Kita merasakan anak demam adalah perkara biasa. Walhal demam itulah petanda aras masalah kesihatan anak kita. Jangan sekali-kali dibiarkan tanpa ubat.

Menurut perkongsian Dr Erna Nadia, kes yang melibatkan virus influenza terutama kepada bayi hingga kanak-kanak berusia lima tahun menjadi masalah paling berisiko malah boleh mengancam nyawa tanpa sedar.

Anak-anak pada usia ini imunitinya masih belum kuat dan disebabkan itulah walau hanya demam sedikit, mak ayah jangan ambil enteng. Cepat-cepat bagi ubat dan dapatkan rawatan.

Tak Sedar Anak Kena Virus Influenza, Doktor Pesan Mak Ayah Jangan Ambil Enteng Bila Anak Tak Sihat, Bahaya!

Beberapa bulan lepas, saya dapat khabar berita tentang kematian seorang baby kurang dari umur setahun. Meninggal semasa tidur.

Minggu lepas keputusan post mortem kembali dan hasilnya adalah arwah meninggal akibat komplikasi influenza. Mereka jumpa virus influenza b di dalam paru parunya.

Al Fatihah untuk arwah baby yang comel. Tenang damailah kamu di sana sambil menunggu ibu ayah kamu berpegangan sama di syurga nanti. Amin.

Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah jangan ambil enteng apabila anak anak tidak sihat. Ramai suka cakap alah demam sikit ajew, alah batuk selsema sebab cuaca ajew, alah cirit sebab pedas ajew. Semua ajew ajew.

Tak Sedar Anak Kena Virus Influenza, Doktor Pesan Mak Ayah Jangan Ambil Enteng Bila Anak Tak Sihat, Bahaya!

IKLAN

Anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah sangat fragile. Mereka mudah dapat jangkitan mudah sakit sebab imuniti badan mereka masih belum kuat. Ya mereka sedang membina imunisasi sendiri tetapi tetap perlu kita awasi.

Influenza adalah jangkitan virus yang boleh jadi biasa biasa ke luar biasa dan ada masa boleh menyebabkan kematian.

Virus influenza boleh menyerang kita bila bila masa apabila kita terdedah kepada orang yang membawa virus itu di dalam badan mereka.

Simptomnya adalah common seperti demam, menggigil, batuk, selsema, sakit tekak, sakit badan, muntah dan cirit yada yada yada. Bukan semua orang yang kena influenza akan ada demam. Simptom tak sama untuk semua orang.

Jadi, bila ada simptom, caknalah. Periksa jika rasa tak ok. Hentikan budaya ‘takpelah takde ape ni’. Pada kita mungkin tiada apa tapi mungkin apa apa pada orang lain, lebih lebih lagi bayi dan orang tua.

Tak Sedar Anak Kena Virus Influenza, Doktor Pesan Mak Ayah Jangan Ambil Enteng Bila Anak Tak Sihat, Bahaya!

IKLAN

Biasanya influenza akan sembuh dalam masa beberapa hari sehingga 2 minggu. Tetapi ada juga yang mendapat komplikasi.
Komplikasi paling biasa adalah radang paru paru (pneumonia) yang merbahaya dan boleh merosakkan paru paru dan membawa kematian.

Selain itu, komplikasi influenza lain adalah:
1. Sinusitis
2. Jangkitan dalam telinga
3. Jangkitan/radang pada jantung ( myocarditis)
4. Jangkitan pada otak ( encephalitis)
5. Jangkitan pada otot/tisu ( myositis/ rhabdomyolysis)
6. Kerosakan organ dalam ( multi organ failure)
7. Jangkitan kuman dalam darah

Ada beberapa akibat dari komplikasi ini yang boleh menyebabkan kerosakan organ kekal contoh jantung berlubang, jantung bocor, buah pinggang rosak, fungsi otak terjejas.

Seram? Yes, indeed. Sebab itu, jangan ambil lewa dengan batuk demam selsema anak anak dan diri sendiri. Jika tak sihat, rehatlah di rumah.

Tak Sedar Anak Kena Virus Influenza, Doktor Pesan Mak Ayah Jangan Ambil Enteng Bila Anak Tak Sihat, Bahaya!

IKLAN

Beberapa hari ini juga kes Covid asyik didengar. Kebanyakan dapat dari majlis keramaian, mesyuarat, solat jemaah di masjid dan lepak lepak.

Ya kita dah tak perlu pakai face mask tapi jika kita tak sihat, kita pakailah. Paling bagus kalau tak sihat, rehat kejap di rumah.

Saya kongsikan tanda amaran yang boleh kita cakna jika ada ya. Nyawa dan kesihatan bukan sahaja pinjaman tapi amanah yang Allah beri pada kita.
Jagalah sebaiknya🤙

Dr. Erna Nadia
Teruslah beri ubat jika anak tidak sihat. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit yang merbahaya, amin🤲🏻

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI