Betullah di sebalik ujian yang Allah berikan, pasti terselit kemanisan dipenghujungnya. Begitu juga perasaan yang dilalui oleh Shuib Sepahtu apabila mendapat perkhabaran gembira setelah doktor membenarkan anak bongsunya pulang ke rumah.

Setelah lebih dari sebulan berada di hospital, akhirnya, Ayash Affan dibenarkan keluar hospital sehari sebelum hari lahir arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.

“Tangan, Jari Sebijik Ibu..” Ayash Dah Boleh Balik Rumah, Hadiah Birthday Ibu Esok!Berita ini dimaklumkan sendiri oleh Shuib di Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan Allah kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN [Menyusu Kuat, Comel Sangat-Sangat, 3 Jam Bersama Baby Ayash, Hadiah Hari Lahir Terindah Shuib]

Dalam pada itu, pelawak dan juga usahawan berkenaan juga mengakui kepulangan anak bongsunya itu nanti di rumah akan menjadi hadiah yang sangat bernilai dari Allahyarham isterinya bersempena dengan hari lahir arwah pada esok hari iaitu 15 September.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Syukur Ya Allah, Besok Birthday Ibu (15/9) Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN harini. InsyaAllah kejap lagi dah boleh balik dah..Allahuakbar..

IKLAN

Tangan, jari sebijik tangan Ibu…Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini..Terima kasih semua..SYUKUR YA ALLAH diatas RAHMAT MU

“Tangan, Jari Sebijik Ibu..” Ayash Dah Boleh Balik Rumah, Hadiah Birthday Ibu Esok!

Sehubungan dengan perkongsian yang dikongsikan Shuib, semua rakan artis dan peminatnya mengucapkan rasa syukur atas perkhabaran gembira ini.

“Tangan, Jari Sebijik Ibu..” Ayash Dah Boleh Balik Rumah, Hadiah Birthday Ibu Esok!

IKLAN

Semua mendoakan agar amanah yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah kepada Shuib dan ahli keluarganya akan akan menjadi pengubat rindu buat semua. Malah ramai yang tak sabar untuk melihat kecomelan Ayash.

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu

 

IKLAN

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

“Tangan, Jari Sebijik Ibu..” Ayash Dah Boleh Balik Rumah, Hadiah Birthday Ibu Esok!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI