
Tantrum Anak 3 Hingga 4 Tahun, Fasa usia tiga hingga empat tahun sering dianggap paling mencabar dalam perjalanan membesarkan anak. Pada usia inilah anak mudah tantrum, suka buat drama dan ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang disalah anggap sebagai “menipu”. Situasi ini bukan sahaja menguji kesabaran ibu bapa, malah membuatkan ramai tertanya-tanya, di mana silapnya didikan kita?
Menurut Puan Ina, Pengasas TFA Playschool, tingkah laku ini sebenarnya berkait rapat dengan perkembangan emosi dan otak kanak-kanak yang masih belum matang sepenuhnya. Malah, kanak-kanak usia tiga tahun sering digelar threenagers kerana emosi mereka yang besar, tetapi belum tahu cara mengawalnya.
Hakikat yang ibu bapa perlu faham, tantrum anak 3 hingga 4 tahun bukan berlaku kerana mereka sengaja mahu berkelakuan buruk atau menipu. Pada usia ini, anak sedang belajar mengenal emosi sendiri dan cuba berkomunikasi menggunakan cara paling mudah yang mereka tahu.
Mengikut kajian perkembangan kanak-kanak, menjelang usia empat tahun, kanak-kanak boleh menunjukkan tingkah laku yang kelihatan seperti “menipu” secara spontan setiap dua jam. Namun hakikatnya, ini bukan manipulasi seperti orang dewasa, sebaliknya satu cara untuk mendapatkan perhatian daripada individu yang mereka rasa paling selamat — biasanya ibu dan ayah.
Puan Ina turut berkongsi bahawa walaupun anak dibesarkan tanpa gajet dan televisyen, fasa ini tetap akan berlaku. Ini membuktikan bahawa tantrum anak 3 hingga 4 tahun adalah sebahagian daripada perkembangan normal, bukan semata-mata kesan pendedahan skrin.
Selepas usia dua tahun, otak kanak-kanak berkembang dengan sangat pesat. Ribuan sambungan neuron terbentuk setiap saat. Namun begitu, perkembangan emosi hanya benar-benar mula matang sekitar usia empat tahun.
Disebabkan itu, anak pada usia ini sering:
Mereka memiliki emosi yang kuat, tetapi belum mempunyai keupayaan untuk menguruskannya secara rasional.
Salah satu pendekatan paling berkesan untuk membantu mengurangkan tantrum anak 3 hingga 4 tahun ialah dengan memastikan mereka bergerak aktif setiap hari.
Pergerakan fizikal membantu kanak-kanak:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan kanak-kanak bergerak aktif antara lima hingga lapan jam sehari melalui bermain bebas, berlari, memanjat dan aktiviti fizikal yang sesuai dengan usia mereka.
Satu fakta penting yang sering dipandang ringan ialah 90 peratus perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum usia lima tahun. Asas inilah yang akan mempengaruhi keupayaan emosi dan mental mereka sepanjang hayat.
Menyekat pergerakan, memaksa anak duduk diam terlalu awal atau mengharapkan kawalan emosi seperti orang dewasa boleh memberi kesan negatif jangka panjang terhadap perkembangan emosi mereka.
Matlamat membesarkan anak bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi menyediakan mereka menjadi individu yang kuat dari segi mental dan emosi.
Peningkatan kes masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja dan dewasa hari ini menunjukkan betapa pentingnya asas emosi yang kukuh sejak kecil.
Tantrum anak 3 hingga 4 tahun bukan masalah besar. Namun, cara ibu bapa memahami dan mengendalikannya akan menentukan kekuatan emosi anak pada masa hadapan.
BACA LAGI : Bila Anak Mengamuk, Jangan Panik Mama! 10 Cara Lembut Kawal Tantrum Dengan Efektif
Sumber: Ina Oh Ina