Kadangkala anak kita melakukan beberapa perkara yang tidak kita fahami, terutama sekali kalau anak tu belum pandai bercakap lagi. Apakah yang perlu kita lakukan? Apakah yang sebenarnya mereka mahukan?
Kenali masalah anak anda:
Dia enggan merenung mata anda. – “saya malu…”
Apabila anak anda mengelak dari memandang mata anda, ini bermakna dia taknak lagi menjadi perhatian orang ramai. Contohnya dia tahu yang anda marah bila dia taknak makan sayur dan campak sayur dari pinggannya. Menurut pakar, apabila anak kecil taknak tengok mata anda, dia sedar yang perilakunya mungkin akan mengecewakan anda
Tindakan anda:
Jelaskan dengan ringkas dan bahasa yang mudah difahami tentang kesalahannya itu.
Dia mengambil kesemua anak patung lembutnya masuk tidur. – “saya takut…”
Bila anak anda tiba-tiba membawa masuk banyak anak patung ke dalam biliknya, dia mungkin sudah capai umur dimana imaginasi mula mengambil tempat. Dia mula mendapat mimpi ngeri dan bertindak untuk memeluk dan membawa patung kegemarannya sentiasa kerana dia mahu berasa selamat jika berjalan di dalam rumah pada waktu malam
Tindakan anda:
Anda boleh menanyakannya sekiranya dia memerlukan teman untuk tidur malam. Anda juga boleh menenangkannya dengan menceritakan tentang kewujudan Allah yang sentiasa menemani mereka dimana sahaja mereka berada. Cara ni memang terbaik sebab Zuyyin memang tak takut gelap atau bersendiri di tempat gelap.
Ads
Dia mengangkat bajunya sehingga menutup kepalanya atau menghisap jari. – “saya cemas…”
Kalau kita pergi ke majlis yang tak kenal sesiapa, kita mesti berasa tak selesa. Begitu juga dengan anak kita. Sekiranya dia berada dalam sebuah bilik yang penuh dengan orang, dia tidak tahu cara untuk menyesuaikan diri lalu akan menyembunyikan kepalanya dalam baju. Sesetengah kanak-kanak akan menggigit baju, ada juga yang menghisap jari atau menutup muka
Tindakan anda:
Dengan perlahan turunkan bajunya. Pegang atau pimpinlah anak untuk memberikannya kepastian bahawa tempat itu selamat. Berikannya masa untuk menyesuaikan dirinya
Dia bersembunyi dibelakang perabot apabila dia sedang membuang air besar di dalam lampinnya. – “saya perlukan privasi..”
Ads
Bila anak semakin membesar, dia akan secara semulajadi membina rasa malu dan perlukan privasi. Perkara ini adalah sesuatu yang positif untuk memulakan potty trainnya
Tindakan anda:
Galakkan anak anda mencari privasi, namun tunjukkannya arah ke bilik air. Perkara ini sememangnya sangat baik kerana anda dapat mendidik anak untuk ke tandas yang betul. Tapi jangan pula berikan anak anda tekanan untuk dia duduk di mangkuk tandas
Dia menjadi sangat kebudak-budakan, memukul, mematahkan alat permainan atau membaling makanan. – “saya tidak suka…”
Adakah anda terkejut bila tengok anak anda meradang? Jangan panic! Ini bukan bermakna yang personality anak anda bertukar serta merta. Perangai ini sebenarnya adalah sebagai reaksinya terhadap situasi tersebut. Sebenarnya anak anda ingin memberitahu “saya penat” atau “saya bosan” ataupun “saya mahukan perhatian”
Tindakan anda:
Ads
Cuba kenalpasti apa yang sebenarnya dirasakan pada waktu itu. Jika anak kita berasa bosan, cubalah untuk bermain bersamanya. Jangan kita biarkan dia main berseorangan. Atau boleh juga bawa anak anda berjalan di taman atau kawasan sekeliling rumah untuk menukar persekitarannya. Adalah sangat penting untuk anda mengajarnya cara terbaik untuk meluahkan perasaan.
Anda juga boleh cuba meletakkan anak anda si satu ruang untuknya bersendirian dan bagitau dengan jelas yang anda tidak akan bekerjasama jika dia membaling barang dan permainan lagi.
Anda juga boleh mencipta beberapa aktiviti menyeronokkan untuk anda berdua lakukan bersama-sama
Dia menjerit, “Tidak! Saya nak ibu!” apabila kanak-kanak lain mendekatinya. – “Berikan saya perhatian..”
