Didik Anak Jadi Pahlawan Sejati: Ibu Bapa Wajib Tonton Kisah Heba Nusaybah
Dalam era digital yang penuh gangguan dan tekanan sosial, membentuk anak yang bukan sekadar cemerlang akademik tetapi juga kuat jiwanya adalah satu cabaran besar. Namun, dari saluran Bintang Kecil, muncul kisah luar biasa seorang gadis berusia 12 tahun — Heba Nusaybah — yang sudah mengangkat panji Malaysia di pentas memanah berkuda antarabangsa. Kisah ini bukan sekadar tentang keberanian seorang anak kecil, tetapi lebih penting, bagaimana ibu bapanya membentuk peribadi Heba dengan penuh hikmah, kasih sayang dan visi jangka panjang.
Didikan Bermula dengan Contoh, Bukan Suruhan
Bagi Heba, segalanya bermula daripada teladan ibunya sendiri. “Umi yang mula dulu,” katanya dalam video. Ibu Heba mencuba sukan berkuda dahulu sebelum mengajak anak-anak menyertainya. Ini satu pengajaran penting: anak-anak belajar paling berkesan bukan dengan arahan, tapi dengan pengaruh. Bila ibu bapa tunjuk minat dan semangat, anak-anak akan terinspirasi. Dalam sesi Q&A terbaru, Heba berkongsi bahawa dia kini lebih yakin dengan diri sendiri berbanding dahulu, hasil daripada sokongan moral dan fizikal ibu bapanya.
“Ibu dan ayah tak pernah paksa, tapi mereka selalu ingatkan tentang niat kenapa Heba buat semua ni,” katanya.
Urus Risiko, Tanam Nilai
Sebagai ibu bapa, rasa takut itu normal, terutamanya apabila anak ceburi sukan yang lasak. Tapi ibu Heba memandang risiko sebagai ruang untuk belajar dan matang. Dalam video, beliau berkongsi bagaimana setiap jatuh dari kuda bukan sekadar cabaran fizikal, tetapi pembinaan mental. Bila ditanya tentang apa yang selalu menguatkan semangatnya, Heba menjawab:
“Mak selalu kata: Enjoy the process, fokus pada kalahkan rekod peribadi, tak perlu stress tengok prestasi orang lain.”
Kata-kata yang ringkas, tetapi cukup dalam untuk membentuk jati diri anak.
Ads
Berdikari Kewangan Sejak Kecil
Satu ciri istimewa dalam keluarga Heba adalah cara mereka mengurus kos sukan — bukan dengan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Heba jual kerepek, abangnya buat dan jual anak panah. Mereka belajar bahawa minat mesti diusahakan, bukan sekadar disokong. Dalam masa yang sama, Heba gigih membahagikan masa antara akademik, latihan, dan hafazan. Rutin hariannya padat, tapi teratur:
“Bangun awal, solat Subuh, siapkan kerja sekolah, latihan berkuda 2-3 kali seminggu, dan malam kelas hafazan.”
Kunci di sini? Pengurusan masa, dan ibu bapa yang bijak mengimbangkan disiplin dengan kasih sayang.
“Jangan berhenti. Kadang-kadang kita tak nampak kenapa Allah bagi kita jatuh, tapi sebenarnya Allah tengah siapkan kita untuk jadi lebih kuat.”
Heba mengakui bahawa dia pernah sedih bila kalah, tapi akan semak semula video perlawanan dan belajar daripada kesilapan. Ibu pula akan beri panduan. Heba juga baru sahaja mencatat kejayaan terbaharu — tempat pertama dalam Perlawanan Persahabatan Malaysia-Indonesia kategori Child pada 6–7 April 2025. Heba kini sedang fokus untuk World Kids Championship di Bogor, Indonesia pada Julai ini.
