Bergelar suami dan isteri tidak mudah. Banyak pancaroba dan onak durinya jika tidak matang dalam membuat keputusan dan bersabar dengan setiap ujian yang dilalui.
Bagi pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang hampir mencecah 10 tahun dalam melayari bahtera berumah tangga, keduanya tidak terlalu mengambil serius akan hal yang berlaku di antara mereka.
Bahkan Aeril turut berkongsi tipnya dan Wawa bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka bersama.
“Tak perlu terlalu serius, kita kena perangai seperti budak-budak.
“Kalau boleh kongsilah minat yang sama, kalau tak sependapat itu biasa,” kongsinya.
Ads
Bahkan akui Aeril lagi, dia jarang sekali memujuk isteri yang merajuk namun bila bergaduh apa yang dilakukan adalah tidak membiarkan pergaduhan itu berlanjutan.
“Saya tak suka pujuk kalau bergaduh. Kami akan reda sendiri.
“Tapi kalau dah sampai dua hari masih bergaduh, kena cepat-cepat berbaik,” kongsi Aeril memberikan tip bahagianya bersama isteri.
Ads
Bahkan kata Aeril lagi, pergaduhan antara suami isteri sememangnya tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan. Sebaiknya atasi segera dengan perbincangan jika masih bergaduh pada keesokan harinya.
Terdahulu, Aeril Zafrel dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Pasangan sama cantik sama sepadan itu dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya, dan Muhammad Fahri.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Ujian setiap dari kita tidak tidak sama. Ada yang dikurniakan rezeki dan dipermudahkan dari pelbagai perkara. Namun ada juga diuji dengan hal-hal yang tidak dijangka.
Dikurniakan dengan rezeki masa untuk ber ‘me time’ bersama kawan-kawan sememangnya satu rezeki yang perlu disyukuri. Ada ibu yang langsung tidak punya masa me time, semuanya gara-gara ‘high need baby’.
Sebab itulah bila punya waktu untuk ber me time, maka gunakanlah sebaiknya. Perkongsian OT, Pn Maryam Jamadi yang turut berdepan hal yang sama boleh kita jadikan panduan malah jangan sekali mengecam ibu yang me time kerana itu rezeki.
Tak semua orang mampu “Me Time”. Ya “me time” memang bagus, tapi entahlah bagi saya bukan semua ibu mampu nak “me time”.
Masa anak pertama saya Eva masih bayi, dia seorang “high need baby”. Sehinggakan saya terpaksa berhenti kerja sebab Eva menangis sepanjang hari sehingga tak minum susu. Waktu itu dia baru umur 2 bulan.
Saya tak pernah terfikir pun yang saya akan jadi suri rumah. 100% masa bersama dengan anak. Tapi sebab Eva hanya mahukan saya,
Walaupun suami saya ada sentiasa bersama sebab waktu itu sedang belajar Master. Suami saya cuma boleh uruskan Eva sampai umur 2 bulan sahaja.
Selepas itu, Eva akan menangis setiap kali suami saya uruskan dia. Menangis yang bukan main-main, tapi muka merah air mata hingus semua keluar.
Memang tiada istilah “me time” langsung, kecuali anak tidur. Itu pun tak lama, biasanya 30 minit saya tiada dia akan terjaga. Ini di rumah yang sama, kalau keluar rumah apatah lagi.
Ada sekali itu, saya nak pergi salon konon nak “me time”. Suami saya tunggu sahaja dalam kereta dengan Eva. Waktu itu Eva umur 4 bulan.
20 minit tunggu giliran saya, suami saya telefon sebab Eva menangis menjerit yang sampai muka pucat. Rupanya dia dah menangis sejak saya keluar kereta. Terus tak jadi potong rambut.
Yang tak pernah ada ada jenis “high need” memang tidak akan faham keadaannya. Bayangkan di rumah pun, kalau saya angkat baju, saya berdiri dekat dengan grill untuk Eva tahu saya tak tinggalkan dia pun dia menangis satu taman boleh dengar.
Masa Eva dah besar sedikit, umur 1 tahun 6 bulan saya perlu keluar atas urusan bisnes. Tak lama pun hanya 4 jam sahaja, 4 jam itulah dia menangis tak berhenti sampai demam seminggu. Umur 2 tahun baru ok, boleh tinggal dengan atok nenek. Maka 2 tahunlah, saya tiada “me time”.
Buat apa “me time” kalau hati tak tenang, sebab saya tahu anak saya menangis sepanjang saya tiada. Jadi, saya faham sangat kalau ada ibu-ibu yang lebih suka “we time” dari “me time”. Lagi-lagi anak kecil lagi, tapi dalam masa yang sama jangan kecam pula ibu-ibu yang selalu “me time”.
Masa Eva umur 3 tahun 6 bulan, saya mengandung anak kedua, saya fikir nak luangkan masa dengan kawan-kawan sebab risau anak kedua pun sama macam Eva.
Itulah kali pertama saya bercuti dengan kawan tanpa anak. Tak pergi jauh pun, kami ke Langkawi 3 hari 2 malam. Seronok sangat sebab boleh borak non-stop.
Sekarang, saya dah mampu untuk “me time” dengan tenang. Anak kedua saya bukan kategori “high need baby”, dia rapat juga dengan papanya berlainan dengan Eva yang hanya mahukan saya.
Begitulah. Bagi saya bukan semua orang “mampu” untuk “me time”. Yang penting pasangan perlu selalu memahami, syukur sangat waktu fasa Eva melekat 24 jam dengan saya memang suami saya banyak bantu.
Beliaulah yang masak 100% di rumah, sebab kalau saya yang masak memang nak kena dukung Eva atau biar dia menangis macam kena dera.
Jadi, sampai sekaranglah suami saya pegang tugasan memasak di rumah.
Mak-mak lain, cuba cerita sikit “me time” kalian 😍
Pernah tak rasa macam susah nak faham pasangan? Jangan risau, selebriti terkenal, Salima Habibi pun pernah rasa benda yang sama masa awal-awal kahwin dengan suami tercinta, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.
Mula-mula kahwin, Salima akui dia mudah triggered bila suami tegur. Yelah, biasalah kan… bukan senang nak terima teguran, walaupun dari orang yang kita sayang. Tapi makin lama hidup bersama, dia mula sedar – kunci rumah tangga bahagia ialah saling bertolak ansur dan saling mengingatkan dengan cara yang penuh kasih sayang.
“I want this working for me, jadi saya sebagai isteri kita perlu tahu apa yang disukai suami kita. Kalau kita cintakan seseorang, kita akan buat apa yang yang orang kita cinta tu suka.”
Tips Elak Bebel Tapi Tetap Sampai Hati Suami
Menariknya, Ustaz Syed rupanya tak suka wanita yang suka membebel. Jadi Salima pun bijak – daripada bebel panjang-panjang, dia pilih untuk bercakap terus terang, tapi dengan cara yang lembut dan rasional.
“Saya tak nak jadi isteri yang membebel tak henti. Jadi saya akan cakap sekali je, atau ulang sekali je kalau perlu. Walaupun naluri kita sebagai wanita memang suka membebel tapi bila suami nampak kita cuba berubah, dia pun akan cuba juga.”
Surprise Dulu, Baru Dapat Balik
Masa mula-mula kahwin, Salima sorang je yang suka buat kejutan untuk suami. Tapi lepas beberapa tahun, syukur suami dia pun dah mula belajar buat benda yang sama. Sweet sangat.
Katanya, kalau kita nak sesuatu dari pasangan, jangan tuntut atau paksa. Beri dulu. Tunjuk dulu. In sha Allah dia akan ikut.
“Kalau kita nak pasangan buat sesuatu, kita kena mula dulu. Jangan minta-minta je. Lama-lama dia akan belajar dan buat juga.”
Nak Suami Sentiasa Sayang? Jaga Penampilan Di Rumah Juga
Salima juga kongsi satu rahsia yang ramai wanita terlepas pandang – penampilan di rumah. Katanya, walaupun tengah sibuk masak, kemas rumah, atau jaga anak, isteri tetap kena jaga rupa dan bau badan.
“Satu lagi, isteri di rumah kena cantik-cantik. You masak ke atau you buat apa pun, pastikan rambut dan badan sentiasa wangi. Selalu pakai minyak wangi. Saya di rumah pun sekurang-kurangnya akan sembur minyak wangi sehingga lima ke enam kali. Minyak wangi memang ada di dapur, dalam bilik, semua ada. Light make up di rumah, mesti selalu presentable depan suami.”
Bahagia rumah tangga bukan datang dari cinta je. Tapi datang dari usaha, komunikasi, keikhlasan dan saling belajar. Tak ada yang sempurna, tapi bila dua-dua saling melengkapi, insyaAllah manisnya rumah tangga tu boleh kekal sampai ke syurga.
Tonton video ini;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khai dan Rosma AF kongsi momen bersama anak-anak, “Dah besar-besar tiga anaknya..” Khai dan Rosma merupakan bintang yang sama menyertai program Akademi Fantasi (AF) musim pertama. Rosma, 35, dan Khai mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 15, Nur Amani Damia, 10, dan Nur Alya Dhania, 6 tahun.
Dalam era moden yang penuh dengan kesibukan dan tekanan, ibu bapa sering kali terperangkap dalam rutin harian yang padat, menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama anak-anak.
Namun, meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak adalah kunci untuk membina hubungan yang kukuh, mendidik mereka dengan nilai-nilai yang baik, dan memastikan mereka membesar dalam suasana yang positif.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Khai dan Rosma di laman Instagram, pasangan ini berkongsi momen bersama anak-anak mereka.
Melalui masa yang diluangkan bersama, ibu bapa dapat membina hubungan emosional yang kukuh dengan anak-anak. Perasaan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa akan membuatkan anak-anak merasa dihargai dan disayangi.
Hubungan yang erat ini membantu anak-anak untuk membina keyakinan diri serta memberi mereka ruang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah tanpa rasa takut atau tertekan.
2. Pendidikan dan Perkembangan
Meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendidik dan membimbing mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik, mengajar nilai-nilai moral, serta membina kemahiran sosial yang penting.
Melalui aktiviti bersama seperti bermain, membaca, atau berbual, ibu bapa dapat memantau perkembangan anak-anak mereka, mengenal pasti minat dan bakat, serta membantu dalam mengasah potensi mereka.
3. Mencegah Masalah Tingkah Laku
Anak-anak yang tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa cenderung untuk mencari perhatian dari sumber lain, yang kadangkala boleh membawa kepada tingkah laku negatif.
Meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dapat membantu mengelakkan masalah tingkah laku ini. Ibu bapa yang terlibat secara aktif dalam kehidupan anak-anak mereka akan lebih peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku anak-anak dan dapat mengambil tindakan awal untuk mencegahnya.
4. Mengukuhkan Nilai Kekeluargaan
Masa yang dihabiskan bersama keluarga adalah peluang untuk mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan. Melalui aktiviti bersama seperti makan malam, percutian, atau acara keluarga, anak-anak belajar tentang kepentingan kekeluargaan dan tanggungjawab mereka terhadap ahli keluarga yang lain.
Nilai-nilai ini akan membentuk mereka menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, hormat kepada orang lain, dan menghargai ikatan kekeluargaan.
5. Mengatasi Tekanan Hidup
Dalam dunia yang semakin mencabar, meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Masa berkualiti bersama keluarga boleh menjadi terapi yang menenangkan, di mana ibu bapa dan anak-anak dapat melupakan seketika tekanan dari pekerjaan, sekolah, atau masalah lain.
Aktiviti yang dilakukan bersama-sama, seperti bersukan, memasak, atau sekadar berbual, boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Kesimpulannya meluangkan masa bersama anak-anak bukanlah satu tugas yang boleh diabaikan. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Dalam dunia yang serba pantas ini, penting bagi ibu bapa untuk sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah anugerah yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.
Masa yang dihabiskan bersama anak-anak bukan sahaja membantu mereka membesar dengan sihat dan bahagia, tetapi juga mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memastikan kesejahteraan bersama dalam jangka masa panjang.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...