Perilaku yang selalu ingin berkepit, taknak berenggang ni mungkin menjadi tanda yang anak kita merasakan tidak dapat perhatian sepenuhnya dari anda, terutama sekali apabila anda bekerja sepanjang masa ataupun baru mendapat baby lagi.
Tindakan anda:
Peluk anak anda dan bagitau yang anda sayang sangat dengannya. Anda juga boleh ambil kesempatan ini untuk mengajarnya erti perkongsian.
Walau apa sekalipun yang anak anda lakukan, dan anda tidak sukakannya. Jangan sesekali memarahi mereka. Mereka tidak faham, jadi kita sebagai ibu bapalah yang perlu memberikan penjelasan dengan cara yang mudah difahami.
PELUK, PELUK dan PELUK mereka selalu. Anda akan dapat lihat yang anak anda akan menjadi seorang yang positif apabila anda sering memeluk dan menyatakan yang anda sayangkannya.
Nak latih kemahiran berfikir pada anak, ibu ayah boleh aje lakukan beberapa aktiviti mudah di rumah. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif.
Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil lagi. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membentuk kreativiti?
1.Menconteng, mewarna dan melukis
Anak-anak kecil amat suka melukis. Anda pasti pernah melihat lakaran-lakaran pada badan anak dan tertanya bila masa anak anda menconteng dirinya. Atau anda pasti terkejut dengan karya seni anak yang tiba-tiba terpapar di dinding rumah yang baru dicat. Anak suka melukis dan akan melukis apabila diberi kesempatan.
Dengan itu bekalkan anak dengan kertas dan alat tulis yang sesuai dari segi kuantiti serta jenisnya. Sediakan juga buku-buka mewarna untuk anak. Anak yang suka menconteng, melukis dan mewarna akan sentiasa mempunyai aktiviti yang bermenafaat dan kurang masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah.
Lazimnya, aktivti ini akan menjadi hobi anak sehingga dia dewasa. Kemahiran melukis meningkatkan otak kanannya. Ia adalah suatu kemahiran yang berguna walaupun dia seorang doktor.
2. Seni dan kraf
Selain dari melukis, libatkan anak-anak dalam aktivti bercorak kraftangan. Ajak anak menghasilkan karya seni atau kraf dari bahan buangan. Ini akan memupuk rasa sayangkan alam sekitar di samping membentuk daya kreativiti anak. Mengajar anak seni lipatan seperti origami juga membina daya kreativiti anak serta membantu membangunkan pergerakan motor halusnya.
3.Bermain lego dan blok
Ia berupaya membina kreativiti dari kedua-dua permainan ini. Anak dapat menghasilkan karya yang kadang kala diluar dugaan kita dengan menggunakan lego dan blok. Malah mereka akan menceritakan apa yang terdapat pada rekaannya dan kenapa rekaannya sebegitu. Permainan blok serta lego juga mengembangkan daya kognitif anak. Konsep ruang, tinggi, rendah serta besar, kecil dapat dipelajari secara tak langsung,
4.Jigsaw puzzle
Salah satu aktiviti yang dapat membina kreativiti anak adalah jigsaw puzzle. Anak harus mampu melihat gambaran yang menyeluruh untuk menyelesaikan jigsaw puzzle. Anda boleh memperolehi berbagai jenis jigsaw puzzle pada tahap yang berbeza. Bermulalah dengan jigsaw puzzle yang mudah; yang mempunyai 2 hingga 3 pecahan dan pertingkatkan cabaran. Malah anda boleh menghasilkan jigsaw puzzle anda sendiri dengan menggunakan gambar dari poster atau yang dicetak dari alam maya. Pertama kali melaksanakan aktivti ini pastikan gambar yang dipilih adalah gambar yang mudah dan dikenali anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti-cuti bersama keluarga memang menyeronokkan, bukan sahaja ibu bapa dapat menikmati masa kualiti bersama anak-anak, malah meluangkan masa dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jika, anda merancang untuk bercuti ke Thailand dengan bajet murah, admin mencadangkan agar membawa anak-anak menggunakan train ke Thailand. Seperti bercuti sambil belajar. Suasana lebih santai semasa perjalanan semasa menaiki keretapi. Jom ikuti perkongsian percutian daripada AyuMastura Kenon yang bercuti ke Thailand baru-baru ini. Boleh jadi panduan buat ibu ayah untu next destinasi percutian nanti. Nak tempat penginapa yang murah, klik sini.
Untungla org Utara….I jelez hoccay!!
Semenjak commuter KTM mula beroperasi senang sgt2 dah nk ke Thailand ??. Hanya bermodalkn RM35 dh boleh g HatYai blk hari kikiki…
Gunakan kod promo ini untuk harga yang berpatutan.