Ads
Bangunkan Jiwa Anak, Bukan Hanya Potensi
Heba menyebut bahawa sumber inspirasinya terbesar adalah ibunya sendiri — bukan sekadar ibu, tetapi juga jurulatih, pengurus dan sahabat. Kisah Heba bukan hanya tentang kejayaan, tetapi proses membesarkan seorang anak yang kuat jasad, akal dan hati. Buat ibu bapa di luar sana, inilah masanya untuk melihat semula pendekatan kita: adakah kita sekadar mahu anak berjaya, atau mahu mereka menjadi insan yang memberi makna? Kerana anak yang dibesarkan dengan kasih, contoh, dan prinsip — akan menjadi cahaya masa depan, bukan sekadar bintang kecil di langit malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti-cuti untuk anak-anak sudah ‘habis’ untuk penghujung tahun ini. Lusa bermulah persekolahan buat anak-anak bagi sesi 2018. Namun tidak bermakna ibu bapa tidak boleh merancang percutian ‘next’ untuk anak-anak. Perancangan awal boleh lah kita buat ‘tabungan’ awal.
Apa kata tahun depan bawa keluarga cuti-cuti di laut iaitu percutian atas kapal. pelbagai kemudahan ada. Memang macam percutian di darat.
Mesti anak-anak jika dapat berpeluang untuk menaiki kapal hati gembira tak terkata dan pasti teruja! Memang percutian mesra keluarga!
Untuk merasai pengalaman ini best, ikuti perkongsian oleh Filzah Muhamad Darus BBM yang bercuti baru-baru ini.
Pengalaman naik STAR CRUISE LIBRA .Best!!!
Penang To Penang RM350 Fullboard ??
– breakfast + dinner
– bilik ada tingkap + RM50
– port charge + RM50
– servis charge + RM50 (bila checkout)
bila kita CHECK-IN ja pelbagai aktiviti dah sedia. pilih ja…seronok lagi, kalau kita naik ramai-ramai…
Dining Restaurants:
1.Four Seasons Restaurant (Western)
Mariners Buffet
Ocean’s Palace (Chinese)
Blue Lagoon
Coconut Willy’s
The Spices (Halal)
Pool Bar
8. Taipan
.Entertainment:
1.Skyline KTV (Open-Style Karaoke)
2.Boomer’s (Discotheque)
3 Stardust Lounge (Show Lounge)
Onboard Facilities:
Pool
Twin Jacuzzi
Jogging Track
Beauty Saloon
Internet Cafe
Activity Center
Porthole (Children’s Playroom)
Port Free Duty Shopping
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak sebenarnya mudah dengar kata jika ibu bapa memahami apa yang mereka mahu. Apa yang menjadi masalahnya adalah sikap ibu bapa yang lebih cepat menghukum dan menengking bila anak tak ikut apa yang disuruh.
Ingat anak-anak bukan robot yang sekali beri arahan terus ikut. Ada anak yang mudah tapi ada juga anak yang kena cakap elok-elok supaya moodnya tak mudah berputar 36o darjah.
Walaupun anda dah mempunyai lebih dari dua anak, tapi jika masih lagi mengamalkan sikap tegas yang melampau tak bermakna juga. Berikyt diberikan 3 cara positif yang boleh dilakukan tanpa menghukum.
Merancang Lebih Awal
Merancang lebih awal dan pastikan kita memberikan masa yang secukupnya untuk anak beralih dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Kebanyakan kanak-kanak lebih berdisiplin jika mereka tahu rutin harian mereka.
Contohnya, ajak anak-anak untuk buat jadual harian yang lengkap dan tampalkan di dinding. Ambil kira juga pendapat mereka dan jelaskan supaya mereka faham. Katakan waktu mandi adalah pada pukul 6 petang. Aktiviti sebelum mandi ialah bermain di luar rumah. Ibu atau bapa seharusnya memberi cukup masa untuk anak beralih dari aktiviti bermain di luar kepada aktiviti mandi dan ingatkan mereka tentang masa. Ibu bapa jangan jemu menjadi ‘alarm clock’ kepada anak-anak kecil kerana mereka belum memahami konsep masa, mudah lupa, lebih mudah terpengaruh dan ralit dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan.
“Syafiq, Asyraf, lagi 15 minit adalah waktu untuk mandi”
15 minit kemudian,
“Dah pukul 6 petang, Syafiq dan Asyraf boleh masuk dan mandi sekarang”
Jika anak-anak masih tidak memperdulikan dan terus bermain, hampirilah mereka dan ingatkan mereka tentang jadual yang mereka buat. Ambil segala yang membuatkan mereka ralit bermain. Sekiranya mereka protes, ibu atau bapa boleh cuba gunakan kreativiti untuk mengajak mereka masuk dan mandi.
“Syafiq dan Asyraf boleh bermain lagi esok. Sekarang waktu mandi. Syafiq dan Asyraf boleh melompat macam katak untuk masuk ke bilik air. Kita tengok siapa sampai dulu”
Beri Peluang Kedua
Jika anak membuat kesilapan jangan terus marah-marah. Berikan mereka peluang kedua. Ini adalah satu peluang yang besar untuk mereka mempelajari nilai bersemangat kental, tidak berputus asa dan berani mencuba sekali lagi. Jika ibu bapa asyik menengking ketika anak membuat salah, selain mereka tidak berani mencuba lagi, self esteem dan keyakinan diri mereka juga akan menurun dan yang paling buruk jika anak-anak menyimpan dendam kepada ibu bapa.
Bermain Dan Berjenaka
Meminta anak melakukan sesuatu dengan cara berjenaka bukan saja menyeronokkan malah ia lebih mudah mendapat kerjasama daripada mereka. Gunakan kreativiti untuk membuat jenaka ketika meminta anak melakukan sesuatu. Contohnya, ibu bapa boleh menggunakan binatang mainan seperti itik plastik.
“Kuek..kuek..dah pukul 6 petang. Itik nak mandi. Asyraf dan Syafiq, jom mandi sekali dengan itik..kuek..kuek”
Ketawa, gembira, dan keseronokan menggalakkan tingkah laku dan kelakuan yang positif. Cubalah ikut kreativiti anda. Anak gembira anda pun senang hati.
Sumber: ibubapacemerlang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir. Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki.
Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus. Ia boleh merangsang sensori pada diri kanak-kanak itu. Kita patut mengalakkannya untuk anak teroka dan rasai pengalaman itu sendiri. Bukannya selalu pun hanya waktu tertentu sahaja.
Menurut Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, eksplorasi sensori merujuk kepada keadaan ketika kanak-kanak sedang bermain dengan stimulasi pelbagai medium sensori.
Sebagai contoh, semasa bermain di pantai kanak-kanak akan mendapat pelbagai stimulasi sensori penting. Antaranya ialah:
Tactile: Bila kanak-kanak sentuh tekstur pasir, air dan campuran pasir dengan air laut
Vestibular & Proprioseptif : Bila kanak-kanak perlu melakukan pergerakan tubuh semasa berjalan di atas pasir dan di dalam laut.
Visual: Bila kanak-kanak perlu melihat objek yang bergerak di atas air, objek tersembunyi di sebalik pasir, dan membezakan bentuk-bentuk objek yang dijumpai
Auditori: Bila kanak-kanak perlu fokus pada bunyi suara ibu ayah dan adik-beradik di samping bunyi deruan ombak yang kuat.
Gustatori: Bila anak rasa masinnya air laut
Kesemua ini adalah perkara-perkara penting yang akan mengukuhkan foundasi perkembangan kanak-kanak.
Kesemua ini juga adalah pencetus kepada minat kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan orang di sekililingnya:
1. Melihat adik-beradik main pasir, membina istana pasir lantas teruja meniru.
Meniru atau imitasi perbuatan adalah kemahiran asas sosial komunikasi yang kanak-kanak perlukan bagi membolehkan mereka belajar bertutur.
2. Cuba menyelesakan diri dengan kesan air laut dan pasir pada tubuh.
Ini meningkatkan kesedaran tubuh, iaitu kemahiran yang sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak selesa dengan tubuhnya, dan seterusnya mengurangkan anxiety. Ini akan membuatkan kanak-kanak lebih selesa untuk bersosial dan berkomunikasi.
3. Sifat ingin tahu melihat pelbagai objek yang dijumpai di pantai.
Sifat ingin tahu akan mencetuskan insiasi komunikasi. Anak akan teruja untuk melakukan perhatian bersama ibu bapa untuk memenuhi sifat ingin tahu mereka.