Apa nak buat bila tangan pijar atau panas selepas memegang cili? Kebiasaannya kita hanya membilas tangan dengan air sahaja atau ada juga yang turut mencadangkan dengan basuhan air garam.
Tip perkongsian dari pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini boleh juga anda cuba. Memang ringkas dan jadi!
Wah tangan pijar. Tahukah anda apa nak buat bila tangan panas macam ni.
Senang saja, sediakan sedikit susu.
Ads
Bersihkan tangan dahulu dan tuangkan sedikit susu dan ratakan seluruh kawasan tangan.
Barulah dibilas dengan air bersih.
Ads
Lepas 2 hingga 3 minit, pijar dan panas tangan akan hilang.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Betullah orang kata, kerap marah, jerit-jerit pada anak kesannya anak susah dah nak dengar cakap kita.
Memang nampak anak takut, tapi anak pendam senyap-senyap hingga buat mereka keras hati. Sebab tu tak boleh tegas sangat. Paling mudah kita jadikan anak sebagai kawan dan guna teknik psikologi.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka berkongsi ilmu keibubapaan dan berdasarkan pengalamannya sendiri mungkin boleh jadi panduan ibu bapa mendidik anak.
Padah terlalu tegas dengan anak, anak jadi keras hati.
Selalunya rania takut kalau kena denda tidur kat luar rumah tapi kali ni dia jadi berani pula.
Siap minta bantal dan selimut sekali seolah-olah memang dah redha nak tidur di luar rumah.
Kisahnya begini,
Soal belajar saya memang tegas. Kalau tak dapat buat memang kena marah. Jika masih berulang tak dapat buat akan kena denda baca di luar rumah, tidur di luar pun selalu juga cakap tapi tak pernah lagi di laksanakan.
Kali ni respon rania sangat berbeza. Seolah-olah dia melawan dalam diam.
Bila di suruh baca dia diam sahaja. Suruh macam mana pun dia tetap berdiam diri.
Berulang kali juga mata dia menjeling. Muka memang serius teruk. Mata tak berkelip langsung. Kita pula yang takut.
Papa dia ni pun tak mahu kalah. Tetap berkeras.
“Pergi tidur luar”
Dengan muka selamba, rania ambil bantal dan selimut dia baring dekat luar rumah. Tak berbunyi langsung.
2-3 minit lepas tu tak sampai hati tengok anak terbaring kat luar rumah. Di panggil masuk tidur dalam bilik.
Terkedek-kedek dia bawa bantal dengan selimut naik katil tidurnya. Masa panjat katil tu sempat juga toleh cakap, “nak susu”..
Pergilah kita buatkan susu dia, tak cakap apa-apa bagi susu lepas tu cium dahi dia.
Tiba-tiba terdengar rania menangis.
Ingatkan apa rupanya dia menangis kesedihan.
“Papa, rania minta maaf.”, Rania cakap sambil teresak-esak air mata meleleh.
Dengan tak semena-mena suasana tegang tadi dalam sekelip mata jadi sedih. Hanya dengan satu ciuman je, semua berubah.
Betullah apa yang Dr. Taufiq Razif duk ajar dalam ebook dia. Anak ni kalau kerap di marah, di teriak dan di terjah boleh berlaku gejala 3F.
Depan mata tengok anak yang baru 5 tahun dah boleh melawan dalam diam. Ini adalah “defense mechanism” otak dia. Lain orang mungkin lain defense mechanism dia.
Daripada kejadian ini saya belajar bahawa anak saya ni perlukan lebih sentuhan, ciuman dan pelukan untuk didikan itu masuk ke hati dia.
Didikan guna kekerasan dan hukuman dapat juga beri kesan tapi didikan tu hanya berkerak di luar hati. Lama kelamaan hati boleh jadi keras.
Mohd Fhais
Taubat! Nak anak lembut hati ayah dulu kena lembut hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
PKP yang semakin berpanjangan ini mula menampakkan kebosanan pada anak-anak kita yang terperangkap lama di rumah. Jangan biarkan anak tepu sebaliknya buatlah aktiviti anak di rumah.
Anak yang aktif, bermain 24 tanpa henti memerlukan sesuatu untuk menyalurkan tenaganya dengan baik. Jadi mak ayah bantulah anak beraktiviti di rumah. Ini tip dan aktiviti yang dikongsikan oleh Pn Ayesha Sairi.
Anak bergerak tanpa henti?
Memandangkan esok kita akan bercuti hujung minggu, saya hendak berkongsi mengenai kisah anak yang suka bergerak, berlari sana sini.
Ada ibubapa datang bercerita kepada saya. Mereka mengatakan anak mereka di rumah tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak. Apabila dipanggil untuk duduk, anak tidak boleh duduk lama. Sekejap sahaja dan dia akan bangun semula.
Ibubapa bertanya apa yang mereka boleh buat supaya anak boleh duduk lebih lama. Saya bertanya kembali, kenapa hendak anak duduk lama? Sekiranya dia hendak bermain, tidak semestinya perlu dalam posisi duduk.
Ibubapa menjawab, dia tidak mahu duduk diam. Kami letih tengok dia sentiasa bergerak.
Ada ke ibubapa yang lain menghadapi masalah yang sama? Masalah ‘letih melihat anak bergerak tanpa henti’.
Ibubapa yang mulia, Anak bergerak maksudnya dia tubuh badannya sihat secara fizikal. Mari bersyukur tentang itu.
Anak bergerak tanpa henti mungkin membawa maksud: 1. Tenaga yang sedia ada tidak dapat disalurkan ke tempat yang sesuai. Anak sedang mencari cara yang boleh dia keluarkan tenaganya.
2. Input sensori yang diterima anak tidak mencukupi bagi membolehkan anak bertenang dan mengawal dirinya. Contoh mudah, seperti orang yang sukakan kopi, selagi tidak dapat kopi pada hari itu, hidup tidak tenang dan berasa gelisah.
3. Tidak ada aktiviti yang menarik perhatian anak dan bermakna untuknya. Oleh itu, anak cuba mencipta aktiviti sendiri.
Sekiranya ibubapa sedar, ketiga-tiga kemungkinan ini sebenarnya dapat ditangani sekiranya ibubapa menyediakan aktiviti yang sesuai dengan anak.
Namun, ia memerlukan penglibatan ibubapa secara aktif, bukan pasif. Maksudnya, ibubapa kena rancang dan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan hanya biarkan anak selepas berikan arahan.
Contoh aktiviti yang ibubapa boleh lakukan di rumah:
✅Lakukan kemahiran motor kasar di dalam rumah seperti merangkak, berguling, melompat, berlari dan sebagainya. Pilihlah mana yang bersesuaian dengan ruang rumah kerana kita masih perlu melawan Covid.
✅Boleh buat aktiviti ini ala-ala sukaneka di dalam rumah.
⭐️Melompat setempat 5 kali, merangkak menujuk ke meja, gunting mengikut garisan.
⭐️Berguling ke depan ke belakang 5 kali, lompat atas trampolin, baling bola masuk bakul.
⭐️Merangkak pusing sekeliling meja makan, panjat kerusi makan dan lompat ke bawah, duduk dan susun blok mengikut huruf.
✅Pilihlah aktiviti yang bersesuaian dengan umur dan kemahiran anak. Sekiranya adik beradik yang lain turut serta, boleh ubahsuai aktiviti tersebut.
Aktiviti ini dapat memberikan anak tempat untuk melepaskan tenaganya. Selain itu, input sensori seperti proprioseptif (daya otot dan sendi), vestibular (keseimbangan badan) turut dapat diterima oleh anak.
Aktiviti itu akan jadi bermakna apabila ibubapa turut serta, adik beradik yang lain turut serta. The more, the merrier bak kata orang putih.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Setiap kali tiba musim cuti sekolah atau hujung minggu, aktiviti air seperti berenang, berkelah di pantai mahupun bermain di taman tema air pasti menjadi pilihan utama seisi keluarga. Namun, di sebalik keriangan anak-anak bermain air, aspek keselamatan sering kali diabaikan tanpa sedar.
Tahukah mama dan papa bahawa warna pakaian renang anak juga boleh menjadi faktor penting yang membezakan antara nyawa dan tragedi? Pakar keselamatan air menegaskan bahawa pemilihan baju renang berwarna neon boleh membantu mengelakkan risiko lemas, khususnya dalam situasi air yang dalam atau kawasan yang sesak dengan pengunjung.
Menurut kajian oleh syarikat keselamatan akuatik ALIVE Solutions Inc., pakaian renang berwarna kuning neon, oren terang dan hijau limau jauh lebih mudah dikesan dalam air berbanding warna gelap atau pastel. Ujian dijalankan di kolam renang dan kawasan air terbuka mendapati warna neon kekal jelas walaupun dari jarak jauh, manakala warna kusam dan bercorak membuatkan kanak-kanak hampir ‘hilang’ dari pandangan.
Pengasas bersama ALIVE Solutions, Natalie Livingston, menjelaskan bahawa warna neon membantu ibu bapa, penyelamat dan pengunjung lain mengesan kanak-kanak dengan lebih cepat sekiranya berlaku kecemasan di dalam air.
“Pakaian renang berwarna neon bukan sekadar cantik, tetapi ia boleh menyelamatkan nyawa,” katanya.
Bekas ketua penyelamat taman tema air terkenal Hershey Park di Amerika Syarikat, Breanna Smith Powderly, turut menegaskan bahawa warna terang sangat membantu dalam situasi kolam renang yang jernih atau pantai yang sesak.
Di kolam renang, warna kuning neon atau oren terang paling sesuai kerana ia kontras dengan warna biru air. Sementara di pantai atau tasik yang airnya kehijauan atau kecoklatan, merah terang atau hijau limau pula lebih menyerlah dan mudah dikesan.
Walaupun warna pakaian boleh membantu, pengawasan ibu bapa tetap faktor paling penting dalam pencegahan lemas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak bawah umur lima tahun adalah kumpulan paling berisiko tinggi terlibat dalam tragedi lemas.
WHO turut melaporkan bahawa lebih 236,000 nyawa terkorban akibat lemas setiap tahun di seluruh dunia, menjadikan isu ini antara cabaran kesihatan global yang memerlukan kesedaran berterusan.
✅ Pilih pakaian renang anak dalam warna neon terang seperti kuning, oren atau hijau limau. ✅ Elakkan warna biru, hitam atau bercorak yang mudah ‘hilang’ di dalam air. ✅ Sentiasa pastikan anak dalam pengawasan ketika bermain air, walaupun sekejap. ✅ Gunakan pelampung yang sesuai dengan usia dan saiz badan anak. ✅ Ajarkan asas keselamatan air seawal usia kecil.
Keseronokan bermain air memang menggembirakan, tetapi keselamatan tetap keutamaan. Kadangkala, perbezaan sekecil warna baju boleh menjadi penyelamat besar. Jadi mama dan papa, pastikan selepas ini setiap kali ke kolam atau pantai — pilih baju renang warna neon untuk elak tragedi lemas!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Scoliosis pada anak sering tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Ketahui tanda-tanda awal, cara membuat saringan di rumah, pilihan rawatan serta kepentingan pengesanan awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.