Ujian setiap dari kita tidak tidak sama. Ada yang dikurniakan rezeki dan dipermudahkan dari pelbagai perkara. Namun ada juga diuji dengan hal-hal yang tidak dijangka.

Dikurniakan dengan rezeki masa untuk ber ‘me time’ bersama kawan-kawan sememangnya satu rezeki yang perlu disyukuri. Ada ibu yang langsung tidak punya masa me time, semuanya gara-gara ‘high need baby’.

Sebab itulah bila punya waktu untuk ber me time, maka gunakanlah sebaiknya. Perkongsian OT, Pn Maryam Jamadi yang turut berdepan hal yang sama boleh kita jadikan panduan malah jangan sekali mengecam ibu yang me time kerana itu rezeki.


Tak semua orang mampu “Me Time”. Ya “me time” memang bagus, tapi entahlah bagi saya bukan semua ibu mampu nak “me time”.

Masa anak pertama saya Eva masih bayi, dia seorang “high need baby”. Sehinggakan saya terpaksa berhenti kerja sebab Eva menangis sepanjang hari sehingga tak minum susu. Waktu itu dia baru umur 2 bulan.

“Tak Semua Orang Mampu Me Time” Lain Ceritanya Bila Anak “High Need Baby” Tabahlah Ibu!

Saya tak pernah terfikir pun yang saya akan jadi suri rumah. 100% masa bersama dengan anak. Tapi sebab Eva hanya mahukan saya,

Mandi, nak saya mandikan.
Makan, nak saya suap/bersama dia.
Tidur, nak peluk.
Main, dengan saya.

IKLAN

Walaupun suami saya ada sentiasa bersama sebab waktu itu sedang belajar Master. Suami saya cuma boleh uruskan Eva sampai umur 2 bulan sahaja.

Selepas itu, Eva akan menangis setiap kali suami saya uruskan dia. Menangis yang bukan main-main, tapi muka merah air mata hingus semua keluar.

Memang tiada istilah “me time” langsung, kecuali anak tidur. Itu pun tak lama, biasanya 30 minit saya tiada dia akan terjaga. Ini di rumah yang sama, kalau keluar rumah apatah lagi.

Ada sekali itu, saya nak pergi salon konon nak “me time”. Suami saya tunggu sahaja dalam kereta dengan Eva. Waktu itu Eva umur 4 bulan.

20 minit tunggu giliran saya, suami saya telefon sebab Eva menangis menjerit yang sampai muka pucat. Rupanya dia dah menangis sejak saya keluar kereta. Terus tak jadi potong rambut.

IKLAN

Yang tak pernah ada ada jenis “high need” memang tidak akan faham keadaannya. Bayangkan di rumah pun, kalau saya angkat baju, saya berdiri dekat dengan grill untuk Eva tahu saya tak tinggalkan dia pun dia menangis satu taman boleh dengar.

Masa Eva dah besar sedikit, umur 1 tahun 6 bulan saya perlu keluar atas urusan bisnes. Tak lama pun hanya 4 jam sahaja, 4 jam itulah dia menangis tak berhenti sampai demam seminggu. Umur 2 tahun baru ok, boleh tinggal dengan atok nenek. Maka 2 tahunlah, saya tiada “me time”.

Buat apa “me time” kalau hati tak tenang, sebab saya tahu anak saya menangis sepanjang saya tiada. Jadi, saya faham sangat kalau ada ibu-ibu yang lebih suka “we time” dari “me time”. Lagi-lagi anak kecil lagi, tapi dalam masa yang sama jangan kecam pula ibu-ibu yang selalu “me time”.

“Tak Semua Orang Mampu Me Time” Lain Ceritanya Bila Anak “High Need Baby” Tabahlah Ibu!

Masa Eva umur 3 tahun 6 bulan, saya mengandung anak kedua, saya fikir nak luangkan masa dengan kawan-kawan sebab risau anak kedua pun sama macam Eva.

Itulah kali pertama saya bercuti dengan kawan tanpa anak. Tak pergi jauh pun, kami ke Langkawi 3 hari 2 malam. Seronok sangat sebab boleh borak non-stop.

IKLAN

Sekarang, saya dah mampu untuk “me time” dengan tenang. Anak kedua saya bukan kategori “high need baby”, dia rapat juga dengan papanya berlainan dengan Eva yang hanya mahukan saya.

Begitulah. Bagi saya bukan semua orang “mampu” untuk “me time”. Yang penting pasangan perlu selalu memahami, syukur sangat waktu fasa Eva melekat 24 jam dengan saya memang suami saya banyak bantu.

Beliaulah yang masak 100% di rumah, sebab kalau saya yang masak memang nak kena dukung Eva atau biar dia menangis macam kena dera.

Jadi, sampai sekaranglah suami saya pegang tugasan memasak di rumah.

Mak-mak lain, cuba cerita sikit “me time” kalian 😍

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI