Tak sangka, pendedahan personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril baru-baru ini mengenai komitmen bulanan keluarganya benar-benar membuka mata ramai pihak.
Bukan mudah bergelar suami. Tanggungjawab bukan main-main terutana komitment yang berskala besar.
Menerusi sebuah podcast dalam program kewangan, Dr Say tidak berselindung dan berkongsi secara terbuka tentang perbelanjaan bulanannya yang mencecah hampir RM35,000 sebulan!
Antara komitmen yang dikongsikan beliau termasuk:
Yuran anak sulung: RM6,000
Sewa rumah: RM5,500
Gaji pengurus: RM5,000
Bayaran kereta Jaguar: RM5,000
Bayaran kereta Alphard: RM2,500
Nafkah isteri: RM2,000
Gaji pembantu rumah: RM1,700
Terapi anak: RM1,000
Takaful: RM1,000
Ads
Pinjaman ASB: RM1,000
Yuran gim & bil utiliti lain: RM1,000
Bila dijumlahkan, semuanya menjadikan komitmen bulanan sekitar RM35,000!
Menurut Dr Say, selepas beliau berhenti kerja kerajaan, tiada lagi pendapatan tetap yang dijamin masuk setiap bulan. Oleh itu, angka RM35,000 itu menjadi target wajib setiap bulan .
“Apa pun jadi, I have to make it. Kalau tanya cukup ke tak, jawapannya tak pernah cukup. Tapi apa yang penting bagi saya bukan jumlah duit tu, tapi ketenangan yang saya dapat.”
Isteri Tidak Tahu Menahu, Tapi Sokong Dari Belakang
Ads
Majalah Pa&Ma turut mendapatkan komen eksklusif daripada isteri beliau, Dr Azura Abas, seorang doktor, isteri kepada Dr Say Shazril dan juga ibu kepada tiga orang cahaya mata.
Menurutnya, apabila ditanya soalan mengenai pendedahan komitmen bulanan suaminya, Dr Azura dengan spontan menjelaskan tidak tahu langsung mengenai perkongsian suaminya itu secara terbuka di media. Namun bagi Dr Azura, beliau sangat menghormati usaha suaminya.
“Kalau suami mampu dan sanggup pikul semua komitmen, saya tak rasa isteri perlu rasa bersalah untuk tidak membantu. Tapi kalau isteri nak tolong, itu pun tak salah. Ikut keselesaan masing-masing.”
Namun dalam nada bergurau, beliau juga menambah, “Kalau isteri kisah macam saya… biarlah dia yang bayar semua!”
TETAP BANTU BAYAR YURAN ANAK KEDUA
Walaupun begitu, Dr Azura mengakui ada masa dia tetap bantu terutamanya dalam yuran anak kedua, atau perbelanjaan kecil lain.
Baginya, dalam perkahwinan, perkongsian itu penting. Kalau suami terbeban, dan isteri mampu, tiada salah untuk bantu meringankan.
Ads
Kenapa Dr Azura Kembali Bekerja
Bukan sekadar untuk membantu kewangan, Dr Azura juga turut berkongsi sebab utama beliau kembali bekerja.
“Saya sayang dengan ilmu yang saya ada. Rasa rugi kalau tak disumbangkan kepada masyarakat.”
Tambah beliau lagi, bekerja juga menjadi terapi untuk dirinya.
“Bila hanya duduk rumah, jaga anak, urus kerja rumah saya sendiri rasa mental saya tak stabil.
“Bila saya bekerja, saya dapat ‘break’ sekejap dari rutin tu dan rasa lebih sihat dari segi emosi.”
Apa yang pasti, setiap pasangan ada cara dan prinsip masing-masing. Tapi apa yang penting, adalah saling memahami dan saling membantu.
Sama ada isteri bekerja atau tidak, sama ada suami tanggung semua atau berkongsi semua itu adalah keputusan bersama, asalkan bahagia dan saling menyokong.
Buat para suami, pendedahan ini patut jadi ‘wake-up call’. Jangan fikir tugas kamu habis selepas akad nikah. Komitmen hidup makin hari makin besar. Isteri bantu? Alhamdulillah. Tapi kalau mereka tak mampu, tanggungjawab tetap atas bahu kalian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan. Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat.
“Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” katanya.
Dalam masa sama, dia juga bersyukur kehidupan rumah tangga yang dibina bersama pelakon, Aeril Zafrel semakin bahagia dan memasuki tahun ke-12 perkahwinan.
“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.
“Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.
“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” katanya.
Seorang ibu yang sakit hendak bersalin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulans.
Suri rumah berusia 35 tahun yang hamil anak kedua itu dipercayai sakit hendak bersalin dan suaminya kemudian menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.57 petang semalam daripada petugas zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani yang memaklumkan wanita itu dan bayi dalam kandungannya sudah meninggal dunia.
Difahamkan, wanita itu dipercayai tidak sedarkan diri sebelum pengsan. Mangsa juga disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki ambulans.
“Doktor sudah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dan disahkan bayi itu turut meninggal dunia di dalam kandungan.
“Hasil semakan yang dilakukan melalui temu bual suami mangsa juga mendapati, wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan.
“Berikutan itu, Pol 61 dikeluarkan untuk mengetahui sebab kematian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Azharuddin berkata, pemeriksaan lanjut terhadap mayat si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat hari ini.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati seorang ayah luluh apabila anak yang sepatutnya pulang hari ini, rupa-rupanya pergi buat selamanya.
Anuar Yusof, 55, memaklumkan bahawa anaknya, Konstabel Akmal Wafi Anuar, 27, sepatutnya pulang ke rumah bersama adik perempuannya pada hari ini, namun tidak disangka anaknya itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.
“Akmal Wafi sepatutnya pulang ke sini dengan adik perempuannya hari ini…”
Arwah adalah anak sulung daripada lima beradik memaklumkan hasrat untuk pulang ke kampung menerusi panggilan video tiga hari lalu.
Anuar adalah bapa kepada anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Konstabel Akmal Wafi Anuar, 27, yang maut bersama sembilan anggota lain dalam kemalangan di Jalan Chikus – Sungai Lampam, di sini awal pagi hari ini.
TAHU BERITA KETIKA SARAPAN
“Kali terakhir kami bertemu kira-kira dua minggu lalu, namun ketika itu arwah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
Dia masih bujang dan bila balik ke sini, dia selalu berjumpa kawan-kawannya dan disebabkan itu dia jarang ada di rumah,” katanya.
Annuar berkata, dia hanya mengetahui kemalangan itu membabitkan anggota polis menerusi gambar dan video yang tular di media sosial ketika bersarapan bersama rakan di sebuah kedai kira-kira jam 9.30 pagi.
“Waktu itu saya langsung tidak syak apa-apa kejadian buruk berlaku pada arwah ketika tengok video rakan setugas dalam trak yang dimuat naik di media sosial.
“Arwah memang selalu berkongsi aktivitinya di tempat kerja dengan keluarga, jadi saya tak syak apa-apalah.
“Namun sebaik pulang ke rumah, saya cuba hubungi telefon bimbit beberapa kali, namun tidak berjawab dan terus menghubungi tempat kerjanya sebelum dimaklumkan kejadian menimpa anak saya itu,” katanya.
Jenazah Akmal Wafi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Limau, Lunas, di sini selepas urusan bedah siasat selesai di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, Perak.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.