamil, Rokiah dinasihatkan untuk banyak berehat.
Ketika usia kandungannya empat dan lima bulan, perkembangan Rokiah sangat baik. Perutnya juga membesar seperti yang sepatutnya. Rokiah menjalani pemeriksaan bulanan di Shah Alam, jadi bila dia pulang ke kampung untuk mengundi pada tahun 2013, rekodnya dirujuk ke klinik daerah di kampung Rokiah.
Balik Kampung Untuk Mengundi, Tak Sangka Terus Bersalin
“Kalau tidak salah saya, tarikh mengundi tahun itu adalah pada lima atau enam haribulan Mei. Laila pula saya lahirkan pada 8 Mei 2013. Kandungan saya baharu mencecah lapan bulan ketika itu. Tak sangka langsung akan bersalin. Memang ada perancangan mahu bersalin di Kelantan, jadi waktu itu kes kehamilan saya memang dah dirujuk ke salah sebuah klinik daerah di sana,” tambah Rokiah menceritakan detik-detik dia melahirkan Laila.
Kata Rokiah lagi, sepanjang pemeriksaan bulanannya di klinik sebelum ini, dia tidak pernah diminta untuk minum air gula. Mungkin kerana kandungannya tidak bermasalah dan berat juga tidak naik drastik, dia tidak perlu minum air gula. Apabila dia ke klinik daerah di kampungnya, dia diminta untuk membuat ujian glukosa pada usia kandungan lapan bulan.
Selepas tamat tempoh dua jam, darahnya diambil dan kemudian diminta berjumpa doktor. Tujuaannya ketika itu hanyalah untuk membuat imbasan biasa seperti yang selalu dilakukan kepada ibu hamil. “Pada waktu itulah doktor di klinik daerah mengesan ada sesuatu yang tidak kena. Menurut imbasannya, dia lihat seperti ada ketumbuhan dalam kandungan. Terperanjat doktor bila dia periksa bacaan air ketuban saya, indeksnya tinggal satu sahaja. Terus kes saya ditolak ke hospital. Sehelai sepinggang saya dibawa naik ambulans untuk menjalani pembedahan kecemasan,” kata Rokiah lagi.
Selepas dibawa ke hospital, Rokiah terus dibedah untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya. Jika mengikut tarikh jangkaan bersalin adalah pada 11 Jun 2013. Ketika dilahirkan, berat Laila hanyalah 1.6kg. Untuk menstabilkan keadaannya, Laila terus dihantar ke NICU. Rokiah tidak berpeluang untuk menatap wajah Laila langsung.
Tibalah waktunya untuk mengeluarkan uri, doktor dapati ia melekat pada dinding rahim Rokiah. “Saya masih mamai ketika itu, doktor maklumkan saya harus menjalani pembedahan membuang rahim. Saya tak boleh fikir apa pun, cuma terdetik jugalah waktu itu, apalah dosa saya sehingga diuji sebegini berat.
Doktor harus dapatkan keizinan suami untuk menjalankan pembedahan ini. Waktu itu dia sedang memandu untuk ke hospital. Sempat dia bertanya risikonya jika saya tidak dibedah. Kata doktor, kemungkinan saya akan meninggal dunia kerana saya mengalami pendarahan yang teruk.
Pun begitu, suami sangat kuat. Dia katakan kepada saya, tidak mengapalah jika rahim terpaksa dibuang. Sekurang-kurangnya saya dan anak selamat. Bayangkan jika Laila ‘pergi’, macam mana dengan nasib saya yang tidak boleh hamil lagi? Alhamdulillah, walaupun rahim dibuang, Allah SWT berikan juga peluang untuk saya menjadi seorang ibu,” cerita Rokiah.
Disahkan Menghidap Silver Rusell Syndrome
Apabila suaminya sudah membenarkan, doktor segera menjalankan pembedahan membuang rahim dan pemindahan darah ke atas Rokiah dengan segera. Menurut doktor, berat badan Laila menurun ke 1.4kg dan dalam tempoh 19 hari ia naik semula ke berat asalnya. memang normal anak pra matang mengecut, tetapi mereka akan segera naik berat badan semula.
Berbeza dengan Laila, perkembangannya sangat lambat dan ketika itu doktor merasakan Laila menghidap Silver Rusell Syndrome. Memandangkan pada awalnya mereka mengesyaki Laila menghidap Edward Syndrome, mereka mengambil sampel kromosom untuk dihantar ke Hospital USM dan keputusannya negatif. Doktor terus menggugurkan Laila dari kes tersebut.
“Pakar kanak-kanak mengesahkan Laila dengan sindrom ini yang dikatakan sangat jarang berlaku dan bukan disebabkan genetik. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bahkan nisbahnya 500, 000 : 1. Memang rare sangat kes Laila ni.
“Saya ingat lagi, ketika bawa pulang Laila ke rumah emak saya untuk berpantang, anak saudara saya panggil Laila alien. Yalah, tubuh dia kecil dan kepalanya besar. Saya tak salahkan dia, sebab dia pu masih kecil. Tapi teruk jugalah abang saya (ayahnya) marahkan anak dia,” kata Rokiah mengimbau kenangan ketika Laila baharu lahir.
Laila Sama Seperti Kanak-Kanak Normal
“Saya bersyukur kerana Laila membesar dengan sihat walaupun lambat. Dia minum susu sehingga sekarang dan sukakan sayur terutamanya ulam-ulaman. Ulam pegaga, salad dan kacang botol menjadi kegemarannya. Dicicah pula dengan budu dan makan dengan nasi putih. Dia agak lambat berjalan, pada usia dua tahun baharu ‘dapat kaki’. Pada usianya tiga ke empat bulan, dia harus berjumpa pakar di Hospital Serdang. Mereka banyak membantu Laila. Sehingga sekarang, setiap enam bulan dia ada temu janji bersama pakar di sana dan kami tidak pernah skip sebarang appointment.
Saya bersyukur perkembangan pembelajarannya sama seperti anak-anak normal. Dia sudah boleh membaca dan membuat aktiviti seperti kawan-kawan lain di sekolah. Mereka juga banyak bantu Laila dan tidak pernah mengejek anak saya. Guru-guru di sekolah pun sangat baik. Tiada lain yang saya harapkan, cuma mahu dia membesar dengan baik dan menjalani kehidupannya sama seperti orang lain yang normal,” akhiri Rokiah ketika pertemuan kami pada hari itu.
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.