Seolah tahu ajalnya bakal tiba, seorang suami dan bapa kepada dua anak sudi merakamkan gambar kenangan sambutan Aidilfitri terakhir sebelum ‘pergi’ buat selama-lamanya pada hari ketujuh Syawal setelah maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad.

Isteri mangsa, Nur Hashima Md Isa, 29, berkata, sebelum ini, arwah suaminya, Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin, 28, tidak gemar bergambar tetapi ketika sambutan raya tahun ini, arwah ‘mudah’ meminta untuk bergambar bersama.

“Kalau nak bergambar sebelum ini, kena pujuk dulu sebab arwah tak suka, tetapi raya tahun ini, kami siap berhenti tepi sawah padi sebelum sampai kampung semata-mata nak ambil gambar,” katanya.

“Arwah tetap nak pergi..”

Dalam kejadian pada Ahad, Muhammad Fazli dikatakan terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan bersama rakan konvoi lain dari Tikam Batu ke Jitra, Kedah.

Bagaimanapun, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan telah berlanggar dengan sebuah kenderaan di hadapan menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Menurut Nur Hashima, mangsa bertolak dari rumah pada kira-kira jam 6 petang dalam keadaan hujan renyai.

“Tak Sangka Arwah Beriya Nak Bergambar Raya Petanda Akan Pergi Selamanya”
Lokasi Muhammad Fazli maut selepas terbabit dalam kemalangan pada Ahad lalu.

“Saya dah habaq (beritahu) tak payah ke sana, sebab banyak kenderaan, selain keadaan hujan tetapi dia berkeras tetap nak pergi juga.

IKLAN

“Kira-kira lepas sejam lebih, saya dapat tahu daripada keluarga maklumkan dia terlibat kemalangan,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan di Kilometer 76.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berlaku antara sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner dengan motosikal mangsa jenis Yamaha Y15.

Langgar belakang kereta, cuaca hujan lebat

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menungang motosikal dikatakan bergerak laju dari arah Gurun menghala ke Alor Setar telah melanggar belakang kenderaan SUV yang sedang bergerak perlahan di lorong kiri dipercayai mengalami kesesakan disebabkan kemalangan yang berlaku di arah sama iaitu di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

“Impak perlanggaran yang kuat menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan parah pada pelbagai bahagian.

IKLAN

“Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat, suasana gelap tanpa lampu jalan dan jalan lurus,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.

Kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Sinar Harian

IKLAN

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

“Tak Sangka Arwah Beriya Nak Bergambar Raya Petanda Akan Pergi Selamanya”

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI