Bila anak semakin membesar kita selalu perhatikan ada masanya anak mula rasa takut-takut untuk bercakap apa lagi bila hendak mencuba satu-satu perkara. Sebenarnya membina keyakinan diri perlu bermula daripada rumah lagi.
Cara kita mendidik anak perlulah bermula daripada awal lagi, iaitu ketika anak masih kecil. Semua perkara di sekeliling kita sebenarnya banyak mendorong untuk anak tampil lebih yakin. Kitalah yang bertanggungjawab membina keyakinan diri ini.
Ibu Rose – Mesejnya Kasih berkongsi cerita dan tip berguna untuk kita yakinkan anak.
CIKGU KATA ANAK SAYA TAK KONFIDEN IBU…MACAM MANA NAK BUAT IBU?
Ibu nak beritahu mengenai bagaimana, anak-anak membesar tanpa konfiden. Semoga ramailah yang dapat mengelak keadaan ini dari berlaku. Dan dapat share dengan kawan-kawan juga mengenai perkara ini.
Kita nak melahirkan generasi yang kuat semangai, bijak, KONFIDEN, tapi kita tak faham akan satu perkara yang sebenarnya merupakan salah satu punca anak-anak membesar dengan tiada keyakinan diri. Tidak konfiden. Asyik-asyik takut itu dan ini. Berkawan pun takut, nak jawab soalan cikgu pun takut, tapi kalau kat rumah, kadang-kadang cakap mak ayah dilawannya dengan kasar!
Cerita bermula pada anak baru 6 bulan…
Ads
Anak kecil 6 bulan begitu akan suka memasukkan benda ke dalam mulut. Mungkin dah ramai ibu bapa faham bahawa ini adalah satu fasa dan cara anak itu belajar mengenal barang tersebut. Melalui merasai dengan lidah, Gustatory.
Persoalannya bagaimana nak elakkan anak dari memasukkan benda yang bahaya atau kotor ke dalam mulutnya?
Kalau orang dulu-dulu dia rampas sahaja atau pukul tangan anak kecil itu sebagai satu usaha nak memberitahu anak kecil itu bahawa dia tak boleh ambil benda itu.
Ramai sahaja ibu bapa hari ini yang ikut sahaja cara itu tanpa sedar sebenarnya, cara itu menanam rasa tidak selamat ke dalam diri anak dan menghilangkan keyakinan dia boleh berjaya melakukan sesuatu dari dari anak itu.
Ads
Lagi kuat semangat anak itu hendak mengambil, lagi kuat pukulan diberi. Tujuannya baik…nak selamatkan anak. Hasilnya?
Hasilnya nampak macam yang diharapkan, sebab anak berhenti berusaha tetapi apa yang ibu bapa itu tidak tahu, anak itu mula curiga dengan kemampuan. Mula patah semangat. Sebab sakit dipukul, anak itu belajar untuk tidak mahu melakukannya kerana akan sakit dan tidak sebenarnya tak mampu.
So nak buat apa Ibu? Tak kan nak biarkan sahaja. Kan bahaya tu?
Ada tiga jalan penyelesaian yang mudah dan bijak.
Ads
1- CHILDPROOF RUMAH ANDA. Pastikan ada susun dan hias rumah anda tanpa ada benda bahaya yang mudah dicapai.
-Pada usia anak begini, pastikan plug tersorok, selipar dalam rumah diletakkan di tempat yang dia tidak boleh capai. Jangan ada tutup meja yang dia boleh capai dan tarik dan boleh mengakibatkan benda besar jatuh.
2- Jika tersedar anak hendak ke tempat yang bahaya, ALIH PERHATIANnya dan panggil dia untuk mendapatkan benda lain yang juga akan menarik minatnya dan sedikit mencabar untuk dia dapatkan tetapi selamat.
Kenapa perlu sesuatu yang mencabar kerana anak pada usia ini sedang uji kemampuan dia dan dia mahu rasa berjaya. Jika asyik dilarang sahaja, nanti anak itu akan meragui kemampuannya.
3- PUJI dia bila dia beri benda yang tak selamat itu dan beritahu ‘yang ni bahaya sayang!’