Mai saya share skit utk trip baru ni. Ni panduan utk amik commuters dr Butterworth atau kawasan2 sekitarnya.
Saya amik Train dr Tasek Gelugor (TG) ke Padang Besar (RM10.40 adult / RM5.20 child)
Train dr TG sejam sekali bermula 5:48pg dan mengambil masa sejam sengah utk sampai ke PDG Besar..
Sata naik train pukul 7:48pg sbb nk kejar train ? ke HatYai pukul 9:55pg waktu Malaysia. Sesampai kt Pdg Besar mmg ngam2 train ? Thailand tgh tggu..
Tiket train kelas ketiga Pdg Besar ke HatYai RM7 (50thb)..
Klu korg g awal tu boleh la naik bus or naik minivan ke Hatyai.. tp ai is mls sbb bnyk kali nak bertukar2 nk naik train gak yg senang terus sampai ke HatYai.
So dh sampai HatYai ni pandai2 ler kan… nak g Krabi ke Phuket ke Koh Lipe ke Bangkok ke.. suka hati mung lah… agak2 klu bosan boleh g HatYai…jom sape nk ikut hahahaa..
Lepas ni kalau balik kampung mmg kena bawak passport ler gamaknye…
*Tiket boleh beli secara online dan naik dari padang besar atau hatyai ke mana2 destinasi di Thailand.
Credit : AyuMastura Kenon via Penang kini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebaikan messy eating buat si manja, bayi makan comot dan bersepah tanda dia sedang belajar. Sampai bila anak kena messy eating? Ada yang mengeluh anak sudah setahun lebih bermessy eating. Tapi makannya tetap bersepah. Bila sebenarnya anak akan ok bila messy eating?
Kebaikan Messy Eating Buat Si Manja, Bayi Makan Comot & Bersepah Tanda Dia Sedang Belajar
Ramai ibu lebih suka menyuap anak mereka makan daripada sakit mata melihat makanan bersepah dan anak comot. Mereka lebih rela menyuapkan anak makan berbanding membiarkan anak makan sendiri.
Sabar! Jika anda tahu kebaikan jika membiarkan anak makan bersepah, pasti anda membiarkan si kecil berkelakuan sebegitu. Berikut perkongsian daripada Dr Amalina Mohd Daud
Anak setahun lebih bukanlah competent eater lagi. Panjang lagi masa anak perlu messy eating. Expecting anak boleh makan kemas pada usia ini adalah too much.
Anak perlu messy eating untuk buat dia selesa dgn pelbagai rasa dan tekstur makan. Messy eating membantu anak buat sensory feeding. Messy eating bina hubungan nyaman di meja makan. Messy eating reflect unconditional love dari parents kepada anak. You love me during my good time and bad times.
Anak saya yang 2 tahun lebih masih ada messy eating kadang-kadang. Anak yang 7 hingga 8 tahun juga masih normal makan bersepah biarpun sudah banyak kurang. It will take time dan tolonglah benarkan anak kita buat mistakes. In mistakes they will learn about live.
Saya sentiasa menggalakkan ibu bapa untuk biarkan bayi dan anak-anak makan secara bersepah (messy eating). Makan bersepah adalah satu-satunya cara anak kita selesa dengan makanan dan sedia untuk makan.
‘Messy eating’ membantu merangsang sistem deria mereka untuk belajar tentang tekstur, rasa dan suhu.
Tetapi bukan setiap kali makan anda perlu melakukan ‘messy eating’. Anda boleh memilih untuk melakukannya pada bila-bila masa untuk melakukannya.
Bayi melakukan ‘messy eating’ tidak bermakna mereka tidak mempunyai adab.
Adab sebenarnya tidak dapat dibayangkan untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun kerana mereka tidak mempunyai kemahiran bahasa dan kognitif untuk memahami adab.
Apabila tiba masanya, mereka akhirnya akan belajar adab
Pemakanan yang tidak kemas adalah cara kanak-kanak belajar cara makan dan memperoleh kemahiran penyusuan.
Jadi adakah anda membenarkan ‘messy eating’ untuk bayi anda?
Tip ‘Messy Eating’ dengan anak:
1. ‘Messy eating’ penting supaya anak suka makan
2. ‘Messy eating’ bantu anak terima tekstur dan rasa
3. Tak perlu semua waktu makan kena ‘messy eating’
4. Elakkan lap muka dan tangan comot ketika makan
5. Jangan bimbang fasa ini pasti berlalu apabila anak dewasa
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan. Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai, seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter.