Tali pusat adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat itu.
Di tempat tali pusat melekat ke perut pula, terdapat baki atau tunggl yang tertinggal sepanjang 2cm hingga ke 3cm. Dibahagian tali pusat yang dipotong, doktor akan meletakkan penyepit plastik di bahagian hujungnya. Tunggul tali pusat bayi akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Ada juga sesetengah kes, bayi akan mengambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal. Dalam pada itu, akan ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tetapi anda tidak perlu risau kerana bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Fungsi Tali Pusat Dalam Kandungan
Ads
Membekalkan nutrisi dan oksigen.
Membawa bekalan zat untuk bayi.
Tanda-Tanda Jangkitan
Tali pusat dan dibahagian tunggul pusat berbau busuk.
Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat.
Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa.
Bersihkan tangan sehingga bersih. Amalkan setiapkali sentuh bayi, cuci tangan terlebih dahulu. Tangan adalah anggota yang paling banyak kuman, jadi apabila tangan sentiasa bersih, penyakit pun dapat dielakkan daripada menjangkiti bayi.
Keringkan terlebih dahulu bahagian pusat bayi dan disekelilingnya dengan cara anginkan atau lap dengan kapas atau putik kapas. Jangan gunakan tuala untuk mengelakkan habuk atau bulu tuala melekat di pusat bayi.
Lap tali pusat bayi dengan menggunakan cecair spirit yang diberikan oleh doktor. Letakkan di atas kapas dan lap sekitar pusat termasuklah sepit yang digunakan untuk menyepit tali pusatnya.
Sapu seluruh pangkal pusat dan hujung pusat. Fungsi antiseptik ini adalah hendak membunuh bakteria yang melekat.
Sumber: women online magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang tidak dinafikan, bila bersalin ibu-ibu banyak bergantung pada petugas hospital seperti jururawat semasa proses bersalin bermula daripada hari pertama hingga dicaj. Layanan mesra dan senyuman mereka boleh menjadi pengubat kesakitan yang sedang dilalui.
FROM DAY ONE SAYA ADMIT SAMPAI LAH NAK KELUAR HOSPITAL, DIA ORANG LAYAN JER KERENAH SAYA
Pelakon dan bekas penyanyi Elite, Fiza Halim berkongsi tentang pengalaman bersalinnya di sebuah hospital swasta di Damansara dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh jururawat.
fizaabdhalimThousand thanks to all nurses at KPJ Damansara Specialist Hospital…From day one sy admit sampai lah nak kluar hospital,diaorg layan jer kerenah sy… Itulah inilah… For me the best & friendly hospital forever.??Dari anak pertama sehinggalah anak ketiga,sinilah tempat sy..Layanan yg mesra,tak kasar,sentiasa murah senyuman & ikhlas dlm melaksanakan tugas2 diaorg…Kita yg sakit ni pun terus jd cepat sihat… Love you all & hope till we meet again.. Love,Hug &kisses from me,husband & baby
Fiza selamat bersalinkan anak ketiganya pada 24 September 2018. Bayi perempuan dilahirkan seberat 3.42kg itu dilahirkan pada ham 11.23 pagi.
fizaabdhalimSyukur alhamdulillah di atas kurniaan mu Ya Rabb… Isnin,24/09/2018 lahirlah puteri saya pada jam 11.23am dgn berat 3.42kg…Terima kasih kpd semua diluar sana yg selama ini mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kami berdua… Sy minta maaf krn tak dpt balas satu persatu comment kalin semua.. Alhamdulillah baby sihat,begitu jugak dgn sy.Nnt sy update lg ya.. Bg sy berehat dulu…Love u all.. Thanks for the pray & doa… ??????Ummuahh??Ikhlas dr sy & suami?
Setelah enam hari dalam wad, anak Rebecca Nur Al Islam, Ahmet Reaggan dibenarkan pulang. Air dalam paru-paru jadi puncanya.
Memang tiada ibu yang boleh berpisah dengan anaknya, tambahan lagi jika bayi yang baru dilahirkan. Anak Datin Rebecca Nur Al Islam telah ditahan di wad selama 6 hari dan akhirnya dibenarkan pulang semalam.
AIR DALAM PARU-PARU PUNCA BAYI DITAHAN DI WAD
Ahmet Reaggan ialah nama anak kelima beliau. Bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan caeseraean ini difahamkan y telah ditahan di wad kerana mempunyai air di dalam paru-paru.
Kata beliau menerusi Instagram, ramai yang telah menghantar mesej menerusi DM di Instagram bertanya khabar mengenai bayinya dan mendoakan yang baik-baik untuk bayinya.
Di dalam posting terbaru, wajah bayinya telah didedahkan. Datin Rebecca juga turut berkongsi yang bayi kecilnya itu sudah mempunyai akaun Instagram yang dikendalikan oleh beliau.
Ramai ibu bertanya kenapa baby mengamuk masa nak di susukan ? Saya ‘direct feed’ baby. Sebelum menyusu dia merengek-rengek cari puting ibu. Tapi bila saya susukan, dia mengamuk-ngamuk dulu baru hisap susu. Masa menyusu pun dia selalu lepaskan puting kemudian hisap semula. Saya ingatkan susu saya tiada. Saya picit ada je. Saya tak faham kenapa baby macam tu.
