Syukurlah kita masih lagi boleh berada bersama anak-anak di rumah. Bagi petugas barisan hadapan sekarang ni yang bekerja tanpa rehat, nak balik ke rumah bertemu ahli keluarga pun risau.
Mereka telah banyak berkorban masa demi kesejahteraan rakyat. Tanpa memikirkan penat dan tak cukup rehat, yang paling utama sekarang ini rakyat terus selamat dan negara bebas dari virus bahaya.
Melalui perkongsian Dr Anwar Fazal di instagramnya, bukan mudah sebenarnya doktor atau petugas kesihatan perlu menjaga diri sendiri selepas melakukan pemeriksaan.
Sebelum periksa patient, kena basuh tangan. Selepas periksa patient, kena basuh tangan. Kalau periksa 50 patient sehari, 100 kali lah kena basuh tangan.
Kalau periksa PUI Covid-19, sebelum balik, mandi siap-siap dekat klinik. Kalau tak, balik rumah terus mandi bersih-bersih sebelum peluk anak.
Ads
Paranoid. Anxious. Tipulah kalau kata tak ada. Hari-hari tidur malam tak nyenyak memikirkan ada anak kecik kat rumah. Takutnya kalau diri sendiri menjadi carrier kepada anak-anak.
Selepas tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak COVID-19, sesi persekolahan membabitkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah bakal dibuka semula sepenuhnya secara berperingkat mengikut SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Perasaan gembira bercampur risau pasti dirasai pelajar, guru dan ibu bapa tetapi dengan kes COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan semula sekolah ini diyakini berjalan lancar.
Menurut Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin dalam ucapan khasnya, setelah mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.
Bagaimana pula dengan kemasukan murid Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020? Untuk makluman, keputusan penawaran kemasukan calon lepasan SPM 2019 ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM. Murid akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga
disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.
Guna pakai 3 model pengoperasian untuk sesi persekolahan
Berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, KPM telah mengenal pasti 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
Model pertama adalah Model Satu Sesi
Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.
Model kedua adalah Model Dua Sesi
Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua
murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
Model yang ketiga adalah Model Penggiliran
Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.
Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari. Manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.
Pihak sekolah hendaklah menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid Tingkatan 4 akan turut hadir setiap hari. Keutamaan diberi sebagai persediaan untuk
menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Bagaimana pula model penggiliran bagi murid sekolah rendah? Murid Tahun 1 hingga 6 boleh hadir secara bergilir-gilir mengikut kelas atau tahap. Dalam hal ini, pihak sekolah yang menentukan bentuk penggiliran bersesuaian.
Untuk model penggiliran ini, kaedah pembelajaran murid adalah secara hybrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.
Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri ini, Isnin lalu.
Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesakit sudah diambil.
“Semua kontak juga sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.
“Kita menasihati semua ibu bapa supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah jika ada sebarang simptom COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, tular mesej dalam media sosial mendakwa seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19.
Dalam pada itu, Dr Christina memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya bagi seluruh Sabah mencecah 144,820, setakat kelmarin.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang guru yang juga merupakan seorang perunding pendidikan dan motivasi dipuji ramai kerana mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna atau guru yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir.
Apa yang menjadi perhatian pastinya alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah dialunkan dalam nada seperti biasa kita dengar.
Guru hebat ini memilih untuk mengalunkan zikir Allah itu menggunakan lagu daripada drama siri terkenal Korea Selatan di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang melodi alunan zikir tersebut.
Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.
Dapat dilihat, anak-anak bukan sahaja cukup ‘enjoy’ kerana menggunakan lagu dan hiburan masa kini tetapi paling penting dapat berzikir dan mengalunkan kalimah Allah dengan baik seperti yang dituntut dalam Islam.
Usaha guru ini seharusnya dipuji. Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.
“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Rata-rata wargamaya memuji usaha guru dan Ustaz ini yang mampu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita lebih mudah mengikut kearah kebaikan.