Seorang ibu terkejut apabila mendapati bayi perempuannya yang baru sahaja berusia 6 bulan itu dijangkiti virus herpes. Wanita itu kemudian memuat naik beberapa foto anaknya itu di media sosial bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai.
Hanya kerana satu ciuman
Menerusi laporan Mirror Uk, ibu muda yang berusia 21 tahun itu memberitahu virus tersebut sangat berbahaya kerana boleh menjejaskan kesihatan bayi di mana bayi yang baru lahir akan mengalami selesema dan boleh membutakan. Difahamkan juga, virus ini boleh berpunca daripada hanya satu ciuman sahaja.
Menceritakan kisah itu, Hollie memberitahu bahawa sebelum dia melahirkan bayinya, Oarlah, dia telah melihat satu posting di Facebook yang membincangkan mengenai virus herpes ini.
Dia kemudian bernekad untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkannya itu daripada terkena virus berkenaan. Sebaik sahaja bayinya itu dilahirkan, dia telah ‘mengharamkan’ ahli keluarga dan rakan-rakan daripada mencium bayinya.
Ads
Beberapa ibu yang lebih tua menganggap saya hanya seorang yang muda yang terlalu bimbangkan anak, tetapi saya tidak peduli.
Orang menganggap saya paranoid ketika saya berkata saya tidak mahu sesiapa mencium Oarlah ketika dia dilahirkan, tetapi saya melihat apa yang boleh dilakukannya.
Ads
Dijangkiti virus herpes
Menceritakan kisah itu, Hollie mengakui agak sukar baginya untuk menahan diri dari mencium anaknya itu.
Saya juga tidak membiarkan ibu saya menciumnya, saya akan mencium tapak kakinya, dan menggelitik perutnya, tetapi saya tidak pernah mencium mukanya.
Ads
Tetapi ketika Oarlah berusia 6 bulan, bayinya itu ditumbuhi bintik-bintik merah dan putih pada bahagian perut. Pada ketika itu, Hollie beranggapan itu hanyalah disebabkan cacar air tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila bintik-bintik merah tersebut semakin teruk dan merebak pada bahagian kepala dan mukanya.
Bimbang dengan keadaan Oarlah, Hollie kemudian membawa bayinya itu ke hospital dan doktor mengesahkan Oarlah dijangkiti virus herpes.
Ujian yang dilakukan menunjukkan keputusan agak baik kerana virus itu tidak mempengaruhi penglihatannya dan selepas 24 jam bengkak mula turun. Tompok-tompok itu hilang setelah empat minggu, dan satu-satunya bekas luka yang kini ditinggalkannya adalah di kakinya.
Adam Fateh Lee, anak kepada pelakon Adam Corrie walau pun baru berusia 5 bulan sudah dikhatankan. Fateh anak kuat kata si ayah!
Adam Corrie melaksanakan khatan untuk bayinya di sebuah hospital di ibu negara telah memuatnaik gambar cahaya matanya itu sebelum, semasa bersedia & sesudah selesai prosedur berkhatan. Dalam kapsyen, Adam Corrie turut menyentuh yang berkhatan bagus untuk menjaga kebersihan diri.
adamcorrielee Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat… Ini muka belum Sunat, gambar ke 2 ready dah nk kena Sunat. Dan gambar no 3 .. Dah selesai Sunat.
Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW.
Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse-nurse yang sunat Fateh tadi.
Bidadari saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar dan nangis. Abah tukang zikir kat telinga Fateh masa sunat.
Saya sunat setahun sebelum saya syahadah. Saya tahu sunat ini bagus untuk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38 tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dengan izin Allah.
ADAM FATEH LEE SEBELUM BERKHATAN
ADAM FATEH LEE KETIKA SEDANG BERSIAP SEBELUM BERKHATAN
SELEPAS BERKHATAN
Para peminat memuji tindakan tindakan Adam Corrie mengkhatankan anaknya. Ada yang berkongsi pengalaman mengatakan berkhatan pada usia bayi lebih mudah dijaga.
Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang dikandung pergi dalam keadaan diri si ibu tak bersedia. Ini jugalah yang berlaku pada ibu muda ini apabila anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia ketika pergi ke hospital untuk dapat rawaatan lanjut.
Bayi tidak bergerak
Pengalaman yang cukup menyedihkan ini dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Adinda.frmll di TikToknya.
Menurut Adinda, sebelum ini dia telah mendapatkan khidmat seorang bidan kerana bayi dalam kandungannya dikatakan tidak bergerak dan langsung tidak memberikan sebarang respon.
Apabila ditanya, bidan terbabit hanya memberitahu bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan baik dan kemungkinan bayi itu ‘malas’ untuk melakukan sebarang pergerakan.
17 jam tahan sakit
Adinda yang tidak sedap hati dengan jawapan bidan kemudian pergi ke pusat perubatan untuk melakukan pemeriksaan. Setelah diperiksa, dia dimaklumkan bahawa bayi dalam kandunganya sebenarnya berada dalam keadaan lemah.
Jururawat suruh aku lahirkan sendiri dan dia kata kalau contraction memang macam tu. Jadi bila anak dah keluar sendiri, baru panggil dia. Sedangkan ketika itu anak dalam kandungan sudah meninggal. Pada pukul 3 pagi, pembukaan dah lengkap. Masa itu aku dah tak ada tenaga dan penat.
Lebih menyedihkan apabila si kecil itu tidak dapat diselamatkan dan pergi menghadap Ilahi. Ketika itu, Adinda sudah tiada tenaga dan melihat situasi itu, jururawat terbabit mula panik. Doktor kemudian cuba mengeluarkan bayi dalam kandungan tersebut.
Masih trauma
Masih trauma melahirkan bayi yang sudah meninggal di dalam kandungan dengan induksi selama 17 jam.
Perkongsian ibu ini mendapat pelbagai respon dan rata-rata daripada mereka bersimpati dengan nasib yang dilalui wanita ini. Moga terus diberi kekuatan serta ketabahan melalui ujian ini. Pasti ada rezeki lebih baik nanti.
Ibu bapa yang ada anak kecil, dinasihatkan untuk sentiasa lebih alert jika anak demam. Ini kerana pelnagai kemungkinan boleh berlaku jika badan anak terlampau panas. Antara yang biasa berlaku adalah sawan demam.
Sawan demam berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas, aktiviti sel otak terganggu yang menyebabkan pesakit hilang kesedaran, badan, tangan dan kaki menjadi kejang, pergerakan mata hitam ke atas, air liur meleleh dan terkencing atau termuntah.
Selain itu, keadaan kekejangan badan akan disusuli dengan pergerakan tangan dan kaki yang berulang-ulang. Jadi sangat penting untuk ibu bapa bawa anak untuk rawatan segera.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Cik Puan Ammy, demam sawan yang berlaku pada anak perempuannya, Mahsuri benar-benar memberi trauma buatnya dan suami.
Kisah ni berlaku tahun 2019 dan saya kongsi kembali untuk bacaan ibu bapa agar dapat menjadi panduan sekiranya anak tiba-tiba diserang sawan ketika demam supaya tidak panik seperti saya dan suami.
Demam Sawan
Sejak semalam ramai rakan dan ahli keluarga mesej bertanyakan tentang keadaan Mahsuri. Bila, bagaimana dan kenapa Mahsuri boleh terkena sawan demam… Bukan niat nak menyepi tapi masih dalam keadaan terkejut. Hari ini bila perasaan dah tenang, saya cuba menceritakan apa yang berlaku dan puncanya. Di kesempatan ini juga saya kongsikan sedikit sebanyak panduan yang diberi oleh doktor jika menghadapi anak yang mengidap #Sawan_Demam.
1-2 Ogos 2019 adalah satu malam yang amat panjang untuk saya sekeluarga… Malam yang tidak sanggup kami lalui lagi kerana setiap saat hanya berhujan dengan deraian air mata… Mengharap doa dimakbulkan kerana sedar diri ini tidak terlalu sempurna disisiNya… Allahu Akbar.
Ia bermula pada petang Rabu. Mahsuri tiba-tiba demam tetapi tidak terlalu panas. Dia aktif seperti biasa. Saya hanya memberi ubat demam kepadanya dan seperti selalu membawa dia berniaga. Di tempat niaga, dia juga aktif. Makan apa yang ingin dia makan dan main apa yang dia ingin main. Saya tidak terlalu risau memandangkan setiap kali Mahsuri demam ianya tidak akan lama, sehari dua ia akan ‘kebah’.
Habis niaga, jam 11 malam kami sampai dirumah. Mahsuri masih demam. Rutin harian saya, setelah sampai dirumah saya pasti akan mandikan Mahsuri apatah lagi jika dia tidak sihat. Saya pasti akan mandikannya berkali-kali dalam satu malam. Tetapi tidak pada hari ini, mungkin kerana pada waktu itu saya terlalu penat tambahan pula dia nyenyak tidur, maka saya tangguhkan untuk esok pagi.
Entah kenapa, malam tu saya rasa tidak sedap hati untuk tidur di dalam bilik. Saya bawa Mahsuri tidur diruang tamu. Dia sedar dan minta makan. Kebetulan abangnya juga sedang makan. Setelah beberapa suap Mahsuri makan, dia minta untuk menonton ABC Song (youtube). Dia juga aktif seperti biasa.
Mata terbeliak, badan kejang
Jam 2 pagi… Semuanya bermula disini. Saya terbangun dari tidur kerana rasa seperti digigit (Mahsuri breast feeding). Selalunya dia tidak pernah menggigit. Saya alihkan mukanya dan betapa terkejutnya saya bila dapati matanya telah ke atas dan seluruh badanya kejang. Saya menjerit sekuat hati memanggil suami yang tidur dibilik. Nasib baik menyebelahi saya kerana memilih tidur diruang tamu kerana terang. Jika saya tidur di bilik pasti tidak nampak keadaan Mahsuri kerana gelap.
Suami bergegas bangun dan mendakap Mahsuri. Alhamdulillah badannya kembali lembut dan matanya kembali normal. Tetapi ianya bertahan selama beberapa minit sahaja, badannya yang lemah tadi tiba-tiba menggigil dan dia mengetap giginya. Tanpa berlengah lagi, kami terus membawanya ke hospital. Sewaktu di dalam kereta, saya lihat bibirnya biru dan matanya sudah tertutup, badannya juga sudah terkulai.
Ya Allah… Pada waktu itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan kami. Tanpa berlengah lagi, saya mencengkam mulutnya yang terkatup rapat dengan kuat dan memasukkan jari terlunjuk saya bagi membantu Mahsuri bernafas. Terbukanya mulut Mahsuri, banyak air liur yang berbuih keluar mengalir. Mahsuri kembali kejang.
Walaupun bergitu kami lega kerana Mahsuri masih bersama kami. Dalam perjalanan kami tempuhi satu sekatan jalan anggota PDRM. Suami sedaya upaya bunyikan ‘hon’ banyak kali sambil kami menjerit “tolong tuan… Anak saya sawan…”
Berkali-kali supaya kereta dihadapan ketepi untuk memberi laluan kepada kami. Alhamdulillah PDRM telah memberi kerjasama yang baik dan amat kami hargainya. Sepanjang jalan, pada tiap kali Mahsuri berhenti menggigit dan terkulai, saya akan menggoncang tubuhnya sekuat hati sambil memanggil namanya berharap dia ‘respon’.
“Sayang… gigit mama sayang… Jangan berhenti… Gigit kuat-kuat”
Setiap kali Mahsuri sedar dia akan kembali kejang dan bergetar. Surah Al Fatihah tidak berhenti berkumandang dari mulut suami. Kalimah syahadah juga tidak berhenti saya bisikkan ketelinganya. Pagi itu terasa perjalanan kami ke hospital sangatlah jauh walaupun jalan raya lengang. Saya tidak tahu berapa lajunya suami saya memandu namun saya masih berasa kereta itu bergerak amat perlahan sehingga saya memaksa suami memandu dengan lebih laju.
