“Janji settle masalah!” Itulah yang dikongsi oleh pelakon cantik, Datin Intan Najuwa, yang mendedahkan kisah spontan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, yang tanpa banyak cakap terus bertindak menggunting rambut anaknya, si comel Imane Lunara.
Menurut Intan, segalanya berlaku ketika dia sedang sibuk memasak di dapur. Dalam masa yang sama, si kecil kesayangan mereka, Imane Lunara, dilihat asyik menggaru di bahagian telinga.
Mungkin gatal, mungkin tak selesa, tapi tindakan sang suami memang tak dijangka langsung.
“Masa saya tengah memasak di dapur, suami senyap-senyap guntingkan rambut anak. Dia cakap, ‘Kasihan Lunara telinga gatal, rambut cucuk kat telinga.”
Ads
“Tahu-tahu je, rambut panjang Lunara dah jadi pendek dan bukan pendek yang kemas macam potongan salun ya. Tapi jenis kontot comel yang buat si ibu tak tahu nak ketawa atau nak nangis.
“Jadi ‘kontot’ rambut Lunara. Saya tengok pun tak tahu nak gelak ke nak menangis,” kongsinya.
Ads
Walaupun kelakar, tindakan spontan itu jelas lahir dari rasa sayang dan naluri seorang ayah yang mahu anak rasa selesa. Tapi biasalah, kalau mak-mak tengok hasil ‘DIY’ macam tu, memang ada rasa nak pause kejap dunia.
Perkongsian Intan itu mendapat perhatian ramai ramai malah rata-rata warganet terhibur dan gelak besar dengan gelagat Datuk Azraf yang katanya sejenis ayah yang tak boleh tengok anak tak selesa.
Ads
Malah, ramai juga yang mula throwback pengalaman masing-masing dalam journey membesarkan anak-anak.
“Suami saya pun sama! Gunting rambut anak masa saya tengah tidur. Esok bangun terkejut tengok anak macam cendawan!”
“Ayah bila dah sayang, dia tak fikir dah layer ke, trim ke. Janji selesai masalah”
Kadang-kadang, perkara kecil macam ni lah yang jadi memori paling manis dalam keluarga. Spontan, tak dirancang tapi cukup buat hati ibu bapa dan anak-anak terikat sampai bila-bila.
Sedangkan kita nak ke pejabat pun dah sedih nak tinggalkan anak, apatah lagi kalau terpaksa pergi jauh dan tak boleh bawa anak sekali. Memang mudah sangat nak ‘jatuh’ air mata kan? Kalau tak jadi pada diri kita pun, sebagai mak-mak tentulah boleh relate dengan situasi ni.
Waktu mula-mula tengok perkongsian video dari pelakon Nadzmi Adhwa ni, memang menangis! Sedih sangat tengok momen ibu anak ni di dalam kereta. Dapat dilihat isteri Nadzmi, Ardell seperti menahan sebak apabila melihat wajah anak mereka. Tanpa berkata apa-apa, yang kedengaran hanyalah suara Nadzmi meminta Urwa untuk “Sayang Umi.”
Apabila Urwa mula melihat dan mencium wajahnya, Ardell tidak dapat menahan air matanya dan terus menangis. Selain video pendek tersebut, Nadzmi turut memberitahu yang isterinya menyertai misi kemanusiaan. Mungkin itulah yang menjadi punca kenapa Ardell tersentuh sangat apabila melihat kecomelan dan telatah Urwa.
Melalui posting terbaharunya, Ardell telah berangkat ke bumi Syam untuk menjalankan misi kemanusiaan bersama pasukannya leih kurang 11 jam yang lepas. Rata-rata yang menonton video tersebut juga berkongsi kesayuan yang sama dan mendoakan keselamatan Ardell ketika ‘berjuang’.
Sama-sama kita doakan agar perjalanan serta urusan Ardell dan teman-temannya dipermudahkan. Bukan mudah seorang ibu untuk meninggalkan anak yang masih kecil apa lagi untuk menjalankan misi kemanusiaan.
Terdahulu, ketika mengandungkan Urwa juga Ardell pernah ke Syria untuk membantu masyarakat di sana. Tidak dinafikan semangat Ardell sangat kental, semoga dia terus dilindungi Allah SWT.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebatnya anak Selangor! Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam) berjaya mengharumkan nama negeri Selangor apabila dinobatkan johan kategori Inovasi Sekolah Rendah dalam Pertandingan SciFusion Kebangsaan 2025.
Sekolah ini adalah merupakan sekolah rendah pertama yang didirikan di Shah Alam dengan cogan kata sekolah, “Belajar Terus Belajar”, sudah pastinya ia melahirkan generasi yang cemerlang dalam akademik.
Pertandingan itu berlangsung di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kemenangan ini bukan saja membuktikan kehebatan murid-murid SK Shah Alam, tapi juga hasil usaha gigih guru dan semangat pasukan yang luar biasa!
Empat murid SK Shah Alam di bawah bimbingan guru mentor Shahrul Asyraf bin Suhaimi berjaya memukau juri dengan projek inovasi pendidikan bertajuk FonikAR, sebuah aplikasi bahan bantu mengajar berasaskan realiti terimbuh (Augmented Reality).
FonikAR dibangunkan bagi menyokong dua keperluan utama pendidikan negara iaitu penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira) dalam kalangan murid sekolah rendah, serta menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendigitalkan pendidikan melalui Dasar Pendidikan Digital.
Aplikasi ini membolehkan pengguna mengimbas kad imbas dan melihat huruf dalam bentuk 3D, lengkap dengan contoh perkataan dan bunyi fonik. Ia sesuai digunakan di sekolah mahupun di rumah, malah direka mesra untuk murid pendidikan khas.
