Sakit perut biasa yang disangkanya hanya kerana mahu datang haid rupanya bertukar menjadi detik kelahiran paling istimewa buat Lucy Jones, 22 tahun.
Lucy pada mulanya mengalami sakit perut biasa serta sakit di bahagian belakangnya namun mengabaikan rasa sakit itu kerana menyangkakan ia adalah simptom biasa sebelum kedatangan haid.
Keesokkan harinya sakit yang sama dialami olehnya sekali lagi diikuti rasa sakit perut yang kuat.
Tanpa berlengah, Lucy kemudiannya terus ke tandas dan tanpa disangka sepasang kaki terjuntai ketika dia membuang air besar.
Bergelar ibu pada usia yang muda, kata ibu muda ini dia langsung tidak tahu dirinya sedang hamil ketika itu.
Malah kata Lucy lagi, dia langsung tidak mengalami simptom seperti ibu hamil yang lain sepanjang mengandung malah turut datang haid seperti biasa.
Ads
Dapatkan Pax Moly Sheet Mask Set 80 pcs dengan diskaun RM5, menggunakan kod PNMGSP5 di SINI.
Paling mengejutkan kata Lucy lagi, di ketika usia kandungannya lapan bulan, dia malah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat sebelum diterima bertugas sebagai kru kabin.
“Saya ada buat dua ujian kehamilan dan kedua-duanya negatif ketika melakukan ujian pemeriksaan di tempat kerja baru.
“Saya hamil lapan bulan ketika saya pergi untuk buat pemeriksaan perubatan dan turut melakukan ujian kehamilan.
Ads
“Doktor tekan-tekan perut dan badan saya, tapi dia tidak mengesyaki apa-apa,” kongsinya lagi yang masih tidak percaya dia hamil.
Kini bayi perempuan yang diberi nama Ruby itu sudah pun berusia empat bulan dan kata Lucy, dia mahu menjaga anak perempuannya itu sebaik mungkin.
Malah kini Lucy juga sudi berkongsi pelbagai tip bagi memberi motivasi kepada kehamilan tanpa sedar sama seperti yang dialaminya.
Penyakit yang melibatkan sistem peranakkan sememangnya menakutkan semua ibu dan wanita di seluruh dunia. Disebabkan itulah kita perlu beri penjagaan lebih kepada sistem ini terutama rahim.
Sebenarnya menjaga rahim dan sistem peranakan perlulah bermula daripada awal, iaitu semasa kanak-kanak lagi. Dengarkan 11 tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat ini. Penting!
Rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.
Tumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
Cara Jaga Rahim
1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara, adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari sekitaran.
2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal dalam umur muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari tumbuhan.
Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
3. Rahim sangat-sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.
Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan. Diantaranya:
1. Tumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
2. Tumbuhan adenoma dan kanser payudara.
3. Kemandulan dan sukar hamil.
4. Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.
Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen.
Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen
MAKANAN-MAKANAN YANG BERTINDAK SEBAGAI ANTI ESTROGEN
Makanan-makanan ini mengadungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan-bahan lain saperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.
1. Buah delima/promagenate.
2. Sayur-sayur brokoli, kobis, califlour, bak choy, raddish.
3. Minyak zaitun.
4. Cendawan.
5. Anggur merah dan biji.
6. Oats
7. Teh hijau.
8. Buah citrus – lemon, limau nipis, grape fruits
9. Kacang-kacang almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.
10. Bawang merah.
11. Kunyit.
12. Spirulina, chorella
13. Sayur hijau , sawi, bayam, salad dll.
14. Minyak kelapa dara.
15. Bawang putih
16. Kucai dan celery
17. Berries – blue berries, black currant.
18. Maca
19. Fax seeds
20. Makanan-makanan fermented – yogut, tapai, kimchi. Bekalkan probiotik atau good bakteria.
4. Faktor-faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.
Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan.
Tangani dan kawal semua jenis stress.
5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering anak-anak perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.
Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak-anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen-supleman tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya di rahim.
6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu minat makan junk dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.
Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar di sekolah, kolej dan universiti berasrama. Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya kerana tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.
Bermula disini gangguan haid berlaku – samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak ke dalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ kebelakang rahim. Fenomina tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung dibelakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
10. Banyak makanan-makanan yang membantu dalam jagaan rahim di antaranya nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor dibelakang rahim.
Makanan-makanan tradisi sudah dilupakan. Keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim. Perbanyak makan sayur-sayur khususnya yang hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, karot, brokoli , taugeh dan lain-lain.
Banyak makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betek, buah naga dan lain-lain.
Makan pelbagai kacang saperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama-sama kismis dan korma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain.
Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang boleh mencegah penyakit.
Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Penjagaan oral kanak-kanak perlu bermula sejak mereka masih bayi lagi. Sungguhpun bayi masih belum tumbuh gigi pertama, namun ibu bapa perlu mula menjaga kebersihan mulut dan gusi bayi. Penjagaan oral kanak-kanak sinonim dengan penggunaan berus gigi bayi, kain lembut dan juga ubat gigi.
Walau bagaimanapun, seawal usia berapakah bayi boleh diberikan ubat gigi dan bagaimana anda ingin membersihkan gusi dan gigi bayi yang kecil? Ikuti perkongsian Hello Doktor ini.
Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak tumbuh gigi untuk memulakan penjagaan oral mereka. Anda sudah boleh mula menjaga gusi bayi sebelum gigi pertamanya tumbuh lagi. Caranya adalah dengan:
Bayi hanya boleh menggunakan ubat gigi jika sudah berusia 18 bulan dan ke atas. Sebelum mencapai usia yang dinyatakan, anda hanya boleh memperkenalkannya dengan ubat gigi jika disarankan oleh doktor gigi.
Jika bayi anda sudah berusia 18 bulan, anda boleh letakkan ubat gigi rendah atau bebas fluorida sebesar saiz kacang pis pada berus giginya.
Fluorida biasanya diletakkan dalam ubat gigi bagi mencegah kaviti, menguatkan enamel gigi yang lemah, menterbalikkan kerosakan gigi awal, mengehadkan pertumbuhan bakteria oral, dan melambatkan kehilangan mineral daripada enamel gigi. Bagaimanapun, terdapat perdebatan mengenai keselamatan fluorida, termasuklah ubat gigi berfluorida kepada manusia.
Namun, American Dental Association masih menyarankan penggunaan ubat gigi ini kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Cuma, ia perlu digunakan dengan betul.
Bayi hanya memerlukan sedikit sahaja ubat gigi untuk diletakkan pada berus gigi, setiap kali sesi. Mengikut saranan American Academy of Pediatrics, bayi perlu diberikan ubat gigi bebas-fluorida sehingga usianya mencecah 2 tahun.
Anda boleh menambah jumlah ubat gigi berfluorida jika usia kanak-kanak sekitar 3 tahun, kerana ketika ini mereka sudah pandai meludah semasa menggosok gigi.
Sekiranya ibu bapa mematuhi jumlah pemberian ubat gigi yang disarankan, adalah tidak mengapa jika bayi tertelan sedikit daripada saiz kecil ubat gigi yang ada pada berus gigi. Bagaimanapun, jika anda meletakkan jumlah ubat gigi yang lebih banyak, dan anak anda tertelan sedikit daripadanya, terdapat kemungkinan bayi mengalami sakit perut. Ini tidak semestinya berbahaya, tetapi anda boleh membawa bayi berjumpa doktor jika bimbang dengan keadaan kesihatan si manja anda.
Ubat gigi berfluorida adalah selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anda bimbang anak anda akan tertelan ubat gigi, sentiasa pantau anak kecil anda semasa memberus gigi, sehinggalah dia sudah boleh memberus giginya sendiri dan pandai meludah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan kanak-kanak sekarang mudah terdedah kepada risiko rabun jauh seawal usia dan juling jika ibu bapa gagal mengawal penggunaan gajet dalam tempoh terlalu lama.
Perkara ini bukan main-main tapi benar berlaku. Mungkin sekarang ibu bapa rasa tiada apa-apa tapi seandainya ia berlaku pada anak sendiri, menyesal dah tak guna.
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Pakar Mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah semakin ramai anak-anak datang menerima rawatan sebab mata juling sedangkan sewaktu lahir normal.
Hari ini hari juling di klinik saya.
Beberapa orang pesakit anak-anak datang sebab mata juling, sebab sehari main gadget sampai berjam-jam.
Bila ditanya, Mak tuding jari ke Ayah, Ayah tuding jari ke Mak.
Saya pun nasihatkan dengan baik
1) Anak-anak bawah 7 tahun kalau main gadget LEBIH 2 JAM SEMINGGU boleh tinggi risiko rabun jauh.
2) Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas, dan jadi juling . Nanti apabila juling, diejek di sekolah dan anak-anak boleh jadi rasa rendah diri.
3) Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU untuk anak-anak kurang 7 tahun
4) Tiada gadget untuk anak-anak BAWAH 2 TAHUN
5) Banyakkan anak-anak main di bawah cahaya matahari untuk galakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.
6) Kalau nak tengok TV, pastikan jarak adalah 2 METER ATAU LEBIH.
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.