– walaupun anak itu belum betul-betul faham, kita katakana untuk menanam rasa selamat. Anak pada usia ini perlu rasa selamat untuk membesar dengan baik.
KreditL: Ibu Rose -Mesejnya Kasih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap 31 Mac ini setahun usia puteri kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya. Membesar tanpa sempat merasai setitik susu ibu dan kasih ibu di awal kelahiran hingga kini bukan sesuatu yang mudah.
Tiada siapa sangka pemergian ibu di usia muda mengubah hidup anak ini dan tanggungjawab menjaga serta membesarkan kembar perempuan bergantung pada seorang ayah.
Menerusi perkongsian di Facebook Syazwan Najmi, walaupun diuji dengan kehilangan orang yang dia sayang, kehadiran kembar Safiya dan Sofiya yang kini semakin cerdik serta membesar dengan sihat satu anugerah yang sangat berharga.
Sekejap je masa berlalu anak-anak abiy. Dari awal sampai sekarang hanya mampu berdoa agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami tiga beranak ini.
Walaupun bukan mudah untuk lalui hidup tanpa kekuatan seorang wanita bergelar isteri dan ibu, melihat senyuman dan keletah si kembar membesar sekarang ni pun satu nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya yang merasai saja akan memahami tapi itulah bila sesuatu takdir yang berlaku, Allah tahu kita mampu buat walaupun berat dugaannya.
Kongsi Syazwan Najmi lagi, walaupun sayalah ayah saya ibu pada anak-anak, seolah-olah dapat satu kekuatan luar biasa apabila Safiya dan Sofiya sangat mudah dijaga dan begitu manja.
Betullah orang kata bila ayah rapat dengan anak perempuan manjanya lain macam. Semua ini satu anugerah untuk saya biarpun di usia muda.
Sebelum ini media memaparkan kisah pilu yang menimpa isteri Syazwan Najmi, Allahyarham Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang meninggal dunia pada 14 April lalu selepas dua minggu bertarung nyawa akibat komplikasi dalaman selepas bersalin.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu.
Menerusi video dikongsikan di Hlive, Shuhada berkata punca keguguran mungkin disebabkan tekanan yang dihadapinya.
“Shu nak khabarkan satu berita sedih, Shu mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab satu, Allah dah takdirkan Shu tak dapat teruskan kandungan ini.
“Kedua Shu memang tak dapat nak kawal stres, Shu dah tak makan Shu punya ubat antri depresi. Jadi salah satu sebab juga la kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan Shu.
“Shu alami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. Shu minta doa yang baik-baik untuk Shu dan anak-anak,” katanya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa mendedahkan berita ini agar tiada salah faham yang berlaku.
“Tujuan Shu beritahu berita sedih ini sebab tak nak perkara sama berulang. Sebab saya baru saja dapat berita dituduh sengaja melakukan keguguran secara haram.
“Jadi untuk elakkan lagi fitnah, pendapat daripada ahli keluarga dan peguam, Shu sepakat untuk keluarkan khabar berita yang sedih ini,” katanya.
Pada April lalu, Shuhada mendedahkan dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah 10 minggu. Shuhada tindakannya berkongsikan mengenai berita kehamilan itu untuk mengelakkan fitnah.
Gelagat Rina, anak Maryam Durian Kimchi cuit hati warga maya, “Rina nak kurus la.” Personaliti media sosial, Maryam Younaree sering berkongsi telatah comel anak perempuannya. Paling seronok bila dapat tengok Rina menikmati makanan yang disediakan oleh ibunya dengan penuh berselera.
Gelagat Rina, Anak Maryam Durian Kimchi Cuit Hati Warga Maya, “Rina Nak Kurus La”
Pendek kata ramai warga maya yang ternanti-nantikan ‘video makan’ Rina. Baru-baru ini gelagat Rina dalam video TikTok yang dimuatnaik oleh ibunya, Maryam menerusi akaun TikTok @uyounik menarik perhatian warga maya.
Dalam video tersebut, Rina menyuarakan dia ingin kurus. Comel sahaja bila Rina berkata-kata sambil ibunya, Maryam kerenah si kecil mengomel.
“Siapa cakap Rina gemuk” – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.