Isteri kita bukan robot yang sentiasa bekerja dari pagi sampai ke malam tanpa rasa penat. Bukan saja fizikalnya yang tak henti bekerja, ada waktunya, emosinya berceraru dengan pelbagai situasi disekeliling.

Termarah dan tertengking anak semuanya di luar kawalan mereka. Menurut Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim, bantulah isteri agar rasa lebih baik.

Tak Sengaja Termarah Anak, Buat Ibu Makin ‘Down’, Bantulah Emosi Isteri!


Kasihan ibu yang tak sengaja termarah anak. Mereka bukan pemarah tapi belon emosi mereka yang mudah meletup.

Sebab tu la untuk bebas dari termarah anak ni kita kena bantu pasangan kita untuk detoks segala emosi terpendam mereka.
– rasa marah
– rasa geram
– rasa sakit hati
– rasa tawar hati
– rasa susah hati
– rasa stress
– rasa sedih
– rasa kecewa
– rasa annoying
– rasa putus asa

Tak Sengaja Termarah Anak, Buat Ibu Makin ‘Down’, Bantulah Emosi Isteri!

Ini semua kena detoks, tak boleh simpan boleh jadi barah nanti. Selagi ada emosi terpendam ni dalam diri, selagi itu la dia jadi perengus dan cepat marah. Itu la yang nampak anak lasak sikit dah boleh trigger rasa annoying. Adus.

IKLAN

Bantu pasangan kita please, walau mereka tak minta tapi mereka sangat perlukan bantuan kita.

1 – Acknowledge emosi mereka.
Jangan nafi ada emosi tersebut. Nampak pasangan bengkeng semacam terus tanya “ada apa-apa masalah ke sayang?”

2 – Pastikan ada self-care.
Kadang ibu ni terlalu komited jadi manager rumahtangga, sampai diri terabai. Ingatkan mereka bersenam, me-time, medicure, pedicure dan sekali sekala keluar makan angin.

3 – Self Reflection
Bantu beri rasa tenang dan mindfulness dengan self-reflection ni. Buat diari ke, tulis journal ke, malah menulis yang baik-baik di media sosial pun satu kaedah self-reflection yang bagus. Jangan perli pula kalau nampak pasangan kuat mencoret di media sosial.

IKLAN

4 – Me Time
Satu benda yang paling susah nak dapat bila ada anak ni adalah me-time ( masa untuk diri sendiri ). Kita boleh bantu, kita bantu ya. Take over anak-anak kejap, insyaAllah sangat bermakna pada pasangan kita.

5 – Jadi pendengar setia
Bercakap adalah terapi buat wanita. Dapat luah semua dalam hati, dia jadi orang yang paling segar dan paling happy go lucky dalam dunia. Serius!

Tak Sengaja Termarah Anak, Buat Ibu Makin ‘Down’, Bantulah Emosi Isteri!

Tak susah pun nak bahagiakan pasangan kita. Tadah je telinga dengar luahan hati dia.
Lagipun, menjaga emosi seorang ibu ibarat menjaga emosi semua ahli keluarganya. Bila ibu tenang, semua orang rasa senang.

IKLAN

Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim

Menarik: Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

Tak Sengaja Termarah Anak, Buat Ibu Makin ‘Down’, Bantulah Emosi Isteri!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI