Bila ibu bersalin, mereka akan kehilangan banyak darah serta tenaganya. Tak kisahlah bersalin normal atau melalui pembedahan, letihnya sama saja. Badan penat, minda dan emosi juga mudah terusik. Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang cukup serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaganya.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menasihatkan semua ibu lepas bersalin supaya tidak memandang ringan terhadap kesihatan diri sendiri terutama jika mengalami beberapa gejala selepas bersalin yang dianggap bahaya dan boleh mengancam nyawa ibu!
GEJALA SELEPAS BERSALIN YANG TAK BOLEH DIPANDANG RINGAN
TANDA PALING BAHAYA!
#Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku
#Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin kesan sampingan suntikan epidural, terutamanya duduk atau berdiri.
#Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
#Nafas pendek seperti selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).
Sumber foto: www.shutterstock.com
#Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari.
#Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa maut. Terutama jika ada tanda merah di pelipat, dan rasa panas di bahagian tersebut.
#Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.
#Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada disertai dengan menggigil atau tidak. Ia adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.
#Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.
#Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.
#Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.
#Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).
#Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.
Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.
#Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.
Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.
Jangan ambil mudah sekiranya anda merasakan simptom-simptom ini. Untuk orang sekeliling, jangan dibiarkan si ibu bersendiri dan terasa diabaikan. Bersalin sememangnya memenatkan, si ibu sangat memerlukan perhatian dan rehat yang banyak. Semoga dengan perkongsian Dr Zubaidi ini dapat membantu anda melalui fasa berpantang dengan baik.
Menurut Yana, dia akui tidak mudah untuk menjaga anak lelaki dan pastinya akan berdepan dengan perkara yang lebih mencabar selepas ini.
“Nak… Gambar ni mommy akan post dan print untuk kenang kenangan. Dulu mommy jatuh basikal terkontal ke depan sebab mommy terguna break tayar depan untuk break akibatnya 2 gigi ke dalam.
“Semalam Mateen tolak belon bentuk car dan jatuh tersungkur kat simen. Akibatnya satu gigi ke dalam!
“Betul kata orang orang. Anak lelaki “more to go”!!! Banyak lagi kita akan tempuhi. Jahit, lebam, berdarah apa lagi…
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meminta Yana bersabar dan tabah mengharungi proses pembesaran anaknya selain mendoakan kesembuhan Mateen.
Sumber: ig Yana Samsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit bersalin bukanlah main-main. Kesakitan di luar sedar yang memaksa ibu melakukan pelbagai cara untuk meredakannya. Bagi mengurangkan rasa sakit terlampau ini, gas entonox disarankan kepada ibu ketika kontraksi berlaku.
Pun begitu, ada sebilangan bakal ibu bimbang ianya memberi kesan kepada diri dan bayi di dalam kandungan. Jangan risau! Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, gas ini selamat diambil kerana tidak membahayakan kesihatan ibu dan anak.
ENTONOX
Entonox = campuran oksigen ( 50% ) dan gas nitrous oxide (50%). Campuran ini tak menghilangkan semua rasa sakit nak bersalin, tapi ianya mampu kurangkan rasa sakit tu walaupun tak dapat hilang semua.
Kebanyakan wanita nak bersalin suka menggunakan entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukan.
Ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh ibu sendiri, kalau peneman ketika bersalin tu adalah suami, si suami boleh tolong pegangkan topeng muka ini.
Gas ini ambir masa 15 hingga 20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula.
Ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam.
Kesan sampingan
✅TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi
✅ Ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang ‘Lalok’ atau pening sedikit.
✅ Ada pesakit melaporkan berasa mengantuk dengan menyedut Entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus – jika ini berlaku ibu perlu berhenti menggunakan entonox.
Kalau entonox ini tak jalan, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk berperang dengan kesakitan bersalin.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kemalangan terjatuh dari motorsikal yang dialaminya minggu lalu, bekas pengasuh anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit selamat melahirkan bayi sulungnya semalam.
Menerusi Instagramnya Dayah berkongsi khabar gembira buat semua pengikutnya.
Menurut kata Dayah, dia amat bersyukur kerana proses bersalinkan putera sulungnya itu dipermudahkan Allah SWT malah si comel kesayangannya dan suami dilahirkan tepat jam 2.41 pagi itu berada dalam keadaan baik dan sihat.
“7.2.2022 | 6 Rejab 1443H
“Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yang kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik in shaa Allah.
“Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi,” kongsinya.
Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah, 26, turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat suaminya, pemain bola sepak Terengganu FC 11, Mohamad Ridzuan Razali yang sentiasa di sisi memberikan sokongan kala dirinya berdepan detik penuh bermakna itu.
“Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang! ❤️
“Lepas ni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pulak yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yang abang lakukan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Dayah yang baru sahaja melangsungkan majlis kesyukuran dan resepsi perkahwinannya yang tertangguh akibat perlaksanaan PKP, dikhabarkan terjatuh dari motorsikal ketika sarat hamil dan menunggu hari bersalin.
Pun begitu ibu cantik manis ini amat bersyukur bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan baik, namun dia sendiri mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan, lutut dan juga kaki.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Dayah dan bayi yang baru selamat dilahirkan.
Dayah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, pemain bola sepak Terengganu FC 11, Mohamad Ridzuan Razali pada 31 Mei tahun lalu. Dan kini kehadiran cahaya mata pertama mereka pastinya menambah rasa bahagia.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.