Lima Ogos lalu menjadi detik terindah buat penyanyi, Shila Amzah yang kembali bergelar isteri apabila sah menjadi isteri kepada influencer, Ubai.
Banyak perkongsian gambar-gambar indah sepanjang majlis berlangsung dikongsikan oleh Shila menerusi Instagramnya.
Namun sekeping gambar di pelamin bersama buah hati tersayang, Seth Uwais, anak Shila bersama bekas suami menjadi foto kenangan paling bermakna.
Tambah menarik perhatian pastinya kapsyen lucu Shila bersama anak dan suami.
Ads
“Lepas ni tengok gambar kahwin, takde lah Seth tanya kenapa tak invite dia pergi wedding,” seloroh Shila di kapsyennya.
Teramat bertepatan sekali bila mana Shila menulis kapsyen sebegitu. Ayat-ayat biasa yang selalu ditanyakan oleh anak-anak kita kepada mak ayahnya. Memang lucu!
Ads
Dalam pada itu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut mengucapkan terima kasih di atas semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan majlis pernikahannya di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur tempoh hari.
Terdahulu, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum sah bercerai pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun bergelar suami isteri. Shila turut mempunyai seorang cahaya mata, Seth Uwais yang dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang bekerja tanpa penat demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu Bee Caliph bagi anugerah Tadika Taska Dinamik, Ceria & Kreatif.
Di Sebalik Nama Bee Caliph Adanya Seorang Wanita, Sebuah Misi, Seribu Harapan
Bee Caliph tidak lahir dari struktur yang besar, ia bermula dari hati seorang wanita bernama Nur Fazella binti Abd Jamil, atau lebih mesra dengan panggilan Teacher Elly. Berbekalkan Master in Early Childhood Education, beliau bukan sahaja pengasas, tetapi juga seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak yang lantang memperjuangkan perkembangan fitrah anak kecil. Jiwa pendidik dalam dirinya bukan sekadar profesion, tetapi amanah.
Visi: Melahirkan Pemimpin Kecil Yang Berilmu,Berakhlak & Berkemahiran
Bee Caliph membawa visi besar untuk menjadi pusat pendidikan awal yang mendidik dan menjaga anak-anak berkembang secara holistik melalui kreativiti dan penerokaan alam. Bagi mereka, setiap anak berhak membesar bukan sahaja dengan ilmu, tetapi juga akhlak, keyakinan diri dan kemahiran untuk memimpin masa depan.
Misi Bee Caliph:
Dari 2006 Hingga Kini, Sebuah Perjalanan Penuh Cahaya
Ditubuhkan pada tahun 2006, Bee Caliph telah berkembang menjadi satu nama yang dihormati dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Kini mereka menguruskan 4 cawangan merangkumi taska, tadika dan pusat jagaan harian di sekitar Batu Pahat, Parit Raja, Pura Kencana dan Taman Universiti di negeri Johor.
Lebih 25 Tenaga Pengajar, Satu Misi Yang Sama
Dengan lebih 25 orang guru, pengasuh, dan pasukan pengurusan, Bee Caliph bergerak sebagai satu keluarga besar. Mereka bukan sekadar staf tetapi juga pemilik jiwa yang membentuk masa depan anak-anak dengan kreativiti, kasih sayang dan dedikasi.
Titik Mula: Ketika Seorang Guru Percaya “Kreativiti Mempercepatkan Kepandaian Anak”
Segalanya bermula apabila Teacher Elly melihat ramai anak kecil tidak diberi ruang meneroka, bermain dan belajar secara fitrah. Dunia hari ini terlalu cepat, terlalu terikat. Dari keresahan itu lahirlah Bee Caliph iaitu sebuah pusat yang menggabungkan nature-based learning, kreativiti, dan pembentukan sahsiah sebagai tunjang pendidikan holistik.
Di sini, anak-anak bebas menjadi diri mereka. Bebas bertanya. Bebas berlari. Bebas menjadi kecil hari ini supaya mereka mampu menjadi besar suatu hari nanti.
Antara pencapaian Bee Caliph:
Masa Hadapan Bee Caliph Menuju Langkah Lebih Besar
Perancangan masa depan Bee Caliphs sangat jelas—dan sangat besar. Mereka mahu:
Apabila ditanya tentang harapannya, Teacher Elly tersenyum sambil berkata:
“Saya mahu Bee Caliph jadi rumah ilmu untuk semua baik untuk anak, ibu bapa dan guru. Biar kita sama-sama lahirkan generasi kecil yang bukan sekadar bijak, tapi berbudi. Semoga mereka membesar dengan akal yang cerdas, hati yang lembut dan jiwa yang berani.”
Harapan Bee Caliph Untuk Dunia Pendidikan Awal
Bee Caliph berpegang pada satu prinsip: pendidikan awal bukan pertandingan akademik. Ia adalah perjalanan membina akhlak, sahsiah, kreativiti dan keyakinan diri. Apabila akar ini kuat, akademik akan tumbuh dengan sendirinya dengan lebih cepat dan kukuh.
Setiap anak adalah pemimpin kecil. Bila mereka dibentuk melalui fitrah, kasih sayang dan alam, pembelajaran bukan lagi beban. Ia menjadi keindahan yang datang secara semula jadi melalui hati yang gembira.
Tahniah sekali lagi buat Bee Caliph yang telah terpilih sebagai Top Educator Pa&Ma 2025 dengan anugerah Tadika Taska Dinamik, Ceria & Kreatif!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peranan seorang ibu dan juga tugas sebagai seorang atlet ternyata bukan satu perkara yang mudah. Meskipun sedang bertarung dalam sebuah perlawanan bola tampar untuk pasukan, seorang ibu tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak yang masih menyusu meskipun hanya mempunyai sedikit masa untuk berbuat demikian.
Tular baru-baru ini gambar seorang pemain pasukan bola tampar dari Mizoram menyusukan bayinya ketika permainan direhatkan untuk separuh masa pertama mendapat perhatian warga net.
Lalventluangi, merupakan salah seorang ahli pasukan bola tampar Tuikum dilihat menyusukan bayinya setelah perlawanan separuh masa pertama acara sukan negeri Mizoram 2019.
Foto itu dimuat naik di Facebook Ninglun Hanghal ketika hari pertama acara itu berlangsung di Aizawl.
“Pemain sempat mencuri masa ketika berehat untuk menyusukan bayinya berusia 7 bulan,” katanya.
Dapat perhatian Menteri Mizoram
Menurutnya, foto itu tular di laman sosial dan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemain itu kerana sikap dedikasinya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang pemain negeri.
Kata Hanghal, foto Lalventluangi menyusukan bayinya juga mendapat perhatian menteri sukan negeri dan menyampaikan sumbangan 10,000 Rupee (RM587).
Menteri Sukan Mizoram, Robert Romawia Royte memberi sumbangan itu sebagai tanda penghargaan di atas kegigihan pemain membahagikan masa untuk bersukan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Difahamkan, sukan negeri Mizoram 2019 diadakan bermula 9 hingga 13 Disember dan bandar Aizawl sebagai tuan rumah.
Kasih ibu memang sampai syurga, tengoklah walaupun tengah ada perlawanan, Lalventluangi tetap jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Perkara sebegini sememangnya harus dipuji!
Anak-anak ni, sepanjang nak membesar ada saja kerenah dia yang buat kita geli hati. Kadang-kadang apa yang mereka buat tu di luar kotak, tak tercapai dek akal kita sebagai orang dewasa ni. Bila dikenangkan, ia menjadi satu memori indah yang tak mungkin boleh kita lupakan.
Rakamlah memori tersebut, bila mereka dah besar bolehlah tunjukkan kepada mereka. Seperti yang dikongsikan oleh Tya Adnan melalui laman Instagram, ada sebuah video yang menunjukkan anaknya Maleeq Miqayl yang sedang sibuk menyental lantai.
Menggunakan sebatang mop, Maleeq tak henti-henti mengelap lantai kerana tak puas hati lantai masih kotor. Sebenarnya, lantai tidaklah kotor tetapi ia sememangnya berwarna coklat.
Biarpun dah puas disental, masih lagi begitu. Mulutnya juga membebel-bebel tanda tak puas hati. Beria-ia dia memanggil Tya supaya melihat lantai tersebut. Puas Tya nak explain yang lantai rumah mereka memang begitu.
Memang rajinlah Maleeq ni, untung mommy ada anak macam awak. Lepas ni, bolehlah mommy kemas rumah dengan Maleeq. Biar satu rumah ‘berkilat’!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...