Setibanya di hospital (HTJ Seremban), Mahsuri disambut oleh beberapa orang pegawai perubatan dan terus ke zon merah. Letak sahaja Mahsuri dikatil, jari saya segera dilepaskan oleh doktor dari mulut Mahsuri. Luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan bergitu. Saya tidak pernah melihat suami saya menggigil seteruk itu. Kasihnya seorang bapa. Melihat keadaan kami yang tidak tenang. Doktor meminta kami bertenang dan menunggu diluar sementara mereka memberi rawatan kepada Mahsuri.
Tubuh bergetar, mata terpejam kemas
Kami akur… Sepanjang masa kami berdoa mohon kepada Allah Swt agar diberi kesempatan kepada kami menjaga Mahsuri lagi. Berapa minit kemudian, kami dipanggil untuk menceritakan pada awal Mahsuri demam sehinggalah Mahsuri mendapat sawan demam atau dikenali sebagai #Febrile_Seizure. Saya merenung Mahsuri yang tidak sedarkan diri. Tubuh kecil itu bergetar dan matanya pejam kemas. Saya mengusap lembut kepalanya. ” Auciii… Auciii sakit ya… Mama baba ada Sayang…”
Saya bisikkan ke telinganya dengan lembut.
1 jam lebih di ’emergency room’, Mahsuri kembali tenang. Tubuhnya tidak lagi bergetar. Doktor mengatakan dia sedang berehat. Mahsuri ditolak ke ‘ward’ untuk rawatan selanjutnya. Semasa menunggu Mahsuri sedar saya didedahkan oleh pegawai perubatan mengenai sawan demam. Apa itu sawan demam. Apabila suami ‘up status’ di FB mohon kawan2 bantu mendoakan Mahsuri, rupanya ramai para kenalan mengalami nasib yang sama dengan kami. Ada juga yang tidak berpengalaman bertanya bagaimana ia menyerang, tanda-tanda sebelum ia menyerang dan bagaimana cara untuk merawatnya sementara ke hospital. Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak keterangan doktor kepada saya.
Apa itu #Sawan_Demam_(Febrile_Seizure)
Ianya disebabkan oleh demam panas d kalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Berbeza dengan #Sawan_Babi_(Epilepsi) ianya adalah sawan yang berulang-ulang tanpa disebabkan oleh demam.
2.5% drpd kanak2 normal boleh menghidap sawan demam. Tanda-tandanya…
📌 Badan terasa panas.
📌 Badan dan kaki tegang.
📌 Kaki dan tangan tersentak2 tanpa ransangan.
📌 Mulut berbuih.
📌 Terberak atau terkencing.
📌 Tertidur dan tdk sedarkan diri seketika. Apabila sedar kelihatan bingung dan kembali aktif.
📌 Kebanyakan berlaku melebihi suhu badan 38.5°c dan pada hari pertama demam.
Apa harus dilakukan…?
1. Ibu dan ayah perlu bertenang.
2. Iringkan anak kesisi badan (mengiring ke kiri).
3. Rendahkan kepalanya agar cecair yg ada dalam mulut mengalir keluar.
4. Jika anak mengetap gigi, jangan masukkan sesuatu objek atau jari kedalam mulut anak bimbang akan tercekik atau tercucuk.
5. Lap seluruh badan menggunakan air paip bukan air sejuk bg mengawal panas badan.
6. Jika sawan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi dan segeralah bawa ke hospital.
Jika demam berpanjangan.
Berikan ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen utk menurunkan demam. Mandi atau lap badan dengan air paip bukan air sejuk sekerap yg boleh. Bagi anak minum air sejuk, ini dpt membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Alhamdulillah… 2 Ogos… Jam 9 pagi Mahsuri sedar dari tidur, ayat pertama keluar dari mulutnya adalah…
“Hai… Hello mama…”
Sambil melambai tanganya… Ya Allah… Leganya hati saya… Terima kasih Allah kerana meminjamkan Mahsuri kepada kami dan memberi kesempatan kami menjaganya lagi…
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.