Alhamdulillah bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga. Pastinya perasaan syukur dan teruja itu diluahkan penyanyi Nubhan apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu.
Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi.
Menerusi Mstar Online, Nubhan mengucapkan rasa bersyukur ke hadrat ilahi kerana semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah isteri dan baby kami berada dalam keadaan sihat. Kedua-duanya dah dibenarkan pulang dan kini sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak di Melaka.
“Perasaan memang seronok cuma anak ketiga ini kita dah lebih bersedia dan berpengalaman, jadi tak ada la gementar macam anak pertama dahulu.
Ads
“Semua kelahiran memang saya akan teman isteri di bilik bersalin, kesakitan itu lebih kurang sahaja. Isteri menahan sakit kontraksi sehari tapi baby kali ini lebih senang keluar,” katanya.
Terdahulu, Nubhan memuat naik foto dan berkongsi mengenai kelahiran cahaya mata ketiganya itu di instagram.
Dalam pada itu, Nubhan berkata, dia merancang untuk memiliki dua lagi cahaya mata.
Ads
“Ikutkan perancangan memang nak lagi dua, cukup lima anak. Tapi itu semua berbalik pada rezeki. InsyaAllah!
Sementara itu, melalui perkongsian di instagram Dr Afifah, dia memberitahu kelahiran anak ketiga mereka adalah secara indius;
Ads
“Ramai yang tanya kenapa fie induce….Fie induce bila kandungan dah cecah 39weeks 1 day and fie dah ready to deliver baby with my favourite dr, Dr. Rosy. I trust her and if fie wait maybe fie tak dapat beranak dengan Dr. Rosy sebab dia kursus lah pulak. And all the nurses dekat labour room sangat membantu. Sangat peka with my needs.
Fie sangat thankful dengan all the nurses. Tak tau nk cakap mcmane but semua nurses yg bantu fie during my delivery sangat menyenangkan. Sangat considerate. Im so thankful.. rasa macam family sebab banyak nurse sama since lahirkan Aafiya sampaila anak 3.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu mengimpikan untuk menyusu badan anak secara ekslusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama. Jika dapat melepasi tempoh itu, sudah pasti si ibu akan merasa seronok dan bersyukur. Banyak kaedah yang digunakan untuk menambah susu badan dan ibu akan merasa risau jika kuantiti susu mulai berkurang.
Begitulah sharing dari seorang jururawat yang bekerja di wad dan jadualnya sangat sibuk. Jadual mengepam terpaksa ‘dilanggar’ kerana tuntutan kerja. Anis Maira, berkongsi caranya mengembalikan stok susu seperti sedia kala selepas mengalami kemerosotan kuantiti susu badanya.
Assalamualaikum & morning mommies..
Saya nk share pengalaman bf sy…sekarang anak sy dh 1y5m & Alhamdulillah masih bf..
I’m a nurse…as a nurse yg keje kt wad bz mmg xsempat pump & jadual pump kelaut..dgn workloads & tanpa waktu rehat mmg susah nk pump…
Mommies bayangkn cmne sakit breast bila bengkak susu..bole demam dibuatnya…klo keje shift pagi & ptg mmg xsempat pump..mlm ok skit sbb dpt pump 1kali…so utk shift siang,sy stayback just utk pump…sbb klo dh sampai rumah mmg anak nk menempel je..kadang balik rumah tandem…
Dlm sbulan ni susu sy drop teruk…slalu klo skali pump dpt 10-12oz…tp dlm sbulan ni klo pump dpt 5-7oz je…sy mmg stress smpai nangis..risau sgt susu xckup utk demand anak…klo keje siang demand anak sy 10-12oz…klo sy keje mlm sy kena stanby 15-20oz…lepas tu sy masukkn dlm botol terus,3oz utk setiap botol sbb senang utk bg anak nti…dlu msa anak x start mkn mmg sy simpan stock,tp skang sy pump harini just utk demand esoknya…lgpn anak dh pandai memilih…dia xnk susu yg lame dlm chiller….
