Lana Nordin, Pelakon telah memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka berdarah Amerika Syarikat, Mohd Daud McKienzie (David McKienzie) pada 15 Mei 2015. Mereka kini dilihat semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie (3 tahun), William McKienzie (2 bulan).
Lana telah memuat naik video anaknya, Gia Quinn bertutur dalam bahasa Melayu di instagramnya. Aksi comel Gia Quinn mencuit hati netizen dan ramai yang terhibur dengan gelagatnya.
Bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama keluarga, Lana Nordin dipuji peminat dan netizen kerana masih lagi menggunakan bahasa ibunda dan mempraktikkan di rumah bersama anak-anak. Gia yang semakin membesar kelihatan semakin aktif dan bertambah comel dengan telatahnya yang mencuit hati.
Tindakan seorang lelaki mendukung bayi lelakinya ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Tangkap layar aksi tersebut yang disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Shareen Omar dan kini tular di media sosial.
Gambar tersebut memaparkan seorang lelaki sanggup mendukung anaknya walaupun sedang menunaikan solat dan membaringkan anaknya dengan perlahan ketika duduk di antara dua sujud.
Perkongsian gambar oleh Shareen itu kini mencecah 5,200 tanda suka dan 7,400 warganet telah berkongsi gambar tersebut di media sosial.
Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut kerana situasi itu amat jarang berlaku pada lelaki.
“Kalau orang perempuan dah biasa gendong anak masa solat, namun kalau lelaki jarang sangat nak tengok. Syabas lelaki ini, mungkin isterinya tidak sihat dan mengambil tanggungjawab menjaga anaknya,” tulis Lidayana Ram di ruangan komen.
Hafiz Halim pula berkata, “Yang ni baru patut viral (tular). Semoga keluarganya jadi keluarga yang soleh dan solehah, amin.”
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan ahli keluarga yang sepatutnya membantu menjaga bayi itu ketika lelaki berkenaan menunaikan solat Jumaat.
Bagaimanapun seorang netizen, Aizatul Aisyah meminta pengguna Facebook yang bertanya hal itu supaya lebih menghayati ilmu melalui paparan video tersebut
“Ambil ilmu tu, bukan sibuk tanya mak dia, nenek dia, tokwan dia. Sah sembahyang tu. Dekat Arab sana, ramai yang macam ini cuma dekat Malaysia tiada orang buat. Tiada orang buat bukan bermakna tak sah,” tulisnya.
Rentetan isu pengambilan vaksin yang hangat diperkatakan sekarang, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi respon mengenai kewajipan mengambil vaksin mengikut jadual imunisasi kebangsaan daripada perspektif Islam.
Berikut artikel yang dikongsikan di laman web rasmi Pejabat Mufti Persekutuan, penggunaan vaksin bagi menambah imunisasi badan adalah diharuskan oleh syarak.
Namun menurut Mufti, kesan gerakan anti-vaksin dalam masyarakat Malaysia sebenarnya semakin parah dan membimbangkan.
Penolakan pengambilan vaksin meningkat
Dalam artikel tersebut memberitahu bahawa gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pihak KKM melalui pemantauan yang dilakukan mendapati gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat daripada 637 kes pada tahun 2013 kepada 1,603 kes pada tahun 2016.
Kesan daripada penolakan tersebut, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak sekali!
Dalam masa yang sama, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak, contohnya kes penyakit demam campak, daripada 195 kes pada tahun 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8% bagi tempoh 5 tahun! Dalam jumlah tersebut, kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes pada tahun 2013 kepada 1,467 kes pada tahun 2018.
Begitu juga menurut Kementerian Kesihatan, pada tahun 2018, terdapat enam rekod kematian demam campak di mana semuanya akibat tiada imunisasi, lima kes kematian berpunca daripada difteria dan empar daripadanya akibat tiada imunisasi, manakala 22 kematian akibat batuk kokol, di mana 19 kes daripadanya akibat tiada imunisasi.
Bagi anda yang masih belum jelas mengenai apa itu imunisasi dan vaksin, Mufti turut menerangkannya dalam artikel tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) mendefinisikan “imunisasi” sebagai proses di mana seseorang itu dijadikan imun atau tahan penyakit berjangkit, biasanya melalui pengambilan vaksin. Vaksin merangsang sistem imun badan sendiri untuk melindungi seseorang itu daripada jangkitan berikutnya atau sebarang jenis penyakit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.
Tiada Sumber Meragukan
Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut adalah penyebab penyakit berbahaya. Oleh itu, penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawalselia dengan rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:
Mungkin ada dalam kalangan anti-vaksin yang menganggap vaksin tidak ‘mujarab’ untuk mencegah penyakit. Tapi, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melalui vaksin:
Selain itu, pengambilan vaksin juga dapat melindungi kita serta orang lain dalam masyarakat (imuniti kumpulan). Apabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit cegahan vaksin, bakteria/virus penyebab penyakit tersebut sukar mencari seseorang yang boleh dijangkiti.
Dalam artikel berkenaan, Mufti juga berpesan kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam tidak sepatutnya menolak vaksin.
Memandang kajian mengenai vaksin sudah menempuh ratusan eksperimen dan puluhan tahun pengalaman, sehingga menghasilkan penawar dan pencegahan antara yang terbaik dalam sejarah perubatan manusia, maka tidak sepatutnya kita sebagai orang Islam menolak pemberian vaksin ini atas alasan yang tidak kukuh sehingga menyebabkan kerosakan dan penyakit kembali merebak dalam masyarakat kita.
Mana perasaan seorang ibu? Di New York, seorang ibu telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun selepas bertindak kejam dengan melemaskan anak perempuannya yang berusia 2 tahun hanya kerana mangsa telah membuang air kecil di atas tilam.
Hanya ingin ‘mendisiplinkan’ anak
Menerusi laporan New York Post, wanita yang dikenali dengan nama Li Li itu merupakan ibu kandung kepada mangsa, Melody Zheng. Menurut sumber, suspek bertindak sedemikian kerana terlalu berang dengan tindakan anak kecilnya yang mengotorkan tilam. Suspek yang ingin ‘mendisiplinkan’ anak perempuannya itu kemudian membenamkan kepala mangsa ke dalam satu baldi yang berisi air sehingga mangsa tidak dapat bergerak.
Apa yang lebih mengejutkan apabila suspek kemudian meninggalkan anak perempuannya di dalam tandas dan langsung tidak memeriksa kembali keadaan mangsa. Si suami yang menyedari kejadian itu kemudian cuba untuk memberi bantuan pernafasan tetapi malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan.
Penjara 18 tahun
Kanak-kanak yang berusia 2 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital dan pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Suspek yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak ini dalam perbicaraan mahkamah walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh dan melemaskan anak kandungnya. Malah dia menegaskan bahawa dia hanyalah menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu untuk mendidik dan mendisiplinkan anaknya.
Sementara itu, suspek telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun dan dia juga tidak dibenarkan untuk menghubungi anak kandungnya yang lain sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 16 tahun.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...