Jawapan:
Lazimnya orang ramai akan menjumpai jawapan bagi soalan sebegini dari sudut isu-isu berkaitan penyusuan yang layak dijawab oleh kaunselor laktasi. Namun,ramai yang mungkin tak tahu, masih ada kemungkinan isu yang berlaku ini tiada kaitan dengan isu lazim dan ‘direct’ dengan susu ibu dan hal penyusuan. Jadi, kali ini saya akan menjawab dari sudut pandangan seorang konsultan tangisan bayi untuk anda pertimbangkan kemungkinannya. Sifirnya mudah, jika apa yang saya bentangkan ini tidak kelihatan sebagai punca kepada masalah puan, maka puan harus tahu bahawa kemungkinan terbesar jawapan pasti ada pada isu berkait penyusuan itu sendiri yang perlu di rujuk kepada kaunselor laktasi.
Kemungkinan #1: Reflek Gastro- Colon
Salah satu punca biasanya adalah sensasi pergerakan usus yang di panggil ‘Gastro-Colon-Reflex’.
Dalam bahasa mudahnya, ia adalah cara badan bayi memberitahu perut untuk mengosongkan isi kandungannya dan menolak lebihan makanan ke arah usus untuk di buang, setiap kali ada makanan baru yang tiba menjelang setiap sesi penyusuan bermula.
Reflek ini juga ada pada orang dewasa. Namun, bagi orang dewasa, ia bukan sesuatu yang mengganggu kecuali bila sensasi ini kuat di rasakan saat kita sakit perut untuk membuang air dan lebih lagi ketika cirit-birit.
Bagi bayi kecil, sensasi ini lebih rutin untuk dirasakan kerana sistemnya baru mahu beradaptasi dengan proses makan dan hadam. Namun, bagi sesetengah bayi yang sensitif, mereka tidak gemarkan rasa sensasi pelik yang berlaku ini dan menangis setiap kali ia berlaku. Ia menjelaskan mengapa bayi berhenti menyusu, melepaskan puting ibu ketika menyusu kerana fokus diganggu dengan sensasi reflek ini. Penjelasan yang mudah,langsung tidak menyakitkan bayi namun ia membuat ibu susah hati!.
Kemungkinan #2: Bayi Mahu ‘Comfort Sucking’
Semua ibu tahu menghisap itu ada dua tujuan utama pada bayi. Menghisap untuk memuaskan rasa lapar (nutritive sucking) dan menghisap untuk merasa tenang dan selamat (non-nutritive sucking) atau lebih popular di gelar comfort sucking atau mengempeng dalam istilah lazim melayunya.
Namun ramai yang tidak tahu, purata jumlah masa yang bayi habiskan untuk mengempeng adalah sekitar 2 hingga 3 jam sehari. Ia memang banyak dan lebih lagi terasa banyaknya oleh ibu yang menyusukan bayi secara langsung.
Sudah menjadi lumrah untuk ibu yang tidak tahu, tidak ada idea dan tidak pernah belajar tentang cara lain atau teknik tepat untuk mententeramkan bayi akan segera menyua puting payudara untuk membuat bayi diam.
Tiada masalah dalam hal ini kecuali ada ramai bayi, pada satu tahap mula mengamuk dan marah kerana terpaksa menelan susu walaupun sebenarnya mereka hanya mahu mengempeng. Ini sesuatu yang tak dapat dielakkan kerana puting ibu tetap akan mengeluarkan susu tak kira samada bayi mahu menghisap sebab benar lapar atau kerana mahu mengempeng. Jadi, ibu melihat putingnya tidak lagi berkesan sebagai alat mententeramkan pada satu tahap dan bayi bergelut serta marah-marah di puting ibu.
Kemungkinan #3: Bayi Ingin Sendawa
Sumber gas utama dalam badan bayi berpunca dari proses pencernaan di mana antara produk akhirnya ialah gas. Bermaksud gas sentiasa dihasilkan dan ada dalam badan bayi. Ia juga bermaksud bayi boleh perlu untuk sendawa pada bila-bila masa, tak semestinya selepas penyusuan sahaja.
Bila susu mula masuk dan memenuhi bahagian perut bayi, ia mula menolak gas yang ada. Gas mungkin cukup banyak untuk mula naik ke atas dan mencetus reflek untuk sendawa. Ia menjelaskan mengapa kadang-kala bayi memberhentikan susuannya kerana dia merasa tidak selesa. Atau , sebenarnya bayi telah terlebih dahulu membuat isyarat tangisan ingin sendawa iaitu ‘Eh’.
Namun bagi mana-mana ibu yang tak memahami bunyi tangisan ini dan tidak pernah belajar untuk mengenal tangisan rutin bayi akan sering menganggap bayi menangis kerana lapar. Menambah lagi kekeliruan ini ialah bila dalam masa yang sama, ibu tidak tahu pula cara lain untuk mententeramkan bayi selain menyuakan payudara. Maka bayi akan kelihatan mengamuk-ngamuk di payudara kerana dia sebenarnya meminta bantuan untuk di sendawakan,tetapi ibu tidak faham. Bayi ‘cuba mendapatkan’ sebarang jalan untuk menyelesakan dirinya. Pada ketika ini,menghisap puting ibu nampak seperti ‘masuk akal’ kepada nya kerana dia telah biasa ditenteramkan di puting ibu. Lalu dia cuba menghisap atau kelihatan mahu menghisap, mencari-cari dan mengalu-alukan puting ibu sebelum menyedari hal ini tidak membantu pun.
Saya berharap semua kemungkinan yang saya bentangkan ini dapat memberi sudut pandang baru kepada puan dan membantu puan memikirkan punca masalah dalam spektrum yang lebih luas.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.