Pasangan Ryzal Ibrahim dan Maryam sering mendapat perhatian ramai kerana gelagat mereka berdua ketika merakam vidoe untuk saluran Youtube mereka. Sejak mereka berkahwin sehinggalah dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Rina, setiap apa yang mereka kongsikan di media sosial pasti meraih perhatian.
Sumber foto: Instagram maryamyunrrr
Sejak kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran Rina, pasangan ini lebih banyak berkongsi tentang perkembangan anak mereka. Telatah dan wajahnya yang comel selalu membuatkan warganet terhibur melihatnya.
Bukan saja Rina yang mendapat perhatian ramai, penampilan Maryam yang ayu bertudung juga dipuji. Dia nampak cantik dengan gayanya yang bersederhana.
Antara komen warganet;
Ads
Sesetengah anak kecil mungkin akan rimas dan mencabut tudung yang dipakai, tetapi Rina okay sahaja. Dia nampak sangat selesa bergerak dan bermain biarpun memakai jubah yang labuh serta tudung. Memang bagus betul Rina ni!
Bukan bertemankan dengan ibu dan ayah, tetapi kehadiran anak kecil yang baru berusia lima tahun ke surau untuk menunaikan solat subuh menarik perhatian ramai.
Betapa hebatnya didikan kedua ibu bapa ini hinggalah anak kecil yang baru berusia lima tahun itu kuat semangatnya malah sudah mengertikan akan tanggungjawabnya kepada agama.
Perkongsian saudara Muhammad Mustafa mengenai anak kecil ini ternyata menarik perhatian ramai.
Bukan hanya menunaikan tanggungjawabnya bersolat bahkan turut sama membawa Al-Quran sebaik habis bersolat. Hebat!
Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun datang ke surau pagi ini untuk mendirikan solat subuh. Terlewat bangun katanya.
Datang sendiri ke surau, untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat, dia mengambil mushaf Al-Quran untuk membaca, tanpa pantauan ibubapa.
Tahniah kepada ibubapanya yang mendidik untuk menunaikan solat di surau/masjid.
Moga adik IB menjadi contoh tauladan kepada anak-anak yang lain dan bakal mewarisi tamadun Islam suatu masa kelak.
Semoga anak kecil ini teruslah menjadi contoh dan tauladan malah menjadi inspirasi untuk anak kecil lain sepanjang perjalanan hidup mereka kelak.
Kehilangan insan tersayang adalah ujian yang amat berat, apatah lagi apabila melibatkan satu keluarga yang hilang tanpa khabar berita.Itulah yang dilalui oleh Muhammad Adlan Solehin Ishak, 24 tahun, yang tidak pernah berhenti mencari abangnya, Muhammad Azim Izat Ishak, 32 tahun, bersama isteri dan empat anak mereka sejak mereka dilaporkan hilang pada Sabtu lalu.
Muhammad Adlan Solehin, yang menetap di Perlis, menerima berita kehilangan abangnya daripada ahli keluarga lain.Sejak itu, beliau bersama keluarga tidak putus asa mencari mereka, walaupun tanpa sebarang petunjuk.Usaha pencarian mereka akhirnya membuahkan hasil apabila polis menghubungi mereka pada pagi tadi, memaklumkan penemuan sebuah kereta di dalam Sungai Korok, Jitra.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah abang pada pagi Jumaat, sehari sebelum kejadian, kami bersarapan sekali. Semalam pun, kami cari hingga malam, tetapi tiada sebarang petunjuk,” katanya.
Kereta yang ditemui di dalam sungai itu disahkan milik abangnya berdasarkan pengecaman beberapa pelekat di bahagian belakang kereta.Lebih memilukan, apabila pintu kereta dibuka, kesemua mayat mangsa ditemui di bahagian belakang kenderaan tersebut.alhijrahnews.com
“Saya dimaklumkan, apabila bomba buka pintu kereta sebelah bahagian pemandu, mereka memang menjumpai kesemua mayat mangsa di bahagian belakang kereta,” katanya dengan nada hiba.alhijrahnews.com
Kesemua jenazah akan dibawa pulang ke Jerlun untuk dikebumikan berhampiran kubur seorang lagi bayi Muhammad Azim Izat yang meninggal dunia pada Februari lepas.Pasangan berkenaan meninggalkan seorang anak sulung, Puteri Qisya Nur Izzat, 12 tahun, yang tidak mengikuti keluarga ke rumah saudara pada hari kejadian.
“Arwah dapat pasangan kembar lelaki, tetapi yang abang meninggal dunia ketika dalam pantang, jika dikebumikan di situ, mereka akan ‘bersatu’ kembali sebagai tujuh beranak,” katanya dengan linangan air mata.
Sepupu kepada Muhammad Azim Izat, Bashiroh A Hamid, 45 tahun, berkata arwah memang rapat dengan ahli keluarga dan tragedi itu memberikan kesan yang sangat mendalam buat mereka.
“Selepas mengetahui mengenai kehilangan keluarga mangsa, kami semua keluar mencari dan anak sulung arwah pun turut sama mencari ayah, ibu dan adik-adiknya,” katanya.
Kisah ini mengingatkan kita betapa pentingnya menghargai setiap detik bersama insan tersayang.Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia serba mencabar hari ini, ramai pasangan muda bergelut menguruskan dua tanggungjawab besar serentak dengan menjaga anak kecil dan pada masa sama menyara ibu bapa yang semakin meningkat usia. Golongan inilah yang digelar generasi sandwic, dan tekanan yang mereka alami bukanlah sesuatu yang kecil.
Buat pertama kalinya, kerajaan mengambil pendekatan lebih menyeluruh dengan memperkenalkan intervensi bersasar khusus untuk membantu generasi sandwic membuat keputusan lebih tepat berkaitan perancangan keluarga. Langkah ini memberi nafas baharu kepada pasangan yang sedang mencari keseimbangan antara tanggungjawab dan masa depan keluarga.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, trend masa kini menunjukkan golongan muda lebih cenderung untuk menangguh mendapat anak, atau memilih untuk tidak mempunyai anak langsung.
Keputusan ini bukan dibuat tanpa sebab. Tekanan hidup, kos sara hidup yang semakin tinggi, dan keperluan menjaga ibu bapa warga emas antara faktor utama. Situasi ini secara langsung memberi kesan besar kepada Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) negara.
Nancy menegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat memaksa mana-mana pasangan, namun penting untuk memastikan golongan muda mendapat maklumat tepat supaya mereka boleh menilai pilihan hidup dengan lebih jelas.
Generasi sandwic hari ini memikul beban berlapis yang jarang diperkatakan secara terbuka. Mereka bukan sahaja menjaga anak sendiri, tetapi juga memikirkan kesejahteraan ibu bapa yang kian berusia. Tekanan ini akhirnya mempengaruhi keputusan berkaitan perancangan keluarga.
Semua ini menyebabkan ramai pasangan menangguh merancang keluarga, seterusnya menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran negara dari tahun ke tahun. Inilah cabaran besar yang dihadapi oleh generasi sandwic masa kini.
Untuk membantu pasangan yang berdepan kesukaran mendapatkan zuriat, kerajaan kini memperkukuh pelaksanaan program di bawah Pelan Kesuburan Kebangsaan.
Antara yang diberi tumpuan ialah:
Program ini memberi fokus kepada kesedaran isu kesuburan, termasuk kesuburan lelaki, yang sering diabaikan.
Setakat ini:
Ini menunjukkan semakin ramai pasangan mula menerima bantuan kesuburan secara profesional, terutama mereka yang berada dalam kumpulan generasi sandwic dan berdepan kekangan masa, tenaga dan kewangan.
Nancy menjelaskan bahawa intervensi baharu kerajaan bukan sekadar menyediakan maklumat, tetapi juga memastikan negara dapat mengekalkan struktur demografi yang seimbang dan mampan pada masa hadapan.
Bagi pasangan muda, terutamanya mereka dalam generasi sandwic, inisiatif ini dapat membantu:
Sebagai ibu ayah, setiap keputusan tentang bilangan anak, jarak kelahiran dan kesediaan membesarkan keluarga adalah perjalanan yang sangat peribadi. Yang penting, keputusan itu dibuat dengan ilmu, kesedaran dan sokongan yang betul.
Dengan intervensi baharu ini, kerajaan memberi ruang kepada generasi sandwic untuk berfikir dengan lebih tenang dan merancang keluarga dengan lebih yakin demi masa depan yang lebih stabil untuk anak-anak tersayang.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.