Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil pendekatan mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan menerusi saluran baharu RTM, TV Okey, bermula minggu depan.

“Tak Semua Murid Ada Akses Internet & Komputer” Sesi Pembelajaran Melalui TV Bermula Minggu Depan

Khusus Bagi Mereka Yang Tiada Akses Internet

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu akan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara ini khusus bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet.

“Pendekatan ini diambil bagi memberi ruang kepada pelajar yang tiada akses kepada internet tetapi dapat akses kepada televisyen. Kita sedar bahawa bukan semua pelajar mendapat akses internet.

IKLAN

“Pendekatan ini diambil kementerian untuk memberikan seluas mungkin ruang dan peluang kepada bukan sahaja pelajar tetapi juga guru dan ibu bapa dalam mendapat akses kepada pendidikan sepanjang tempoh ini,” katanya ketika menjadi tetamu Program Bicara Naratif RTM.

Satu Kaji Selidik Dijalankan

Mohd Radzi, yang juga menteri kanan, berkata walaupun kementerian telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini, kelonggaran turut diberikan kepada guru untuk menentukan apakah kaedah terbaik yang boleh diguna pakai bagi memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

IKLAN

Katanya, oleh kerana ini merupakan kali pertama PKP dikuatkuasakan, kementerian turut melakukan satu kaji selidik untuk melihat apakah peranti atau gajet yang digunakan oleh pelajar sekolah di rumah bermula 28 Mac lalu.

Seramai 500,000 responden yang terdiri daripada ibu bapa melibatkan 700,000 pelajar telah mengisi kaji selidik berkenaan terutama mereka yang mempunyai akses internet.

“Tak Semua Murid Ada Akses Internet & Komputer” Sesi Pembelajaran Melalui TV Bermula Minggu Depan

IKLAN

Banyak Kekangan

“Hasil dapatan daripada kaji selidik itu, hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah. Bagaimanapun, untuk peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar hanya lima hingga 14 peratus.

“Memang betul ada akses kepada internet tetapi kebanyakannya hanya melalui telefon pintar dan ini adalah satu kekangan terutama apabila pembelajaran itu terlampau rumit sekali gus menyebabkan kesukaran untuk menyiapkan tugasan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI