“Aduh tak selesanya kaki ni asyik merekah” biasanya keadaan tapak kaki yang merekah banyak dialami oleh golongan ibu-ibu. Banyak faktor yang menyebabkan tapak kaki merekah antaranya faktor kesihatan dan juga kekurangan air. Ikuti perkongsian ini.
PUNCA TAPAK KAKI MEREKAH
Biasanya jenis lantai yang dipijak sering dipersalahkan apabila seseorang itu mengalami masalah tumit merekah. Malah, ada juga yang menganggap masalah tumit merekah hanya berlaku kepada individu yang sudah berusia dan apabila dialami oleh golongan muda, mereka dilihat tua sebelum waktunya.
Namun, adakah rekahan pada tumit itu perkara biasa? Apakah ada penyakit yang menyebabkannya? Adakah ia boleh memberi kesan buruk atau sekadar menjejaskan penampilan?
Kulit di tapak kaki terutama di tumit boleh berlaku kepada lelaki dan wanita tanpa mengira usia.
Bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau ekzema, punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan.
Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.
Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.
Ads
Ini kerana permukaan lantai yang panas boleh menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan mudah merekah. Rekahan pada tapak kaki bukanlah petanda atau ciri khas kepada mana-mana penyakit kronik. Cuma bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes masalah rekahan ini boleh menjadi lebih serius.
Rekahan tapak kaki termasuk tumit pada pesakit diabetes harus dirawat dengan serius kerana boleh menyebabkan komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki.
Walaupun masalah ini secara dasarnya tidak membahayakan, namun ia harus diberikan perhatian serius khususnya dalam beberapa kes apatah lagi pada pesakit diabetes yang tidak terkawal.
Faktor umur juga menjadi antara sebab mudahnya terjadi masalah tapak kaki merekah. Peningkatan umur menyebabkan kulit kaki kehilangan keupayaan mengekalkan kelembapannya.
Bagaimanapun masalah ini tetap boleh juga terjadi kepada golongan muda jika badan mereka juga mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengawal kelembapan kulit. Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik.
Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering. Mungkin kerana kedudukannya yang selalu terlindung, maka kulit kaki jarang diberi perhatian. Namun, hakikatnya ia juga perlu sentiasa dijaga kebersihannya dan diberikan rawatan kecantikan dengan menyapukan losen pelembap.
Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah.
Ads
Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki. Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat.
Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki.
Antara makanan asas untuk amalan diet seharian bagi menambahkan khasiat dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki ialah:
Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran hijau, bijiran, gandum dan kekacang. Makanan yang kaya dengan mineral termasuk:
Ads
1. Kalsium: Susu, keju, yogurt, susu kambing, susu kacang soya, air mineral, ais krim, ikan, jus, bijiran dan brokoli
2. Zat besi: Daging, ayam dan ikan, telur, sayur, kacang legum
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 27 Julai lalu, hero malaya, Remy Ishak merasa cukup teruja kala dianugerahkan Allah dengan rezeki menimang cahaya mata pertama.
Remy juga mendedahkan cahaya mata sulungnya bersama isteri, Ezza Yusof adalah seorang bayi lelaki namun masih belum mendedahkan wajah putera kesayangannya dan isteri.
Menerusi Instagramnya, Remy memuat naik beberapa keping gambar sebagai kenangan di hari kelahiran anak lelakinya.
“Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki & rahmat Nya.
“First baby & It’s a boy! A Hero! Terima kasih ya Allah. Simpan sini untuk satu kenangan,” tulisnya berkongsi.
Menerusi perkongsian yang sama juga, Remy meluahkan rasa gembira dan syukurnya atas kelahiran bayi kecil kesayangan bersama isterinya.
Menerusi beberapa perkongsian Remy di media sosial, Remy dilihat cukup teruja menyambut kelahiran putera sulungnya walaupun agak penat menguruskan pelbagai perkara.
Tiada apa yang mendukacitakan bagi seorang bapa setelah melihat keadaan anak tidak seperti dulu. Merindukan telatah & lincahnya si anak, bapa reda akhirnya anak tersayang tidak lagi mampu berdiri dan bertutur.
Keadaan Muhammad Fawwaz Adli, 5 tahun,itu dikongsi bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar, yang memaklumkan anaknya dibenarkan keluar wad, semalam selepas tiga minggu dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Fawwaz sebelum ini parah dihempap peti ais di rumah keluarganya di Taman Cempaka, Nilai, pada 12 Julai lalu, tidak lagi mampu berdiri dan bertutur. Sebelum ini Pa&Ma pernah berkongsi tentang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas ditimpa peti ais.
Dalam kejadian 11 malam itu, Muhammad Fawwaz mengalami kecederaan di kepala akibat dihempap bucu peti ais yang tumbang.
Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur.
“Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.
PERLU MAKAN MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.
IKHTIAR CUBA RAWATAN ISLAM
Bapa ini tidak hanya menyerahkan kepada takdir & berputus. Beliau terus berikhtiar untuk memulihkan anak sulungnya dengan mencuba rawatan Islam.
“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.
Wanita didapati lebih cenderung untuk menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki.
Bernama melaporkan kajian yang dilakukan oleh Institute of Health Metrics and Evaluation (IHME) mendapati golongan wanita didapati lebih cenderung untuk menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki
Ketua Jabatan dan Konsultan Kanan Nefrologi Hospital Serdang, Prof Dr Goh Bak Leong memberitahu Bernama, ada beberapa sebab berbeza yang menjadikan jangkitan CKD lebih mudah kepada wanita, termasuk ketersediaan kemudahan kesihatan untuk wanita di sesetengah negara.
“Namun, sehingga kini penyebabkan kajian masih dijalankan secara konsisten oleh semua negara maju dan membangun mengenai faktor penyakit ini memberikan kesan yang berbeza antara lelaki dan wanita,”katanya.
Seperti yang dinyatakan di dalam laman web Hello Doktor, tanda-tanda kegagalan buah pinggang kronik adalah seperti di bawah:
Ujian darah yang tidak normal, termasuk diagnosis anemia
Ujian air kencing yang tidak normal
Bengkak di muka, tangan, dan kaki
Sakit kepala
Tekanan darah tinggi
Hilang selera makan
Loya dan muntah
Rasa logam di dalam mulut
Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
Sesak nafas
Sakit dada
Lebam mudah
Warna kulit kuning ke coklat
Gatal
Kekejangan otot atau twitches
Kebas dan sensasi kesegaran
Tulang lemah yang meningkatkan risiko patah tulang
Keletihan
Masalah tidur
Kekeliruan
Sawan
Coma
Melalui perkongsian seorang ahli farmasi di aplikasi tiktok iaitu Puan Noori, dia berkongsi 5 tabiat perempuan yang boleh rosakkan buah pinggang. Jom ketahui tabiat tersebut supaya kita dapat mencegah sebelum merawat!
5 tabiat perempuan yang boleh rosakkan buah pinggang
Minum terlalu banyak kopi yang boleh menyebabkan tekanan kepada buah pinggang.
Minum banyak alkohol yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang untuk tapis darah.
Kurang minum air kosong yang menyebabkan toksik tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya dari badan.
Banyak makan gula yang menyebabkan diabetes, boleh merosakkan saraf dan salur darah di buah pinggang.
Tahan kencing yang menyebabkan tumbuh batu karang.
Oleh itu, saranan Doktor Goh untuk mengatasi peningkatan atau permulaan penyakit buah pinggang pada wanita, seperti emeriksaan berkala untuk penyakit buah pinggang dan mengambil tindakan sepatutnya untuk menjaga tekanan darah dan kadar gula dalam darah.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.