Tanda Bahaya Lepas Bersalin, 11 Simptom Serius Jangan Pandang Ringan!

Share

Sebaik anak lahir bukan bermakna ibu telah pun kembali sihat dan pulih dengan baik dan pantas. Proses penyembuhan ini mengambil tempoh tertentu terutamanya kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.

Sebaiknya selepas berpantang, ibu berikan perhatian sewajarnya untuk kembali sembuh dengan cepat. Ketika berada di dalam pantang, jika ibu berasa tidak sihat sebaiknya bertemu segera dengan doktor.

Ini panduan dan tanda aras bahaya yang bakal ibu perlu tahu selepas bersalin, khususnya tanda bahaya lepas bersalin yang tidak boleh dipandang ringan.

Simptom dan Tanda Bahaya Lepas Bersalin

Jika anda mengalami mana-mana kondisi selepas bersalin, segeralah berjumpa doktor:

1. Faraj bengkak atau bernanah

Keadaan ini boleh berlaku kepada wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak.

Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan. Kurangkan bergerak dan gunakan seluar dalam longgar supaya bengkak tidak bertambah sakit. Dapatkan rawatan segera jika mengalami tanda bahaya lepas bersalin

ini.

2. Jangkitan luka pembedahan

Ada banyak kesan sampingan selepas bersalin czer, anda perlu berwaspada tentang parut perut kerana ia boleh menjadi petanda keradangan.

  • Kesakitan yang teruk pada luka pembedahan
  • Parut berdarah, bengkak atau keluar cecair
  • Perut kembung dan rasa kenyang
  • Demam

3. Keluar nanah dari faraj

Nanah yang keluar dari faraj mungkin menunjukkan jangkitan serius seperti peritonitis. Ia boleh berlaku selepas bersalin normal atau pembedahan.

Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya dan memerlukan rawatan segera kerana jangkitan boleh merebak ke organ penting.

4. Pendarahan berlebihan

Dalam tempoh nifas, pendarahan adalah normal. Namun jika terlalu banyak, ini adalah tanda bahaya lepas bersalin yang kritikal.

  • Menggigil
  • Kulit pucat
  • Pening dan sakit kepala
  • Jantung berdebar
  • Sakit bawah abdomen
  • Bau busuk pada faraj

Ia mungkin menandakan rahim bengkak atau sisa plasenta tertinggal.

5. Dahaga berlebihan tetapi kurang kencing

Jika sering dahaga tetapi kurang membuang air kecil serta mengalami kesakitan, ia mungkin tanda jangkitan saluran kencing.

6. Loya, muntah dan hilang selera makan

Jika simptom ini berlaku selepas bersalin, ia bukan perkara biasa dan boleh menunjukkan jangkitan pada rahim.

7. Tekanan darah tinggi (preeklampsia)

Keadaan ini boleh berlaku selepas bersalin dan sangat berbahaya. Ia termasuk dalam tanda bahaya lepas bersalin yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Preeklampsia selepas bersalin berlaku apabila tekanan darah meningkat secara mendadak dan memberi kesan kepada organ penting seperti otak, hati dan buah pinggang. Walaupun keadaan ini jarang berlaku, ia tetap berisiko tinggi dan memerlukan pemantauan rapi.

Antara simptom yang perlu diberi perhatian termasuk sakit kepala yang berpanjangan, penglihatan kabur, bengkak pada muka dan tangan serta rasa tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Dalam sesetengah kes, ibu juga mungkin mengalami loya, muntah atau sesak nafas.

Jika tidak dirawat dengan segera, preeklampsia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti strok, sawan (eklampsia) dan kerosakan organ dalaman. Oleh itu, pemeriksaan tekanan darah secara berkala selepas bersalin amat penting bagi mengesan sebarang perubahan awal.

Segera dapatkan rawatan jika anda mengesyaki mengalami keadaan ini kerana rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi dan memastikan keselamatan ibu selepas bersalin.

8. Sakit kepala atau migrain teruk

Sakit kepala biasa mungkin disebabkan perubahan hormon, tetapi jika terlalu teruk, ia mungkin berkait dengan preeklampsia.

  • Penglihatan kabur
  • Tekanan darah tinggi
  • Bengkak muka dan anggota badan
  • Pening dan muntah

9. Sesak nafas

Sesak nafas boleh berlaku akibat embolisme pulmonari, iaitu penyumbatan saluran darah di paru-paru. Ini adalah kecemasan perubatan.

10. Payudara bengkak

Jika tidak menyusukan bayi dengan kerap, payudara boleh membengkak dan menyebabkan jangkitan (mastitis).

Antara tanda termasuk kemerahan, panas dan sakit pada payudara.

11. Baby blues atau kemurungan

Perubahan emosi selepas bersalin adalah normal, tetapi jika berlarutan, ia boleh menjadi serius.

  • Mudah menangis atau marah
  • Hilang semangat hidup
  • Mahu mencederakan diri atau bayi

Keadaan ini juga dikategorikan sebagai tanda bahaya lepas bersalin yang memerlukan perhatian segera.

Kesimpulan

Kesihatan ibu selepas bersalin tidak boleh dipandang ringan. Mengenal pasti tanda bahaya lepas bersalin lebih awal boleh menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi serius.

Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, jangan tunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Kesedaran dan tindakan awal adalah kunci utama untuk pemulihan yang selamat.

Published by
SRM