“FonikAR menggabungkan pendekatan fonik tradisional dengan teknologi AR yang moden dan futuristik. Kami cuba hasilkan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan inklusif, sesuai untuk semua murid tak kira latar belakang atau keupayaan,” kata Shahrul Asyraf.
Menurut beliau lagi, antara keunikan FonikAR adalah gabungan paparan tulisan sebenar 3D dengan objek serta huruf dalam bentuk 3D, selain sokongan suara bantuan fonik yang membantu murid belajar melalui pendekatan visual dan auditori.
Salah seorang murid menyatakan dengan penuh teruja bahawa mereka tidak menyangka akan menang kerana saingan yang sangat sengit, namun berasa bersyukur kerana inovasi tersebut mendapat tempat di hati juri dan berpotensi untuk diperluaskan ke seluruh negara.
“Kami semua tak sangka akan menang sebab saingan sangat sengit. Kami rasa bersyukur inovasi ini mendapat tempat di hati juri dan dapat diperluaskan lagi seluruh negara,” kata salah seorang murid dengan penuh teruja.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, manakala majlis penutupan dirasmikan oleh Encik Muhammad Hamiduddin Saat, Timbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba.
FonikAR sebelum ini telah dibentangkan di peringkat kebangsaan dalam Seminar Buku Teks berkaitan Kurikulum 2027, dan turut dipersembahkan di pentas antarabangsa termasuk di Semarang dan Jakarta, Indonesia serta di Mumbai, India. Ia juga memenangi anugerah Inovasi Terbaik dalam dua pertandingan antarabangsa serta meraih lapan pingat emas di pelbagai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
SK Shah Alam kini dalam proses tapisan pertama bersama MyIPO bagi mendapatkan perlindungan hak cipta, dan bercadang memperluaskan penggunaan FonikAR di seluruh negara. Pihak sekolah turut merancang menyertai lebih banyak pertandingan inovasi pada masa akan datang.
SciFusion: Festival Inovasi & STEM Kebangsaan merupakan penganjuran julung kali oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi bersama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za’ba, UKM. Bertemakan Innovate to Elevate, program ini menampilkan pertandingan inovasi, pembentangan fizikal, infografik dan video kreatif dengan pelaksanaan secara hibrid fizikal dan dalam talian.
“SciFusion direka sebagai platform untuk pelajar sekolah menunjukkan potensi sebenar mereka dalam bidang inovasi dan STEM. Kami harap program ini dapat mencetus semangat ingin tahu, serta keyakinan untuk mereka terus berinovasi dalam dunia sebenar,” kata Pengarah Projek SciFusion 2025, Mohamad Zulfiqar Mohd Shah.
Sebanyak 250 peserta fizikal dan 135 peserta dalam talian mengambil bahagian mewakili sekolah dari seluruh negara. Antara pemenang utama lain ialah Kategori Inovasi Sekolah Menengah: Johan – Kolej Permata Insan, Negeri Sembilan (iONO), Pembentangan Fizikal Sekolah Rendah: Johan – SJKT Ladang Highland, Selangor (Ricinus Healing Stick), Pembentangan Fizikal Sekolah Menengah: Johan – SM IMTIAZ YT Kemaman (Physio-Finger Device), Kategori Infografik: Johan – SAM Unwanus Saadah, Selangor (Riang Ria Kimia Raya) dan Kategori Video Kreatif: Johan – SMJK Jit Sin, Pulau Pinang (e-Vision).
Tahniah kepada pemenang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas sambutan potluck raya yang diadakan di sekolah-sekolah, kini mak-mak mula mempersiapkan hadiah anak-anak untuk diberikan kepada guru sempena meraikan Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei ini.
Mulalah mak-mak mencari pelbagai idea untuk diberikan sebagai tanda penghargaan kepada guru anak-anak di sekolah. Apa idea anda? Mana satu pilihan mak-mak untuk tahun ini?
Idea ibu Hani Mynis yang ringkas dan cantik ini masih menggunakan alat tulis sebagai hadiah utama. Jom intai, mana tahu boleh dijadikan idea untuk semua.
Kit alat tulis hadiah hari guru 2024 ✅
Alhamdulillah, setel hadiah hari guru untuk tahun ni. Setel awal tak kalut 😂. Sama macm tahun-tahun lepas, tahun ni Hani masih kekalkan tema yang sama iaitu kit alat tulis untuk cikgu-cikgu Aqil.
Sememangnya, bagi hani hadiah ni paling praktikal untuk cikgu-cikgu dan pada masa yang sama, murah dan senang untuk hani sediakan.
Kali ini, semua alat tulis ni Hani masukkan dalam bekas makanan pula (kalini jimat kerana bekas makanan ni di Eco rm2.40 untuk dua bekas 😘). Semua alat tulis hani beli di Eco je.
Tambahan hani masukkan set sudu garpu je hani beli di Shopee. Antara kedai termurah yang jual set begini sekali dengan kotak.
Antara alat tulis yang hani letak (dan cadangkan untuk letak):
✅ pen merah
✅ pen hitam/biru
✅ whiteboard marker pen
✅ mini stapler
✅ correction liquid/ correction tape
✅ klip kertas/binder clip
✅ gam
Harga set sudu garpu RM0.60/ set di Shopee (link di gambar terakhir) Semoga cikgu-cikgu Aqil berbesar hati terima pemberian Aqil untuk tahun ni.
Semoga ibu bapa dapat sedikit idea dalam perkongsian hani kali ini ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!