Masa susu drop tu mmg sy down sgt…nk amik supplement takot…so lastly sy try buat power pumping & Alhamdulillah after 1 week,susu dh back to normal….syukur sgt2,sampai nk nangis time tu….ada 7 bln lagi perjalanan BF sy…mommies doakn sy tau sbb aimed sy nk complete BF 2y sama mcm anak 1st…
So bg mommies yg susu drop tu,doa byk2,think positive & try buat power pumping…Insyaallah berjaya….gud luck for me & for mommies…
Cara terbaik untuk membuat power pumping adalah dengan mengepam selama dua puluh minit, kemudian rehat sepuluh minit. Seterusnya pamlah selama sepuluh minit dan rehat sepuluh minit lagi. Kemudian teruskan mengepam selama sepuluh minit lagi.
Untuk keputusan yang memberangsangkan, lakukan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Selebihnya, susukanlah anak secara direct atau pam seperti biasa. In sya Allah, jika niat itu ikhlas untuk anak urusan ibu akan dipermudahkan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mahu menyusukan anak sepenuhnya. Cuba cara ini untuk kembali bersemangat menyusukan si manja dengan jayanya. Selamat mencuba!
Bersedia untuk timang anak kedua. Begitu kongsi Fazura dan suaminya Fattah Amin yang kini dalam perancangan untuk menimang cahaya mata kedua mereka.
Akui Fazura lagi mengikut satu laporan akhbar, dia begitu merindui untuk punya anak lagi ditambah pula anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya kini hampir berusia dua tahun.
Pun begitu kata Fazura, dia menyerahkan segala urusan itu untuk punya rezeki cahaya mata lagi kepada ketentuan Allah.
“Memang saya rindu nak ada anak lagi. Fatimah pun sudah semakin besar, bakal berusia dua tahun dalam dua bulan lagi.
“Saya fikir, memang sekarang ini masa yang sesuai untuk tambah zuriat. Cuma, sekarang saya masih sibuk.
“Tapi, perancangan tetap ada. Mungkin selepas selesai semua kesibukan ini, saya dan Fattah sudah boleh merancang untuk menambah ahli keluarga,” katanya berkongsi.
Ketika di tanya mengenai soal jantina anak, akui Fazura dia tidak kisah walaupun sememangnya amat menginginkan sepasang cahaya mata, lelaki dan perempuan.
“Memang kalau ikutkan, nak sepasang. Tapi, saya cuma mampu berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
“Sejujurnya, lelaki atau perempuan, saya terima,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada November 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya.
Kurma adalah antara makanan jenis buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrien. Ia kaya dengan gula (80%) dan selebihnya adalah protein, serat dan mineral penting seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus, selenium dan zink. Kurma juga mempunyai vitamin yang pelbagai. Antaranya vitamin A, B kompleks termasuk folat, C, E dan K.
Di dalam 100gm kurma terkandung 282kcal yang terdiri daripada karbohidrat 75gm, lemak baik 0.4gm dan protein 2.45gm. Ia mempunyai indeks glisemik yang sederhana (bergantung kepada jenis kurma). Sebagai contoh, kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan bo ma’an 30.5.
Jadi, dapat dirumuskan bahawa kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah. Walaupun manis, ia mempunyai banyak serat yang melambatkan penyerapan gula dalam darah. Dianggarkan terdapat 8gm serat di dalam 100gm kurma. Berikut penerangan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) tentang kebaikan kurma buat wanita hamil dan mahu melahirkan.
Secara amnya pengambilan kurma sememangnya bagus untuk orang yang sihat, apatah lagi wanita hamil. Pengambilan kurma yang betul (tidak diambil secara berlebihan) memberikan manfaat kepada wanita hamil sama ada di awal kehamilan malah pada minggu terakhir sebelum melahirkan anak.
Ramai pengkaji mendapati bahawa pengamalan kurma terutamanya pada minggu akhir kehamilan membantu proses kelahiran kerana ia meningkatkan tindak balas rahim terhadap hormon oksitosin. Hormon ini bertindak dengan mengecutkan rahim. Dengan itu, ia dapat mengurangkan pendarahan yang biasa berlaku selepas bayi dikeluarkan daripada rahim.
Selain daripada itu, kurma memiliki banyak nutrisi yang sangat penting untuk digunakan semasa proses melahirkan anak. Kurma mengandungi lemak asid tepu dan tidak tepu seperti asid oleic, asid linoleic dan asid linolenic yang mampu membekalkan banyak tenaga di mana anda amat memerlukannya semasa melahirkan anak.
Asid-asid lemak ini juga sangat penting untuk membina bahan prostaglandin (yang digunakan dalam proses pengecutan rahim). Selain itu, tannin dan kalsium dalam kurma juga penting dalam aktiviti pengecutan otot-otot rahim. Mari kenali nutrisi kurma lainnya, yang memberikan kebaikan kepada wanita hamil.
Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan kurma membantu bukaan pangkal rahim (servik) dengan lebih mudah dan besar. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2011, ia menunjukkan wanita yang mengambil enam biji kurma sehari, sekurang-kurangnya empat minggu sebelum melahirkan anak mengalami proses kelahiran yang lebih mudah.
Mereka yang mengamalkan kurma tidak mengalami pecah selaput ketuban ketika dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak, mudah memulakan proses kelahiran tanpa memerlukan ubat pitocin dan memendekkan fasa pertama dalam proses kelahiran. Hal ini berlaku kerana pengambilan kurma melembutkan pangkal rahim. Jadi, memudahkan pangkal rahim membuka ‘jalan’ kelahiran bagi bayi dalam rahim untuk keluar. Mereka yang lebih sukar untuk memulakan proses kelahiran juga didapati lebih mudah bertindak balas dengan ubat pitocin berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan kurma sepanjang kehamilan.
Dalam penulisan yang diterbitkan dalam The Journal of Midwifery and Reproductive Health), mereka yang mengamalkan kurma mempunyai bishop scores (satu penilaian terhadap kesediaan wanita yang mahu melahirkan anak dengan mudah), pembukaan ‘jalan’ kelahiran lebih luas kerana pangkal rahim lebih lembut dan mudah bertindak balas terhadap ubat pitocin, jika ia diberikan pada wanita yang mengalami masalah memulakan proses kelahiran.
Pengambilan kurma sememangnya memberikan kesan yang sangat baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2017,pengamalan kurma ketika hamil terutamanya di peringkat akhir kehamilan, memberikan kesan positif kepada proses kelahiran tanpa memudaratkan ibu dan bayi yang dilahirkan.
Cara betul makan kurma
Dalam banyak kajian yang dinyatakan tadi, terbukti pengambilan kurma sangat bermanfaat untuk wanita hamil. Jadi,anda boleh amalkan empat hingga enam biji kurma sehari. Disarankan ambil dua hingga tiga biji pada waktu pagi dan dua hingga tiga biji pada waktu malam. Kurma boleh dimasukkan ke dalam minuman sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Jika tidak pun, campurkan kurma yang dipotong kecil dengan sayur-sayuran atau buah-buahan segar.
Bagi wanita yang tiada masalah kesihatan, boleh ambil enam hingga lapan biji sehari. Jika berada pada minggu akhir kehamilan (36 minggu ke atas), boleh ambil lapan hingga 10 biji sehari, bergantung kepada berat badan, ketinggian dan aktiviti seharian. Namun begitu, wanita yang ada masalah diabetes semasa hamil, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dicadangkan agar meninggalkan karbohidrat ringkas seperti kuih-muih dan kek tetapi menggantikannya dengan kurma yang lebih semula jadi dan merupakan karbohidrat kompleks.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.